Isnin, Jun 06, 2011

Perhatian Untuk Bakal Graduan FSSK

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Pada 30 Mei 2011 lalu saya telah mengadakan pertemuan dengan pihak Bahagian Pengurusan Akademik UKM dan Bendahari UKM berhubung isu-isu Mahasiswa FSSK yg bakal bergraduasi pada September ini

1. Status Mahasiswa yang gagal membuat PENGESAHAN selepas mendaftar Semester 3.
SUKACITA dimaklumkan bahawa TIADA denda yang bakal dikenakan selepas tarikh tutup pengesahan pendaftaran pada 29 Mei 2011 berikutan Mahasiswa FSSK Tahun 3 ini tidak akan menduduki peperiksaan sebagaimana mahasiswa lain yg turut mengambil Semester 3.

2. Status Mahasiswa yang TIDAK MENCUKUPI UNIT untuk bergraduasi September ini
SUKACITA dimaklumkan bahawa pada sesi pengajian 2010/2011 ini, pihak UKM menawarkan Semester 3 Tambahan iaitu Semester 3 (b) dimana mahasiswa yang kekurangan unit untuk bergraduasi boleh mula mendaftar kursus pada 7 Jun dan memulakan pengajian pada 8 Julai untuk memenuhi syarat bergraduasi.

Oleh hal yang demikian, mahasiswa perlu MENYEMAK DENGAN SETELITI YANG MUNGKIN akan jumlah unit yang telah diambil bagi setiap taraf kursus bagi mengelakkan nama anda tercicir daripada senarai graduasi meskipun hanya kekurangan SATU unit.

3. ISU-ISU KONVOKESYEN
Mahasiswa diingatkan supaya memuat naik gambar untuk tujuan konvokesyen dengan KADAR YANG SEGERA. Linknya adalah seperti yang berikut: https://smp.ukm.my/konvo/index.cfm

Mahasiswa juga boleh mula membuat pembayaran berjumlah RM110 untuk tujuan konvokesyen nanti meskipun ianya masih belum dimasukkan ke dalam hutang mahasiswa.
Yuran-yuran tertunggak yang lain juga boleh digalakkan supaya dibayar segera sebelum majlis konvokesyen berlangsung.
Bayaran boleh dibuat;
1. dimana-mana cawangan BIMB (no akaun : 1202 901 005 0004), atau
2. melalui web FPX atau CIMBClicks, atau
3. di Kaunter Penerimaan Jabatan Bendahari/PPS pada hari dan waktu pejabat sahaja.

Surat Jemputan Konvokesyen akan dihantar oleh Bahagian Pengurusan Akademik UKM ke alamat yang tercatat seperti dalam smpweb, maka jika berlaku sebarang perubahan, sila kemaskini maklumat anda dengan kadar yang segera. Surat Jemputan ini penting kerana ia mengandungi maklumat-maklumat berkenaan tarikh, masa dan tempat untuk mahasiswa mengambil barang-barang kelengkapan konvokesyen.

4. POTONGAN YURAN SEMESTER 3 UNTUK MAHASISWA TAJAAN JPA
Pihak Bendahari UKM akan menghantar invois terus kepada JPA untuk pemotongan yuran SEMESTER 3 selepas pihak Fakulti mengeluarkan surat mengenai kewajipan Mahasiswa yg berkenaan untuk menjalani Latihan Industri
Mahasiswa tajaan JPA juga diingatkan untuk mengikuti langkah-langkah serta prosedur untuk melapor diri kepada JPA
Panduannya adalah seperti link berikut

Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan bagi tujuan melapor diri adalah seperti berikut:

  1. Borang Pendaftaran Tamat Pengajian [JPA(L)PTP-Pin. 1/07]
  2. Salinan Ijazah/ Surat Pengesahan Senat (salinan perlu disahkan)
  3. Salinan transkrip peperiksaan (salinan perlu disahkan)
  4. Bukti permohonan pekerjaan dengan Pihak Berkuasa Melantik Persekutuan (contoh: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam)


Abdul Muein bin Abadi
MPP FSSK TAHUN 3