Khamis, April 18, 2013

MPP MUFADDAL KE KPT, SELESAI ISU ELAUN OKU KPT

MPP Mufaddal bersama Pn. Fairuz.

Berikutan aduan yang diterima daripada mahasiswa berkeperluan berkenaan kelewatan kemasukan elaun sara hidup OKU, MPP Mufaddal ke Kementerian Penggajian Tinggi (KPT) bagi mendapatkan penjelasan dan menyelesaikan masalah kelewatan kemasukan elaun OKU.

MPP Mufaddal bertemu dengan Pn. Fairuz bagi mendapatkan penjelasan isu kelewatan ini. Dia menyatakan bahawa kelewatan ini disebabkan pihak KPT tidak menerima bukti salinan nombor akaun bank seperti yang dikehendaki. Sistem baru memerlukan semua pemohon elaun OKU perlu menghantar salinan nombor akaun bank setiap semester selaras dengan kehendak pihak audit KPT.

Bagi kemasukan elaun pada semester ini telah diproses dan akan masuk selewat-lewatnya hari Jumaat ini. Bagi penerima elaun OKU KPT, jika masih belum menerima elaun Jumaat ini bolehlah hubungi MPP Mufaddal di talian  0174307786 atau emel mpmmufaddal@gmail.com. MPP Mufaddal juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Unit Kebajikan Pelajar, JPPEL atas kerjasama diberikan bagi menyelesaikan masalah kelewatan ini.




Mufaddal bin Mustansir
Pengerusi Biro Kebajikan & Khidmat Sosial PMUKM
Sesi 2012/2013

AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI