Jumaat, April 12, 2013

MPP FEP 1/2 USAHA SELESAIKAN MANIFESTO : INFRASTRUKTUR DAN PRASARANA FAKULTI


Pada pertengahan bulan Mac yang lepas, satu tinjauan terhadap kemudahan dan infrastruktur di Fakulti Ekonomi & Pengurusan (FEP) telah dijalankan oleh MPP Mufaddal bagi meningkatkan dan menambahbaik kemudahan dan infrastruktur di fakulti ini. Tinjauan dilakukan beberapa bahagian seperti dewan kuliah, bilik seminar, surau, tandas, foyer dan jaringan wifi.

Hasil daripada tinjauan tersebut, terdapat beberapa kerosakan kemudahan dan infrastruktur yang dialami. Dewan kuliah menghadapi masalah struktur siling yang landur, kerusi yang rosak dan keadaan komputer pensyarah yang kurang memuaskan. Di bilik seminar pula menghadapi masalah serius terhadap struktur siling yang lendur dan runtuh di beberapa bilik seminar. Masalah sama juga dihadapi di surau. Di foyer pula, kekurangan meja untuk pelajar belajar disebabkan banyak meja di buang kerana mengalami kerosakan. Segala kerosakan yang dialami telah dicatatkan dan sebuah. Laporan Kerosakan Dan Penambahbaikan Kemudahan Infrastruktur, FEP telah disiapkan. Di samping itu, MPP Mufaddal juga mendapatkan aduan daripada pelajar FEP untuk disertakan dalam laporan ini.

Laporan ini kemudian diserahkan kepada Timb. Dekan HEPAAA, Prof. Dr. Ishak Yussof untuk dibincangkan di peringkat pengurusan. Beliau menyambut baik laporan yang disediakan MPP Mufaddal kerana ia penting untuk pihak pentadbiran mendapatkan maklum balas daripada pelajar dan meningkatkan prasarana di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Beliau akan membincangkan laporan ini pada Mesyuarat Pengurusan Fakulti yang akan diadakan pada Jumaat ini.

Laporan ini juga akan diserahkan kepada pihak Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan untuk pemerhatian jabatan ini. Usaha membuat laporan adalah salah satu manifesto MPP Mufaddal iaitu meningkatkan infrastruktur dan prasarana fakulti di samping menjadi penghubungan antara pihak fakulti dan pelajar.
Keadaan struktur siling yang lendur.
Air bertakung di kawasan depan foyer selepas hujan.
Keadaan siling di bilik seminar.
Plug elektrik rosak.
Keadaan kerusi di dalam dewan kuliah.





Mufaddal bin Mustansir
MPP Fakulti Ekonomi & Pengurusan (FEP)
Pengerusi Biro Kebajikan & Khidmat Sosial PMUKM
Sesi 2012/2013


AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI