Khamis, Mac 13, 2014

USUL DEWAN MAHASISWA II : SEWAAN DECTAR TIDAK RELEVAN UNTUK PELAJAR

10 Mac 2014, UKM Bangi -  MPP Muhammad Sallehudin dan MPP Syed Najib telah membuat satu pertemuan bersama Ketua Pusat Kebudayaan, Dato ‘ Rafie untuk membincangkan satu solusi bagi menyelesaikan masalah bebanan sewaan Dectar. Masalah sewaan Dectar ini telah menjadi usul pertama dalam Dewan Mahasiswa kali kedua yang dijalankan pada 26 Februari 2013 yang lalu.



                Dalam pertemuan tersebut, MPP Sallehudin memulakan perbincangan dengan menjelaskan permasalahan yang timbul berikutan dari sewaan Dectar yang dikenakan kepada mahasiswa UKM khususnya. Seperti yang kita sedia maklum, bermula semester 2 pada sesi kali ini, bayaran yang dikenakan kepada pelajar untuk menggunakan Dectar adalah sebanyak RM 3500 sehari. Respon yang diterima dari Dato’ Rafie  mendapati  beliau sendiri tidak pasti dengan perlaksanaan bayaran tersebut. Beliau turut menjelaskan bahawa seharusnya  fungsi utama  dewan tersebut  perlu dinilai dan dilihat kembali sebagai satu kemudahan universiti untuk program pelajar. Oleh itu, beliau memberi saranan agar perkara ini dibawa dan dibentang kepada pihak Bendahari UKM.



                Sedikit perbincangan tambahan mengenai perkembangan program kebudayaan di UKM dilontarkan oleh MPP Syed Najib. Beliau merespon ringkas bahawa pihak Pusat Kebudayaan mengharapkan agar segala program berbentuk kebudayaan dirujuk terlebih dahulu kepada mereka. Tidak kira program di peringkat kolej mahupun fakulti. Hal ini disebabkan perlunya pemantauan dari pihak mereka untuk beberapa jenis program kebudayaan yang mengandungi etika atau protokol tertentu. 


                Untuk perkembangan seterusnya, MPP Sallehudin dan MPP Syed Najib akan mengadakan satu sesi pertemuan bersama pihak Bendahari UKM untuk mendapatkan penjelasan lanjut. 





Muhammad Sallehudin Khalid
MPP Umum Tahun 3/4
Naib YDP PMUKM Sesi 13/14





Syed Najib bin Syed Yahya
MPP Fakulti Pendidikan 
Biro Sukan dan Kebudayaan PMUKM Sesi 13/14





::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::