Isnin, April 01, 2013

KEBEBASAN TIDAK DIRAI, PMUKM KESAL TINDAKAN POLIS




Hari ini anak muda Malaysia menunjukkan semangat juang mereka. Hasrat mereka untuk melihat perubahan di Malaysia khususnya dari sudut urus tadbir negara. Aktivis anak muda yang mahu dikenali sebagai TOLAK : Gelombang Anak Muda Tolak UMNO/BN jelas dengan prinsip mereka.

Perjalanan konvoi mereka hari ini telah ditamatkan dengan penahanan Pengerusi TOLAK, Saudara Muhamad Azan Safar serta beberapa rakan seperjuangan mereka yang lain di Ibu Pejabat Polis Putrajaya.  Sebahagian besar yang menyertai konvoi ini adalah dalam kalangan mahasiswa seluruh Malaysia.

Insiden penahanan aktivis anak muda ini jelas menolak kebebasan berhimpun, meskipun Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi dalam urus tadbir negara. Komponen yang wujud dalam sistem demokrasi tidak diraikan dengan mesra oleh pihak-pihak tertentu.

Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia melalui Presidennya, Ahmad Shukran Shaharudin kesal atas penahanan aktivis tersebut, malah tindakan itu menzahirkan sistem demokrasi yang tidak diraikan oleh pihak-pihak tertentu.




Sumber: 


AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI