Khamis, Mac 21, 2013

FST : SILING RUNTUH MENJADI KEBIMBANGAN KEPADA KESELAMATAN PELAJAR


“ Setiap minggu saya akan menggunakan dewan kuliah ini untuk sesi pembelajaran saya. Dewan kuliah ini sudah lama dan sangat uzur keadaannya. Baru-baru ini, isu siling runtuh semakin menjadi-jadi sejak minggu yang lepas. Kelihatan tali keselamatan dipasang dan hal ini sangat membimbangkan kerana terdapat sekeping syiling yang tergantung pada wayar lampu. Jangan sampai isu ini menjadi seperti kejadian yang pernah berlaku di tempat belajar saya dahulu apabila ketika di dalam dewan peperiksaan, siling tiba-tiba runtuh bersebelahan pelajar. Perkara ini melibatkan nyawa pelajar mahupun pensyarah sekalipun. ” kata Wan, salah seorang pelajar FST.

Siling runtuh di DAM, FST UKM.
Isu siling runtuh ini berlaku di Dewan Anuar Mahmud (DAM), FST UKM. MPP Marwan telah melawat tempat kejadian pada pagi semalam. MPP Marwan menggesa pihak JPP agar melakukan penyelenggaraan segera siling yang runtuh di DAM. MPP Marwan menghubungi wakil JPP FST, En. Hazwan untuk memberi makluman dan mendapatkan keterangan.

Menurut En. Hazwan, pihak JPP telah berbincang dengan pentadbiran FST untuk menyelesaikan isu ini. Pihak Pentadbiran FST bersetuju untuk memberi ruang kepada pihak JPP untuk menyelenggara DAM pada cuti pertengahan semester iaitu pada dua minggu akan datang. Waktu ini dipilih kerana pihak pentadbiran FST tidak dapat menukar tempat perkuliahan sewenang-wenangnya dan pihak JPP memerlukan dewan kuliah tersebut dalam keadaan tiada sebarang aktiviti.

Buat masa ini, tali keselamatan dipasang sebagai peringatan kepada pelajar. Pihak JPP akan mengambil tindakan bermula sepanjang cuti pertengahan semester ini dengan menukar siling yang lama kepada yang baru. Ini bermakna tiada sebarang aktiviti boleh dijalankan di DAM FST bagi mereka menjalankan proses penyelenggaraan.

Pelajar FST yang menggunakan dewan ini sebagai sesi perkuliahan diminta berjaga-jaga dan elakkan diri anda daripada duduk berhampiran dengan tali keselamatan yang dipasang. Pastikan juga kawasan yang anda duduki tidak di tempat yang berkemungkinan siling akan runtuh.
Kawasan yang dipasang tali keselamatan.





Marwan bin Mohd Khir
MPP Fakulti Sains & Teknologi UKM
Pengerusi Biro Penerangan & Komunikasi PMUKM
Pengerusi Exco Informasi & Teknologi PMFST UKM
Sesi 2012/2013 



AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI