Isnin, Jun 20, 2011

Jalinan Mesra MPP FEP Bersama PMFEP



Pada 14 Jun 2011, Majlis Perwakilan Pelajar, MPP UKM sesi 2010-2011 iaitu Saudara Ahmad Muzzammil bin Muhd Hairi (Presiden) dan saudari Nurazidah binti Mashan (Bendahari Kehormat) telah mengadakan lawatan ramah mesra bersama Majlis Tertinggi Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi & Pengurusan (PMFEP).

Lawatan ramah mesra ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara  PMFEP dengan PMUKM terutamanya MPP fakulti Ekonomi & Pengurusan (MPP FEP). Turut hadir dalam pertemuan berkenaan adalah Fazlan Jasa, Presiden,  Mohammad Safwan,Timb. Presiden, Nur Syazwani, Setiausaha dan Mohd Syahir,Bendahari Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi & Pengurusan.



Pertemuan bermula dengan sesi pengenalan diri antara PMFEP dan PMUKM. Seterusnya, saudara Ahmad Muzzammil membentangan Visi, Matlamat dan Dasar PMUKM pada sesi kali ini iaitu penekanan kepada aspek KEINTELEKTUALAN, KEBAJIKAN, KEADILAN SOSIAL & PERPADUAN.

Pertemuan pada kali ini diharapkan dapat menjalinkan lagi hubungan silaturrahim dan kerjasama yang erat antara PMUKM dan PMFEP.

Azida Mashan
Bendahari Kehormat
PMUKM 2010/2011
Fakulti Ekonomi & Pengurusan