Isnin, Jun 06, 2011

'1Malaysia Leadership And Youth Training' sudah bersedia


Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) kini dalam gerak kerja terakhir untuk menganjurkan program '1Malaysia Leadership And Youth Training' yang bakal berlangsung pada 10 - 12 Jun nanti di Excel Training Resort Sdn. Bhd. di Broga, Negeri Sembilan.

Ketua Pengarah bagi program yang bakal menghimpunkan ahli-ahli Majlis Tertinggi di dalam organisasi kelab dan persatuan mahasiswa di UKM ini adalah Naib Presiden 3, saudara Ikram bin Darus manakala Setiausaha bagi program ini adalah Siti Nur Hidayah Binti Ismail daripada Fakulti Sains & Teknologi.

PM-UKM sempat mengajukan beberapa soalan untuk dijelas oleh saudara Ikram. Ikuti wawancara berikut:

P (PM-UKM) : Apa objektif utama program '1Malaysia Leadership And Youth Training' ini ?
Ikram (I) : Bertemakan “Kepimpinan Bersepadu, Organisasi Bermutu”, maka secara kasarnya (matlamat) program ini (adalah) untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa (tentang) kaedah pengurusan yang cekap dan sistematik khususnya prosedur pengurusan di dalam UKM. Manakala untuk matlamat yang lebih luas, program ini adalah untuk memberi pengetahuan dan menambah kebolehpasaran di kalangan mahasiswa UKM sebagai insan contoh dalam masyarakat nanti. Secara umum, ia juga boleh dianggap sebagai kursus pengurusan organisasi (KPO) yang (biasa) kita lakukan by kelab/persatuan masing-masing, tetapi kali ini kita gabung dan kumpulkan di dalam satu program sahaja.

P : Sehingga kini, setakat mana maklum balas kehadiran peserta ke program ini ?
I : Alhamdulillah, daripada respon surat (yang telah dihantar dan) disahkan oleh YDP kelab (masing-masing), (seramai) 30 orang daripada persatuan anak negeri, 20 orang daripada JAKSA dan lebih daripada 30 orang daripada kelab-kelab dan persatuan-persatuan yang lain. Juga masih ada beberapa lagi nama yang sudah confirm hadir, tapi masih ada di tangan AJK.

P : Tidakkah program sebegini dilihat terlalu lambat, dan di luar waktu perkuliahan biasa ?
I : Bagi kami di pihak penganjur, kita melihat tempoh ini adalah paling sesuai memandangkan ramai mahasiswa sudah bercuti, kecuali beberapa orang yang sedang short-sem ataupun sedang LI. Apa yang penting kita perlu lihat dari sudut positif, program mega ini perlu penyusunan dan perancangan serta penumpuan yang teliti (agar) tidak menjadi sia-sia dan sekadar program. Intipati dan pengisian yang lebih penting, bukan bila atau mana tempat yang kita hendak adakan.

P : Baik, apa pengisian yang telah dirancang dan bakal diperoleh oleh para peserta di dalam program ini?
I : Antara yang utama adalah penerangan sistem di UKM yang dijalankan melalui forum oleh wakil-wakil unit pentadbiran UKM, slot bersama MPP, slot motivasi, LDK-LDK dan juga aktiviti-aktiviti riadah bersama semua peserta termasuk MPP sekali. Ini sama sekali peluang yang jarang kita perolehi apabila di kampus kelak.

P : Sebagai penutup, apa harapan dan pesanan saudara Ikram selaku KP Program ini kepada para peserta yang bakal hadir ke program ini hujung minggu nanti?
I : Sebagaimana yang kita tahu, program ini adalah julung-julung kali diadakan maka semestinya harapan saya selaku KP adalah amat tinggi agar ia menjadi program yang boleh menjadi jambatan antara kelab-kelab untuk bersama-sama membangunkan masyarakat UKM kelak.

Tema “Kepimpinan Bersepadu, Organisasi Bermutu” juga bukan suka-suka dipilih kerana di dalam ada pengertian yang signifikan buat kami di PMUKM untuk bersama-sama rakan-rakan mahasiswa yang lain. Kami di PMUKM bukanlah sempurna, maka kami mengambil peluang ini untuk bersama-sama kawan-kawan untuk kita selepas seia dan sekata dalam melakukan gerak kerja di UKM.

Juga buat yang telah mengesahkan kehadiran, diharapkan dapat hadir awal di UKM. Seeloknya pagi Jumaat, 10 haribulan itu nanti sudah ada di UKM supaya memudahkan urusan. Insyallah tempat yang kita pilih untuk program kali ini adalah yang sangat sesuai dan mengujakan kerana ia adalah kepunyaan ahli motivasi terkenal, Dr Fadzilah Kamsah. Maka, rugilah kepada sesiapa yang hendak tarik diri last minute kerana segalanya kini sudah siap sedia, cuma menunggu kehadiran kita saja kelak.