Oleh : Usamah Kamarudin
Ketua Operasi Banjir PMUKM
19 - 21 Januari 2015, Kuala Krai - Sukarelawan PMUKM dengan kerjasama Inspirasi Pencetus Ummah dan Imam Muda dengan kekuatan seramai 60 orang terdiri daripada 54 lelaki dan 6 mahasiswi UKM telah bergerak ke Kampung Guchil, Kuala Krai Kelantan. Daripada pihak PMUKM, seramai 5 orang MPP turut serta dalam misi bantuan banjir iaitu MPP Muhamad Sallehudin bin Khalid, MPP Hafiz bin Ismail, MPP Usamah bin Kamarudin, MPP Siti Nor Bahijah Mohd Zaki dan MPP Nur Hanis Abd Wahid. Terdapat beberapa pelajar dari Universiti Putra Malaysia dan Universiti Malaysia Sabah yang turut sama menyumbang tenaga bagi Ops Banjir PMUKM pada sesi kali ini.
Misi Bantuan Banjir ini lebih tertumpu di Kampung Guchil yang merupakan anatara tempat paling teruk dan paling banyak rumah roboh dan hancur. Dimana, bilangan kerosakan yang berlaku lebih teruk dari Manek Urai. Justeru itu, dalam misi kali ini pihak operasi banjir menfokuskan agar melakukan kerja-kerja pembersihan disekitar Kampung Guchil.
Kawasan-kawasan ini merupakan antara tempat yang mengalami kerosakan teruk terutama kediaman mereka musnah sama sekali serta kemudahan awam termasuk stesen kereta api, sekolah, tadika, balai polis serta tempat permainan kanak-kanak. Kami amat bersyukur melihat reaksi penduduk yang menyambut baik dengan kehadiran sukarelawan ke tempat mereka dan sedikit sebanyak memberi kelegaan apabila menerima bantuan yang amat diperlukan terutama barang masakan, selimut, pakaian, dan bahan mentah.
Alhamdulillah, inisiatif PMUKM dalam menubuhkan ahli sukarelawan ini sedikit sebanyak dapat sama-sama meringankan bebanan masyarakat di luar sana.
Oleh itu, saya menyeru kepada seluruh mahasiswa dan sukarelawan dari seluruh negara agar dapat sama-sama membantu mangsa banjir serta terus menghulurkan bantuan kepada mereka agar dapat mengembalikan semula senyuman mereka kelak. Semoga usaha yang dibuat ini akan menjadi teladan buat mahasiswa dan masyarakat diluar sana.
MAHASISWA PRIHATIN. JOM TURUN KE LAPANGAN !
"MEMPERKASA MAHASISWA, MENERAJU VARSITI"
Gambar di sekitar Misi Bantuan Banjir PMUKM :