Alhamdulillah dan syukur kepada Allah S.W.T kerana telah selesai dan berjalan lancar Program Khidmat Komuniti bertempat di Felda Ayer Hitam pada 18-22 Mei 2011. Pihak PMUKM mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Unit Kebajikan Pelajar Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPEL) dan dibantu oleh Urusetia Kebajikan Pelajar seramai 30 orang kesemuanya. Disamping itu, program ini turut bekerjasama dengan Pusat Khidmat DUN Macap, Jabatan Pengajian Tinggi Kolej Komuniti, JKKK dan Pihak Felda Ayer Hitam.
Program yang berlangsung selama 5 hari ini bertemakan “ Mahasiswa Penjana Masyarakat Bestari”. Program ini telah disusun untuk memenuhi tema tersebut. Pelbagai aktiviti diadakan seperti Program keluarga angkat, motivasi di sekolah kebangsaan dan latih tubi di sekolah menengah, ceramah agama, sukaneka, perlawanan bola sepak, pemeriksaan Kesihatan Percuma, Servis motosikal percuma, hijaukan bumi felda, gotong-royong dan sebagainya.
Aktiviti-aktiviti seperti ini memberi pendedahan kepada mahasiwa akan peri pentingnya hidup dan berbakti kepada masyarakat. Pembelajaran mahasiswa bukan sahaja berlaku di dalam dewan kuliah malah dipraktikan terhadap persekiran sekeliling. Mahasiswa ditanamkan dalam diri supaya dapat berkomunikasi dengan masyarakat dengan lebih dekat dan akhirnya dapat memberi motivasi kepada anak-anak felda agar berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat.
Aktiviti–aktiviti yang dianjurkan ini memdapat kerjasama daripada mahasiswa/i Kolej Antarabangsa Ibu Zain, Kolej Ibu Zain dan Pelajar dari Fakulti Sains Kesihatan (FSK) dari Kolej Tun Syed Nasir. Majlis penutup program ini dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Ybhg. Prof. Ir. Dr. Othman Karim dan dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia Ybhg. Datuk Ab. Rahim bin Md. Noor Program ini memberikan seribu kenangan yang pahit dan manis kepada ksemua para peserta dan kesemua pihak yang terlibat dalam menjayakannya. Diharapkan kepada semua para peserta agar perhubunga silaturrahim bersama keluarga angkat bukan sahaja terhenti disini sahaja malah dapat diteruskan agar dapat melebarkan wadah penyaluran ilmu dan bakti kepada seluruh masyarakat.
Mohd Izzuddin Mohd Pisol
Pengerusi Biro Kebajikan Dan Aduan
PMUKM 2010/2011