Isnin, Februari 03, 2014

MESYUARAT KALI PERTAMA BERSAMA NAIB CANSELOR UKM


3 Februari 2014, UKM Bangi -  Perjumpaan bersama NC UKM Prof Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali turut disertai oleh TNC HEPA UKM yang baru iaitu Prof Datin Noor Aziah dalam bertukar pendapat dan cadangan dalam mewujudkan "the common mission" bagi membangunkan universiti.

"Challenging The Convention" menjadi asas dalam mendimensikan semula UKM agar menjadi varsiti yang lebih berkualiti dan berketerampilan bermula dari hari pertama mahasiswa/i mendaftar di UKM sehinggalah bergraduasi.

Perhargaan kepada sejarah akan melahirkan pemahaman falsafah UKM ditubuhkan seterusnya menjadikan UKM sebagai "Guardian of the Nation"

Taniah NC UKM sangat terbuka dalam berkongsi idea dan mendengar suara mahasiswa. Masih teringat ucapan tahniah beliau terhadap penggunaan semula nama PMUKM kepada kami dan terima kasih kerana menghargai usaha kami dalam memastikan kebajikan terjaga "I know some of you check all the plug at FKAB, thanks!! for helping me" kata beliau.

Perjumpaan sebegini akan terus dijalankan oleh PMUKM, bukan sahaja bersama NC, tetapi untuk semua pengurusan tertinggi di UKM.


::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::