Strategi mendokong kemenangan yang diperjuangkan
Bermula dengan usaha gigih setiap pasukan
Tidak berlaku jika diri sendiri yang tidak memulakan
Nilai mahasiswa adalah tinggi pada
masyarakat dan kini kita sebagai mahasiswa perlu memperlihatkan ketinggian
nilai tersebut setinggi pengorbanan masyarakat dalam memperjuangkan penubuhan
UKM. Ada yang menyumbang harta benda walaupun nilainya 5 sen ketika itu serta
membuat jualan lelong kambing dan lembu supaya dapat menubuhkan UKM yang gah
ini. Pengorbanan mahasiswa pada masyarakat bagaimana pula?
SUKIPT (Kejohanan Sukan IPT) menjadi
platform bagi mahasiswa/i menceburkan diri dalam bidang sukan agar dapat
menonjolkan bakat serta mencatat nama diperingkat nasional selain melahirkan
mahasiswa yang kompeten. Perlu kiranya nilai pengorbanan masyarakat dahulu
dijadikan motivasi dan disematkan dalam pemikiran setiap mahasiswa.
Persoalannya, apakah pengobanan mahasiswa pada UKM sebelum bekorban untuk
masyarakat?
Pengorbanan ini didasari dengan semangat
perpaduan kerana masyarakat dahulu bekorban demi matlamat yang sama iaitu
menubuhkan UKM. Begitu juga mahasiswa, perlu bersatu-padu dalam mencapai
matlamat cemerlang akademik serta dalam bidang sukan.
Pertemuan bersama Prof. Datuk Dr.Noor Azlan Ghazali, Naib
Canselor UKM menyatakan bahawa soal perpaduan perlu ditekankan dalam kalangan
mahasiswa apatah lagi masyarakat. Maka perpaduan yang dimaksudkan bukan hanya
dalam dewan kuliah atau dalam organisasi tetapi menjadi tradisi pada mahasiswa/i.
Oleh itu, kontijen UKM haruslah mempraktikkan perpaduan dalam mencapai matlamat
yang ingin dicapai pada SUKIPT tahun ini.
Harapan PMUKM agar kontijen UKM yang
dibarisi dengan 10 acara iaitu Bola Jaring, Tenping Boling, Bola Tampar,
Petanque, Taekwando, Bola Tampar Pantai, Pencak Silat, Badminton, dan Rugbi dapat
menunjukkan semangat juang yang tinggi setanding semangat juang masyarakat yang
ingin menaikkan nama UKM tetapi tiada kesempatan seperti kita serta dapat
bersatu-padu dalam membawa nama UKM.
Biro Sukan dan Kebudayaan PMUKM Sesi 2013/2014
::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::