14 Oktober 2014, UKM BANGI - Satu pertemuan PMUKM bersama Ir Hassanuddin Mohamad, Ketua Unit Elektrik Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP) telah diadakan berikutan aduan kerosakan lampu jalan sekitar kampus UKM. Hasil tinjauan yang kami lakukan, terdapat lebih daripada 15 lokasi kerosakan lampu jalan sekitar UKM dan kesemua kerosakan tersebut telah kami bawakan untuk tindakan lanjut pihak JPP.
Terdapat banyak kawasan kritikal kerosakan lampu jalan ini antaranya di laluan menuju ke FUU, FPEND, FKAB, FTSM, FST, Pusanika dan Ke Masjid. Bagi kawasan kolej kediaman, banyak kerosakan juga berlaku seperti dalam senarai yang dinyatakan.
Untuk maklumat mahasiswa/I sekalian, kerosakan lampu jalan disekitar kawasan kolej kediaman perlulah dibuat aduan kepada pengetua kolej masing-masing kerana perkara tersebut bukan dibawah seliaan JPP.
InsyaAllah dengan kerjasama dan bantuan dari rakan-rakan MEP yang lain dapat kita bersama-sama membawakan kebajikan mahasiswa ini untuk perhatian pihak yang berkenaan.
30 Oktober 2014, UKM BANGI - Hasil aduan yang dibuat PMUKM kepada JPP beberapa minggu lepas, baik pulih lampu jalan telah dibuat oleh pihak JPP, UKM.
Terima Kasih , JPP UKM.Syed Najib Syed Yahya
MPP Fakulti Pendidikan
Biro Sukan dan Kebudayaan
PMUKM Sesi 13/14
::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::