Rabu, April 17, 2013

FEP : PENTADBIRAN RESPON LAPORAN KEROSAKAN & PENAMBAHBAIKAN PRASARANA FAKULTI

MPP Mufaddal bersama En. Akbar.

Pada minggu lepas, MPP Mufaddal telah menyerahkan Laporan Kerosakan dan Penambahbaikan Kemudahan dan Infrastruktur Fakulti Ekonomi dan Pengurusan kepada pihak pentadbiran FEP. (klik di siniLaporan itu dibincangkan pada Mesyuarat Fakulti pada 12/4/2013 yang lalu. Semalam, Encik Akbar, Penolong Pendaftar FEP, telah berjumpa dengan MPP Mufaddal bagi membincangkan laporan tersebut.

Menurut beliau, pihak pentadbiran telah memanggil wakil JPP bagi melihat kerosakan yang dialami di fakulti ini. Tindakan pembaikan akan diambil secepat mungkin. Beliau juga menambah, pengubahsuaian besar-besaran akan dilakukan terhadap bilik kuliah dan bilik seminar bagi meningkatkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. Di samping itu, lantai surau dan kawasan dataran FEP akan di ratakan bagi membina “Student Centre” yang dicadangkan MPP Mufaddal pada tempoh hari. Buat sementara waktu, beliau akan menambah bilangan meja bagi memudahkan pelajar mengulang kaji.

16 April 2013 (Selasa), kerosakan soket plug telah dibaiki. Kerosakan yang lain akan dibaiki secara berperingkat-peringkat. MPP Mufaddal mengharap segala kerosakan akan dibaiki secepat mungkin.






Mufaddal bin Mustansir
MPP Fakulti Ekonomi & Pengurusan (FEP)
Pengerusi Biro Kebajikan & Khidmat Sosial PMUKM
Sesi 2012/2013


AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI