Isnin, Mac 17, 2014

REGARDLESS OF OUR RELIGIONS, MH370 NEED OUR PRAYERS




13 Mac 2014, UKM Bangi - PMUKM  di bawah Biro Sukan Dan Perpaduan, telah berjaya melaksanakan satu program khas bagi mengekspresikan rasa tanggungjawab mereka kepada mangsa- mangsa kejadian MH370. Program yang diberi nama PMU4MH370 ini telah diadakan di ruang legar Pusanika bermula jam 7.00 malam. Objektif utama program tersebut ialah untuk memberi ruang kepada semua agama yang terdapat di UKM bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan penumpang pesawat MH370.

PMU4MH370 ini telah berjaya mengumpulkan kira-kira 60 orang mahasiswa UKM dari pelbagai agama. Dalam program ini, setiap agama diminta untuk  melakukan proses  doa mmengikut cara masing-masing.  Daripada acara tersebut, setiap peserta dapat mengetahui dan mengenali dengan lebih dekat  terhadap agama lain. Selain itu, program ini turut Berjaya menarik perhatian pelajar-pelajar antarabangsa yang berasal dari Negara China. Beliau turut diberikan masa untuk  sesi  “sharing moment” bersama peserta lain.

















Program ini diakhiri dengan acara simbolik bagi  menunjukkan keprihatinan mahasiswa terhadap mangsa-mangsa MH370 dengan menulis kata-kata harapan dan semangat di atas sehelai  kain putih.  Program ini turut dihadiri dan dilawati oleh Naib Canselor,  Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali dan TNC HEPA, Prof Datin Noor Aziah.  Mereka juga turut menyertai acara simbolik tersebut. NC turut memberi pujian atas program yang dijalankan kerana berjaya memupuk  sifat perpaduan dalam setiap warga UKM.


Jason Ng Thien Yong
MPP Fakulti Undang-undang
Biro Sukan dan Kebudayan Sesi PMUKM 13/14
::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::