Selasa, Mac 12, 2013

MPP FTSM HILANG FUNGSI ???




Banyak permasalahan kebajikan tidak mampu dibawa MPP FTSM, MPP umum nasihat warga FTSM henti beri sokongan kepada Aspirasi.Inisiatif MPP Izati dan MPP ZUl Ajma

Sejak kebelakangan ini, banyak aduan yang telah diterima mahasiswa/i UKM berkenaan kebajikan rakan-rakan FTSM yang semakin terbiar. Justeru itu, PMUKM telah mengedarkan borang aduan kepada mahasiswa/i untuk membawa suara mereka kepada pihak yang sewajarnya.

Pada 11 Mac 2013  - MPP Umum tahun 3 dan 4 saudari Nor Izati Othman bersama Tuan Zulajma binti Tuan Ahmad telah bertemu dengan En. Isman Hamad selaku Pegawai Kewangan Unit Penjanaan Bendahari UKM berhubung isu tender yang ditutup dan permintaan 'vending machine' di FTSM.

Menurut beliau, sebenarnya tender masih beroperasi namun kafetaria ditutup sendiri oleh pengusaha kefetaria. MPP juga difahamkan pengusaha kafe tersebut masih mempunyai hutang yang tidak dilunaskan. Oleh itu, 15 Mac 2013 ini merupakan tarikh akhir pemberian kata putus oleh pihak UKM bersama pengusaha kafe berkenaan iaitu samada melunaskan hutang dan meneruskan tender atau tender tersebut secara serta merta ditamatkan kontrak. PMUKM mengharapkan agar permasalahan tender operasi kafetaria ini dapat diselesaikan secara baik.


Seterusnya PMUKM juga mengusulkan cadangan untuk menempatkan 'vending machine' di FTSM. MPP juga memberikan kompilasi aduan yang telah diterima daripada pelajar FTSM dan Pegawai berkenaan menyambut baik cadangan daripada MPP. Gerak kerja berhubung isu kebajikan mahasiswa/i FTSM akan dibawa secara beransur-ansur oleh MPP Umum lantaran kehilangan fungsi MPP FTSM.


Berkenaan isu perkhidmatan mesin basuh yang mempunyai tender bermasalah di kolej KAB, KTHO dan KIZ, tender baru akan memulakan operasi bermula 1 April dan dijangkakan juga permasalahan mesin air akan bertambah baik bermula 1 April 2013.

AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI