21 Mac - Sembang PRU 2.0 kali ini, bertajuk Mahasiswa dan PRU 13: Pasca Pindaan AUKU menampillkan MPP Muhammad Hazrin bin Husin sebagai moderator dan tiga figure iaitu terdiri Saudara Mohd Fikah Sanusi ( Peguam bela dan peguam cara), Saudara Muhd Aif bin Misrol ( Aktivis Mahasiswa), dan Saudara Yasir Mahayudin ( Pelajar sains politik) .
Sembang PRU 2.0 kali ini, PMUKM memberi gambaran kepada mahasiswa terhadap maksud sebenar AUKU dan kesannya kepada mahasiswa sebelum dan selepas AUKU ditubuhkan pada tahun 1976.
Mahasiswa bukan hanya menjadi pelajar di dalam bilik kuliah
semata-mata, tetapi harus lebih bersikap terbuka dengan isu-isu semasa
termasuklah isu politik Negara. Mahasiswa kini harus faham, AUKU yang banyak
menghantui mahasiswa selama ini untuk bersuara tidak lagi membelenggu mahasiswa
kerana selepas pindaan terbaru pada jun 2012 yang lalu, mahasiswa kini sudah
boleh terlibat dalam politik di luar kampus tanpa halangan. Mahasiswa disaran
untuk bersama terlibat kerana ini merupakan salah satu medium bagi mahasiswa
mempelajari keadaan sebenar politik negara kini tidak kira sebagai
penyokong mahupun pendokong sesebuah parti politik.
Saudara Fikah yang
berkongsi kes yang melibatkan mahasiswa di mahkamah akibat AUKU. sebagai contoh
isu UKM4, UTHM2, kes Saudara izwan di UNIMAP dan banyak lagi. Tetepi, mereka
terlepas dari sebarang hukuman kerana mahasiswa tidak disekat dengan apa-apa
perlembagaan atau AUKU. Jadi, tiada apa
yang perlu mahasiswa takutkan dalam AUKU.
Program
ilmiah seperti ini harus menjadi salah satu medium kepada mahasiswa untuk
membuka ruang perbincangan terutama isu-isu yang penting dan kritikal seperti
isu politik. Jadi, mahasiswa telah disaran supaya sentiasa cakna dengan
perkembangan politik Negara dengan bukan hanya melalui media nasional tetapi
juga di sumber-sumber yang lain.
Muhamad Hazrin Bin Husin
MPP Fakulti Sains Kesihatan
Biro Pembangunan Mahasiswa PMUKM
Sesi 12/13
AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI