Panelis Forum Apa Kata Wakil Mahasiswa bersama Pengetua Kolej Mohamad Rashid |
Intipati utama perbincangan ialah kelesuan mahasiswa. ketiga-tiga panelis mempunyai tafsiran tersendiri. Kelesuan mahasiswa terdapat tiga golongan yang berpandangan mahasiswa itu lesu. Golongan pertama ialah kerajaan dan golngan pentadbiran, mahasiswa itu dilabel lesu kerana tidak dapat memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh majikan dalam pasaran kerjaya. Pandangan golongan kedua ialah daripada masyarakat, mahasiswa itu lesu pabila kehadiran mahasiswa itu sendiri tidak dirasai oleh masyarakat, sama ada mahasiswa kurang aktif dalam kancah masyarakat atau mahasiswa tidak diberi peluang untuk sama-sama memajukan masyarakat. Golongan ketiga pula ialah, golongan mahasiswa sendiri yang melabel mahasiswa lesu. Mahasiswa yang melabel kemungkinan kebanyakannya terlibat dalam gerakan aktivisme dan aktif dalam program-program universiti.
Di samping itu, intipati lain yang turut dikupas ialah gerakan mahasiswa. Gerakan mahasiswa muncul daripada kesedaran mahasiswa sendiri untuk menuntut hak suara mereka didengar dan dipertimbangkan. Gerakan ini ialah gerakan anti-establishment untuk memperbaiki sistem. Keseimbangan mahasiswa dalam berakedemik dan gerakan harus dititikberatkan. Mahasiswa yang matang ialah mahasiswa yang berani menyuarakan pendapat serta ikuti perkembangan semasa negara. Namun, kebebasan suara mahasiswa harus dimbimbing dan pendapat yang disuarakan hasil daripada telahan mendalam terhadap sesuatu isu dan disertakan penambahbaikan dalam sesuatu sistem.
Tahniah PMUKM ucapkan kepada Majlis Tertinggi Kolej Mohamad Rashid kerana berjaya menganjurkan forum ilmiah yang mengajak mahasiswa bersama-sama cakna dengan isu mahasiswa semasa.
Forum sedang berlangsung |
AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI