Jumaat, April 12, 2013

BKTA: PENJELASAN ISU KELEWATAN ELAUN SARA HIDUP



4 APRIL - Kelewatan masuk  elaun sara hidup Biasiswa Khas Tenaga Akademik (BKTA) di bawah kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) selama 2 bulan telah membebankan pelajar-pelajar tajaannya kerana wang tersebut sepatutnya diperuntukkan untuk perbelanjaan seharian di Universiti. Berikutan masalah yang berlaku, MPP Nur Farhana Bt Mohd Razali telah bertemu dengan wakil dari bendahari UKM untuk menanyakan masalah ini dengan lebih lanjut . Pihak Bendahari yang hanya membuat tuntutan yuran pengajian dari pihak biasiswa akhirnya meminta saudari Nur Farhana untuk berhibung terus dengan pihak KPT.

Selepas menghubungi wakil dari KPT yang menguruskan biasiswa berkanaan pada 1/4/2013, Puan Yusaita mendakwa bahawa cek baru sahaja diterima oleh pihak KPT pada minggu ke 7 pengajian dan pihak biasiswa dengan segera akan menyerahkan cek tersebut kepada pihak bank.

Bagi mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut, akhirnya MPP Nur Farhana dan Afiah Nasuha Bt Aznan beserta wakil pelajar tajaan KPT pergi ke Kementerian Pengajian Tinggi di Putrajaya pada hari Khamis , 4/4/2013. Pihak kami telah berjumpa dengan Cik Ayu yang merupakan wakil dari BKTA yang menguruskan bayaran elaun sara hidup kepada pelajar tajaan di seluruh IPTA. Beberapa penjelasan di peringkat BKTA tentang isu kelewatan masuk elaun sara hidup dan yuran yang di bayar hanya separuh dari yang ditetapkan diperjelaskan kepada kami.  Cik Ayu mengakui bahawa mereka baru memerima cek dari pihak KPT namun penjelasan tentang kelewatan cek diterima tidak dimaklumkan kepada kami. Pembayaran elaun sara hidup yang dibayar separuh pula berikutan terdapat pelajar  yang akan menamatkan pengajian pada bulan Jun nanti. 
Oleh itu, pihak BKTA akan membuat bayaran baki elaun selepas mengenal pasti senarai pelajar yang akn menamatkan pengajian bagi mengelakkan sebarang  penolakan semula wang  dari pihak pelajar.

Kami berhasrat untuk memanjangkan lagi perbincangan ini dengan pihak KPT dan Kedekanan Fakulti Sains dan Teknologi, UKM  bagi menjernihkan keadaan dan mengembalikan kepercayaan pelajar di bawah tajaannya terhadap pengurusan biasiswa oleh pihak KPT.  

Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia memandang serius masalah yang berlaku yang melibatkan kebajikan mahasiswa/i dan dalam proses perbincangan untuk mengadakan Sesi dialog Bersama Mahasiswa dan pihak Pengurusan BKTA tidak lama lagi.    





MPP GMUKM
Nur Farhana Binti Muhd Razali
Timbalan Setiausaha Agong PMUKM
Sesi 12/13









AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI