Isnin, Februari 10, 2014

KRISIS MASYARAKAT DAN ISU PERKAUMAN


10 Februari 2014, UKM Bangi -  "Look at our similarities not our differences, as most importantly, we are here because of our passion and hope to make Malaysia a better country. We are only as strong as we are united" Jason Ng Thein Yeong, PMUKM

Kehangatan isu perkauman di negara ini semakin membimbangkan berikutan kes Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia menawarkan kepada sesiapa yang menampar Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok berikutan sebuah video sketsa ucapan Tahun Baru Cina. Melihat kepada masalah ini, PMUKM mengecam dan kesal terhadap tindakan mana-mana pihak yang cuba menimbulkan provokasi melampau berkenaan isu perkauman ini.

Sejujurnya, tindakan tersebut tidak mampu melambangkan kehebatan mana-mana kaum sama ada sebagai seorang Melayu, Cina mahupun India. Ia juga tidak menunjukkan ketinggian dan kemuliaan mana-mana agama samada Islam, Kristian, Hindu dan lain-lain lagi. Sepatutnya, isu perkauman ini perlu ditangani segera secara bijaksana tanpa perlu dipolitikkan demi kepentingan yang tidak memberi sebarang manfaat kepada masyarakat Malaysia.

Sebarang parti politik atau mana-mana NGO haruslah melenyapkan persaingan membela bangsa demi kepentingan survival politik mereka. Seharusnya isu seperti kos sara hidup, isu pendidikan, peluang pekerjaan, taraf ekonomi negara perlu dibentangkan kepada masyarakat Malaysia dan diteliti secara mendalam dalam usaha untuk mencari solusi yang kukuh. Isu perkauman yang timbul ini hanya akan menjadikan Malaysia jauh terperosok ke kancah kemunduran semula.

Menyedari bahaya isu perkauman ini, PMUKM akan berusaha agar perkara ini tidak akan merebak dan berlaku di dalam kampus. Kami yakin mahasiswa yang anti- semangat perkauman mampu mencorakkan negara Malaysia yang lebih aman dan maju. PMUKM komited dalam mengadakan dialog dan perkongsian terbuka dalam membincangkan isu-isu sensitif seperti perkauman dan juga agama. Usaha ini diharapkan dapat membantu mahasiswa UKM untuk cakna dan faham terhadap isu perkauman yang sedang berlaku dalam negara ini.

Sekali lagi, PMUKM tidak akan bersetuju dengan sebarang tindakan dan provokasi berkenaan isu perkauman dan juga agama. PMUKM tidak akan menyokong tindakan mana-mana badan yang menggunakan isu perkauman dan agama demi kepentingan politik







Jason Ng Thien Yeong
MPP Fakulti Undang-undang
Biro Sukan dan Kebudayaan PMUKM Sesi 13/14

::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::