Ahad, Mac 10, 2013

KEBAJIKAN ANDA: PERMOHONAN ZAKAT, PMUKM PRIHATIN



Syarat-syarat permohonan:-
i. Pemohon mestilah beragama ISLAM
ii. Pemohon adalah Pelajar UKM SEPENUH MASA dan BERDAFTAR pada semester berkenaan
iii. Pemohon hanya dibenarkan memohon SEKALI pada setiap SEMESTER
iv. Pelajar SEMESTER 1 TAHUN PERTAMA yang tidak mendapat bantuan atau wang sumbangan kerana berjaya masuk ke Universiti layak untuk memohon.
v. Hanya permohonan pelajar yang pendapatan seisi rumahnya RM 5,000.00 KE BAWAH SAHAJA yang akan diproses dan dipertimbangkan dan jika melebihi RM 5,000.00 akan dipertimbangkan oleh pegawai.


Nota Penting:-
i. Kesemua dokumen salinan hendaklah disahkan terlebih dahulu
ii. Permohonan dibuka dari 04 MAC 2013 sehingga 30 MEI 2013 (pada minggu
Pertama & Minggu ketiga sahaja)
iii. Semua permohonan perlu melalui sesi temubual dengan pegawai Unit Zakat UKM bagi
melancarkan proses permohonan.
iv. Borang permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
v. Sila pastikan permohonan dibuat di atas dasar benar-benar memerlukan sahaja.



Dokumen sokongan (semua dokumen salinan perlu disahkan) yang perlu disertakan:-
i. Salinan Kad Pengenalan
ii. Salinan Kad Matrik Pelajar
iii. Salinan Surat Pengesahan Pendapatan (Ibu dan Bapa atau Penjaga) YANG TERKINI

 a) Penyata/ Slip Gaji TERKINI (Ibu dan Bapa atau Penjaga) bagi yang bekerja dan memperolehi penyata/slip/baucar gaji ATAU
 b) Penyata Pencen TERKINI (Ibu dan Bapa atau Penjaga) bagi yang telah bersara dari perkhidmatan awam (Penyata pencen terkini boleh didapati di laman       
http://apps.jpapencen.gov.my/index.php ) ATAU
  c) Surat Pengesahan Pendapatan TERKINI (Ibu dan Bapa atau Penjaga) bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja – (disahkan oleh Penghulu/Ketua Kampung/Nazir Masjid/ Ketua Mukim di mana ibubapa/ penjaga pemohon tinggal sahaja)
   d) Surat Pengesahan Pendapatan oleh Pengurus FELDA / FELCRA beserta resit Jualan Hasil Bulan Terkini
   e) bagi ibu bapa yang menguruskan hasil Tanaman Sendiri dan bukan dibawah FELDA /FELCRA sila sertakan surat pegesahan pendapatan oleh Penghulu/Ketua Kampung/Nazir Masjid/ Ketua Mukim di mana ibubapa/ penjaga pemohon tinggal sahaja beserta Resit Jualan Hasil Bulan Terkini.

iv. Salinan Slip Pendaftaran Semester ( Boleh dicetak dari Laman SMP WEB pelajar )
v. Salinan Keputusan Peperiksaan TERKINI
vi. Salinan kad memeluk Islam (bagi saudara baru – kurang dari tempoh 5 tahun)
vii. Salinan laporan perubatan dari Doktor yang lengkap (jika memohon bantuan perubatan)
viii. Salinan laporan Polis (jika memohon bantuan musibah)
ix. Salinan Sijil Kematian (bagi mengesahkan kematian ibu/bapa/penjaga pemohon)
x. Salinan Sijil Cerai (bagi ibubapa/ penjaga pemohon yang bercerai)

AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI