UKM Bangi, 13 Mac
– Program Bedah Buku ‘Politik Baru’ yang dilaksanakan pagi ini sebagai perintis
kepada kempen pembudayaan ilmu, selaras dengan paksi PMUKM yang ingin
direalisasikan sesi kepimpinan ini. Buku karangan Politik Baru oleh Yang
Berhormat Dato’ Saifuddin Abdullah seperti ditunggu-tunggu perlaksanaannya
secara praktikal oleh pelbagai lapisan masyarakat.
Buktinya, kita
dapat lihat hari ini baik daripada golongan professional sehingga mahasiswa
mahu melihat perubahan pada rangka sistem politik di Malaysia yang dilihat
tercemar dengan pelbagai unsur negatif. Mahasiswa selaku golongan intelektual perlu didedahkan dengan
program pembudayaan ilmu, kerana skop ilmu itu tersangat luas. Bukan hanya
terhad di dewan-dewan kuliah.
Universiti bukan tempat untuk menghasilkan robot yang diperlukan
oleh pasaran kerja, tetapi universiti sebagai lembah untuk menghasilkan
golongan-golongan pemikir. Berfikir sesuatu yang menjerumus kepada perubahan
yang lebih baik.
Program Pembudayaan Ilmu PMUKM |
YB. Dato’ Saifuddin bersetuju program pembudayaan ilmu seperti ini
perlu diteruskan secara berkala kerana mampu
menjana pemikiran yang matang khususnya mahasiswa. Ini kerana banyak perkara
yang boleh diperdebatkan dan yang tidak boleh diperdebatkan secara interaktif.
Beliau memuji tindakan PMUKM yang melaksanakan program ini kerana dilaksanakan
secara terbuka dan santai.
Dalam pada itu, YB. Dato’ Saifuddin turut merasmikan Kempen
Pembudayaan Ilmu dan Kesedaran PRU 13 yang dirangka oleh PMUKM. Presiden PMUKM,
Ahmad Shukran Shaharudin menyatakan pada akhir program Bedah Buku ini bahawa
PMUKM akan melaksanakan “Kempen Pembudayaan Ilmu” dan “Kesedaran Politik
sempena PRU-13” selepas ini secara berkala. Banyak isu yang menarik bakal
dikupas dan menanti untuk dibongkarkan misterinya.
Ketika Upacara Perasmian Kempen Pembudayaan Ilmu dan Kesedaran PRU 13. |
Presiden PMUKM, Ahmad Shukran Shaharudin |
Presiden PMUKM menyerahkan cenderamata kepada YB. Dato' Saifuddin. |
AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI