Isnin, Januari 19, 2015

STUDY TOUR : LAWATAN DARI UNIVERSITAS MULAWARMAN BORNEO-TIMUR, INDONESIA

Oleh : Siti Nor Bahijah Mohd Zaki
Naib Yang Dipertua II 
MPP Umum 3/4
19 Januari 2015, Bangi - PMUKM telah menerima kunjungan dari UNIVERSITAS MULAWARMAN BORNEO-TIMUR, INDONESIA. Seramai 25 orang pelajar bersama 2 orang pensyarah pengiring dalam program lawatan tersebut.

Para pelajar dan pensyarah pengiring tiba ke UKM pada jam 9.00 pagi dan terus berkumpul di bahagian Galeri Canselori untuk dibawa melawat ke Arkib UKM dan Muzium Akademik UKM. Lawatan ke Arkib dan Muziun Akademik UKM diketuai oleh pegawai Muzium sendiri dengan menceritakan serba ringkas sejarah tertubuhnya Universiti Kebangsaan Malaysia.

Seterusnya, lawatan ke Perpustakaan Tun Sri Lanang yang diketuai sendiri oleh para MPP PMUKM yang juga turut hadir untuk sama-sama melancarkan "study tour" tersebut. Diskusi diantara PMUKM bersama pelajar Indonesia turut diadakan di Bilik Sanggar, PTSL. Perbincangan ringkas daripada wakil MPP iaitu Yang Dipertua PMUKM , saudara Muhamad Sallehudin bin Khalid dan saudara Hazim Putra yang berkongsi berkaitan akademik UKM, sejarah fakulti masing-masing dan kebolehpasaran pelajar luar untuk melanjutkan pelajaran ke UKM. Alhamdulillah, pelajar Indonesia memberikan respon yang baik untuk cuba turut sama melanjutkan pelajaran ke UKM suatu hari nanti.

Ucapan penutup yang diwakili oleh Pensyarah Universitas Mulawarman menamatkan sesi lawatan PMUKM pada hari ini. Semoga perjumpaan ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.







"Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti"