Rabu, Mac 20, 2013

FST : JALAN TANAH MENDAP DITIMBUS PASIR

En. Shahrizan
Pegawai Bhgn. Prasarana JPP UKM

UKM Bangi, 20 Mac - MPP Marwan berjumpa dengan wakil Bahagian Prasarana JPP, En. Shahrizan untuk mendapat keterangan berkaitan isu jalan tanah mendap di belakang bangunan Pusat Pengajian Sains Matematik(PPSM) FST.

Rentetan daripada pertemuan MPP Marwan bersama pihak JPP yang lepas berkenaan isu jalan tanah mendap tersebut, pihak JPP mula mengorak langkah mengambil tindakan menyelenggara jalan tersebut. Isu ini adalah merupakan kali yang ketiga berlaku di kawasan tersebut.(klik di sini)

Pada minggu yang lepas, Bahagian Prasarana JPP telah membuka laluan air di empangan Alur Ilmu bersebelahan dengan bangunan PPSM FST. Pembukaan laluan air di empangan Alur Ilmu tersebut merupakan salah satu daripada cadangan yang diutarakan MPP Marwan mewakili PMUKM pada pertemuan yang lepas dalam hendak menyelesaikan masalah jalan tanah mendap tersebut.
Menurut En. Hazwan, wakil JPP FST jalan tersebut mendap adalah disebabkan  dua kemungkinan iaitu paras air yang tinggi di Alur Ilmu atau pun kebocoran paip air di bawah tanah.

Menurut pula En. Shahrizan, Bahagian Prasarana telah menghantar penyelenggara kumbahan & pembentungan untuk memeriksa jalan tanah mendap tersebut. Laporan yang dilaporkan kepada pihak JPP, punca berlakunya tanah mendap bukan disebabkan oleh paras air yang tinggi di Alur Ilmu. Hal ini kerana apabila empangan Alur Ilmu dibuka, tiada kesan yang jelas air daripada lubang jalan tersebut keluar melalui Alur Ilmu tersebut.
 Katanya barangkali kesan paip hidup yang bocor menyebabkan tanah di jalan tersebut menjadi mendap. Namun berlaku kegusaran sedikit kerana kontraktor kata paip tersebut adalah paip mati atau dalam erti kata lain paip air yang sudah tidak digunakan lagi.

Jalan tanah mendap ditimbus pasir.
Setakat minggu ini, pihak JPP berusaha menimbus lubang jalan tersebut dengan pasir untuk sementara waktu. Bahagian Prasarana JPP juga  telah menutup semula empangan Alur Ilmu kerana berbau akibat saliran air yang buruk. MPP Marwan menggesa Bahagian Prasarana JPP agar mempercepatkan proses penyelenggaraan jalan tersebut kerana semakin lama semakin besar kawasan yang berlubang di jalan tersebut akibat tanah mendap.

En. Shahrizan menerangkan perkara ini akan diambil tindakan segera dan pihak JPP masih menunggu laporan lengkap punca kejadian ini. Tambahnya lagi, kemungkinan jalan ini akan ditutup kerana jalan tersebut akan dikorek untuk mencari ‘punca lubang’. Setakat ini, masa untuk bila jalan tersebut akan ditutup masih belum diputuskan lagi.





Marwan bin Mohd Khir
MPP Fakulti Sains & Teknologi UKM
Pengerusi Biro Penerangan & Komunikasi PMUKM
Pengerusi Exco Informasi & Teknologi PMFST UKM
Sesi 2012/2013 


AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI