Selasa, Jun 14, 2011

MPP Ezuan : Respon Mengenai Isu Pemarkahan Kokurikulum

Oleh : MPP Ezuan
 Assalamu'alaikum warahmatullah & Salam Sejahtera
Alhamdulillah. Pagi tadi saya telah berjumpa dengan Timbalan Pengarah Perundingan & Penyelidikan Pusat Akreditasi Kokurikulum (dahulunya dikenali sbg Pusat Perkembangan Pelajar), Dr. Haji Jumali Haji Selamat untuk mendapatkan penjelasan daripada beliau berkenaan isu ini. Buat pengetahuan rakan-rakan sekalian, Dr. Jumali merupakan antara mereka yang arif berkenaan dengan sistem kokurikulum berkredit berasaskan kontrak pembelajaran (Learning Contract).

Hasil daripada pertemuan ini, beliau mengatakan bahawa buat masa sekarang ni pelajar memang tidak akan dapat memeriksa keputusan markah ko-kurikulum yang mereka perolehi kerana sistem dalam talian (online) masih belum siap dan dijanjikan siap pada bulan September ini dan para pelajar akan dapat memeriksa keputusan dalam bulan Oktober. Sekarang ni pemarkahan dibuat secara manual, beliau berkata ada penyelia yang sudah pun memberi markah ko-kurikulum kepada pelajar yang dibawah seliaan mereka melalui kaedah manual.

Tambah beliau, satu kursus (Training of Trainee) akan diadakan pada 5 Julai ini yang akan melibatkan wakil daripda pelajar-pelajar bagi menerangkan tentang apa itu kontrak pembelajaran dan bagaimana kontrak pembelajaran dinilai. Dalam kursus yang akan diadakan di Puri Pujangga itu juga turut memberi panduan kepada pelajar-pelajar bagaimana cara untuk melengkapkan kontrak pembelajaran.
 
Mohamad Ezuan Bin Mohd Saad
Setiausaha Agong PMUKM Sesi 2010/2011