PMUKM 2014/2015

Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti

Muhammad Sallehudin Bin Khalid

Presiden PMUKM Sesi 14/15

Universiti Kebangsaan Malaysia Varsiti Tercinta

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Ucapan Tun Abdul Razak

Majlis Konvokesyen Pertama UKM

Rabu, April 22, 2009

Yuran Pelajar Masih Tinggi - MPP Farmasi

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Masalah yuran tidak selaras telah banyak dilaporkan kepada saya dan telah diajukan kepada pihak bendahari di kampus Kl dan unit kewangan di bangi ,hasil pemerhatian yang dibuat setelah berbincang dengan pihak fakulti dan pihak kolej ,masalah ini terjadi akibat ketidak selarasan pembayaran yuranuntuk sems 1 dan sems 2 serta sebab lain.


Alhamdulillah, saya telah berjumpa dengan Puan Khairun nisa' idris ( penolong bendahari di unit kewangan di bangi) ,masalah ini telah diajukan dan kami telah berbincang. maklumat berkenaan yuran dan ketidakselarasan yuran telah di bincang. diharapkan mahasiswa/siswi mendapat maklumat berguna dari laporan ini. Untuk satu semester, pelajar hendaklah membayar yuran pengajian dan penginapan kolej bagi sesiapa yang tinggal di KTSN


Yuran pengajian bagi fakulti farmasi pengajian fakulti farmasi seunit ialah rm 40 ( sekali bagi setiap sems) pengajian umum seperti TITAS dan kokurikulum seperti khidmat masyarakat seunit ialah rm 30

yuran kesihatan : rm 25 ( sekali bagi satu semester )

yuran Perpustakaan : rm 50 ( sekali bagi satu semester)

tabung kebajikan pelajar dan insuran : rm 20 ( sekali satu sesi)

bayaran majalah ( PMUKM) : rm 10 ( sekali satu sesi)


Yuran penginapan di kolej

yuran penginapan bergantung kepada hari tinggal di kolej ( sekali bagi setiap sems)

yuran Perkhidmatan Jaring : rm 45 ( sekali bagi setiap sems)

yuran Elektrik : rm 25 ( sekali bagi setiap sems)

yuran jaksa : rm100 ( sekali bagi satu sesi)

yuran tambahan juga berlaku apabila pelajar menginap lebih masa dan sebagainya.


Maklumat diatas adalah hasil tinjauan saya dengan unit bendahari berkenaan masalah ini. Dan masalah ini berlaku apabila yuran sems satu di bawa ke sems 2 sebagai contoh masalah yang saya hadapi bayar rm 80 dua kali untuk rm 80 pertama adalah untuk subjek elektif untuk sem 2 dan rm 80 kedua adalah untuk subjek elektif sems 1 hal in berlaku mungkin pendaftaran subjek lambat atau sebagainya


Hal ini juga berlaku apabila pembayaran yuran sepatutnya tidak dimasukkan kedalam akaun untuk sems tersebut tetapi dimasukkan untuk sems berikutnya.


Mahasiswa/siswi juga boleh menyemak bayaran yuran yang dibayar di smpweb atau di unit bendahari . Sebagai contoh pembayaran yuran CJ-20082009/1/1 yuran kesihatan CJ-20082009/2/1 yuran kesihatan nombor yang telah di hitamkan dan diperbesarkan adalah merujuk kepada semester oleh itu, mahasiswa/siswi boleh menyemak sendiri pembayaran yuran yang telah dibayar dan sekiranya ada keraguan dan kesilapan , mahasiswa/siswi boleh berjumpa unit bendahari dan meminta penjelasan atau menelepon unit kewangan di bangi tentang masalah tersebut.

Oleh yang demikian , diharapkan segala permasalahan berkenaan berkenaan yuran, mahasiswa/siswi boleh ajukan dan bertanya di


Unit bendahari KL atau pun berhubung terus dengan unit kewangan pelajar di bangi no telefon : 03-89213180/03-89215090/03-89215037

InsyaAllah, segala masalah berkenaan yuran akan dijawab dan dijelaskan. Diharapkan pelajar dapat maklumat dan sampaikan kepada pelajar lain jika berlaku kesilapan berkenaan yuran yang saya sebutkan sila ajukan kepada saya kerana ia merupakan hasil perbincangan mengenai yuran yang saya telah bayar.


Segala kesilapan haraf dimaafkan


"Bergerak seiringan , memimpin perubahan "



Muhammad hafizul amin khalid

MPP fakulti Farmasi




Jumaat, April 10, 2009

MPP Mahasiswa Terkehadapan Membela Mahasiswa





Dewan Anuar Mahmud, Fakulti Sains dan Teknologi – Bicara Siswa bertajuk “ Keselamatan Mahasiswa, Tanggungjawab Siapa ” telah berjaya diadakan dengan jayanya. Program anjuran MPP UMUM Tahun 3, Saudara Hisyamuddin Che Ali dengan kerjasama PERDANA, telah berjaya dihadiri hampir 100 lebih mahasiswa.


Forum yang menampilkan Encik Ramalingam, Pensyarah Fakulti Undang-Undang UKM, Asistant Senior Tolha Abdullah, Timbalan Ketua Balai Polis Daerah Kajang, dan juga Leftenan Bersara (LDM) Saidi Sarop, Timbalan Ketua Wisma Aman UKM. Majlis itu telah dirasmikan oleh Prof Emeritius Datuk Abd Latif dan forum tersebut turut dihadiri oleh Ketua Balai Polis Bandar Baru Bangi, Senior Asistant Zubir Bin Simin.


Forum yang bertajuk ‘Keselamatan Mahasiswa, Tanggungjawab Siapa” itu telah berjaya membuka minda mahasiswa akan kejadian jenayah yang berlaku di UKM dan sekitar Bangi. Juga forum ini turut memberikan satu ilmu kepada mahasiswa untuk mengetahui tentang siapakah yang bertanggungjawab menjaga keselamatan mereka di Kolej. Sama ada pihak Wisma Aman, Polis mahupun mahasiswa itu sendiri.


Menurut Profesor Emiritius Dr Latiff, beliau menyatakan bahawa isu keselamatan amat penting buat mahasiswa dalam menjalani kehidupan di kampus. Tambahnya lagi bahawa semasa beliau belajar di UM dahulu, mahasiswa tidak kisah dengan isu keselamatan bahkan mereka seringkali mencabar pihak berkuasa dengan berdemontrasi dan mengecat papat tanda yang berbahasa inggeris dalam Demontrasi Papan Tanda pada awal 70 an dahulu. Beliau yang juga mantan Dekan Fakulti Sains dan Teknologi turut berseloroh bahawa zaman dahulu jenayah yang paling banyak berlaku ialah jenayah curi, yang pada ketika itu kecurian barang makanan paling kerap berlaku.


Majlis forum pada malam itu telah dipengerusikan oleh Saudara Mahfuzan Gaddafi Mahmud, MPP Fakulti Pengajian Islam Tahun 3. Sesi forum terbahagi kepada dua iatu sesi penerangan dan soal jawab. Menurut Saudara En. Ramalinggam yang juga merupakan felo di Kolej Ungku Omar, beliau menyatakan bahawa mahasiswa juga merupakan penyumbang utama kepada kejadian jenayah kerana kecuaian mereka menyebabkan berlakunya jenayah. Beliau turut menyatakan bahawa mahasiswa yang mempunyai kesedaran tentang perkara-perkara keselamatan adalah kurang dan mahasiswa pada hari ini lebih berminat kepada aktiviti-aktiviti hedonisme yang menurutnya merupakan pembunuh kepada nilai mahasiswa itu sendiri.


Ahli Panelis kedua, , Asistant Senior Toha Abdullah, Timbalan Ketua Balai Polis Daerah Kajang pula banyak menyentuh tentang kejadian jenayah yang berlaku di sekitar Kajang dan Bangi. Beliau turut menyatakan bahawa jenayah di Kajang masih terkawal tetapi masih wujud gejala-gejala jenayah di UKM yang boleh mengancam keselamatan siswa. Beliau turut mengajak hadirin yang hadir ke forum tersebut untuk mendaftarkan diri sebagai rakan cop.


Dan bagi panelis ke tiga yang merupakan Timbalan Ketua Wisma Aman, beliau menyatakan kekesalan kerana jenayah masih berlaku di UKM walaupun langkah keselamatan telah diperketatkan. Belaiu turut menyeru mahasiswa bekerjasama dengan Wisma Aman untuk bersama-sama membantu dalam membasmi jenayah di UKM ini. Beliau turut memuji aktiviti forum ini kerana dapat membuka minda mahasiswa tentang isu keselamatan. Sambil berkongsi pengalaman bagaimana payahnya memberikan penerangan kepada mahasiswa tentang isu keselamatan ini. Beliau turut menceritakan terpaksa menunggu sehingga setengah jam sebelum sesi penerangan dapat diberikan kepada mahasiswa di Kolej. Itupun hanya dapat mengumpul hadirin tidak kurang 10 mahasiswa.


Bagi penganjur bersama yang juga merupakan MPP Umum Tahun 3, Hisyamuddin Che Ali, beliau menyatakan kegembiraan atas kejayaan forum ini yang dapat memberikan output berguna kepada mahasiswa berkaitan isu keselamatan. Beliau yang juga merupakan pelajar Undang-Undang turut menyatakan bahawa forum ini sebagai batu loncatan untuk MPP Mahasiswa bergerak lebih terkehadapan, dalam menangani isu keselamatan mahasiswa.


Forum itu berakhir kira-kira jam 11.00 malam. Pengunjung yang hadir menyataka rasa teruja dengan ilmu yang disampaikan oleh ketiga-tiga panelis inia. Mereka turut berharap agar keselamatan mahasiswa akan terus diperjuangkan oleh MPP yang diundi oleh mahasiswa itu sendiri.

Khamis, April 09, 2009

PMUKM TIDAK KOMITED


PMUKM HANYA MENGADAKAN MESYUARAT SATU KALI SAHAJA SEPANJANG SEMESTER 2 SESI 2008/2009.

DI MANAKAH KOMITMEN UNTUK MEMBELA NASIB MAHASISWA?


Inilah komitmen yang ditunjukkan oleh PMUKM Sesi 2008/2009 di bawah pimpinan Presiden PMUKM Mohamad Nasir bin Mohamed Nazri. Semenjak mesyuarat bertarikh 18 Mac 2009 (Rabu) yang menyaksikan 6 usul diluluskan kerana gesaan hebat 12 MPP Mahasiswa (sila rujuk artikel blog GMUKM pada 20 Mac 2009), MPP Aspirasi pimpinan Nasir seolah-olah amat takut untuk mengadakan mesyuarat PMUKM. Tarikh mesyuarat kedua yang sepatutnya berlangsung pada 14 Apr 2009 telah dibatalkan. Ia sepatutnya diadakan ketika cuti minggu ulangkaji (13-19 Apr 2009). Mesyuarat PMUKM memerlukan quorum minimum 2/3 ahli (minimum 22/33 ahli MPP) untuk memulakan mesyuarat di bawah Perkara 2.1 Peraturan Mesyuarat Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Segala ketetapan mesyuarat PMUKM yang tidak memenuhi quorum 2/3 adalah tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan. Alasan pembatalan adalah ramai ahli MPP yang dijangka pulang ke kampung masing-masing ketika minggu ulangkaji dan dengan itu tidak dapat memenuhi quorum 2/3.


Persoalan penting adalah mengapa mesyuarat yang kedua sengaja ditetapkan pada minggu ulang kaji dan bukannya pada minggu kuliah (Minggu ke-13 atau ke-14). Apakah Presiden dan Setiausaha Agong tidak merujuk kepada kalender ketika menetapkan tarikh mesyuarat sehingga memilih tarikh yang tidak sesuai? Saya telah beberapa kali mendesak Setiausaha Agong PMUKM Siti Nazihan Hj Abdul Rahman dan Presiden Nasir untuk melihat kembali kesesuaian tarikh 14 Apr 2009 dan mencadangkan agar mesyuarat diadakan selewat-lewatnya hari Khamis/Jumaat minggu ke-14. Setiausaha Siti Nazihan masih mempunyai masa untuk mengeluarkan notis 7 hari kepada semua ahli MPP menurut Perkara 1.2 Peraturan Mesyuarat. Malangnya, mesyuarat tidak diawalkan tetapi dibatalkan begitu sahaja. Kami 12 MPP Mahasiswa amat kecewa dan melihat elemen ketidakjujuran dalam pembatalan mesyuarat kedua PMUKM. Ini kerana semenjak mesyuarat pertama (18 Mar 2009) sehingga sekarang, MPP Mahasiswa telah mengumpul pelbagai aduan mahasiswa dan menunggu mesyuarat PMUKM untuk diketengahkan agar dapat dicari penyelesaiannya secara kolektif.


MPP Mahasiswa amat komited terhadap mesyuarat PMUKM. Buktinya ialah 10/12 orang MPP Mahasiswa (83.33%) menghadiri mesyuarat pertama pada 18 Mac 2009 berbanding 12/21 orang MPP Aspirasi (57.14%) sahaja. Itupun sidang mesyuarat terpaksa menunggu kehadiran MPP Aspirasi yang lewat agar quorum mencukupi. Malahan, terdapat beberapa MPP Aspirasi yang meninggalkan mesyuarat di pertengahan jalan, khasnya Presiden Nasir sendiri. Kesemua 10 MPP Mahasiswa menyertai mesyuarat sehingga pengakhirannya. Kami tidak faham mengapa Presiden Nasir selaku pemimpin no. 1 di UKM ini boleh meninggalkan mesyuarat dengan alasan perlu menghadiri mesyuarat yang lain. Adakah terdapat mesyuarat lain yang lebih penting daripada Mesyuarat Rasmi PMUKM yang diterajui oleh beliau sendiri?


6 usul telah diluluskan tetapi hanya diperingkat permulaan sahaja. Contohnya, usul Mesyuarat Agong Tahunan untuk JAKSA kolej kediaman dan PMUKM tidak diperincikan mekanisme pelaksanaannya. Sidang mesyuarat hanya bersetuju untuk menjalankannya. Tentu sekali perincian pelaksanaan harus dibincang pada mesyuarat PMUKM yang seterusnya. Usul AGM JAKSA disokong oleh 18 daripada 21 ahli MPP yang masih berada pada sesi mesyuarat dan usul AGM PMUKM disokong hanya 11 daripada 19 ahli MPP. Ketiadaan mesyuarat berkala untuk membincangkan perincian kedua-dua usul ini jelas menunjukkan PMUKM pimpinan Presiden Nasir tiada keikhlasan untuk membela nasib mahasiswa. Usul ini bertujuan untuk membuka ruang kepada seluruh mahasiswa UKM untuk membela kebajikan masing-masing dengan menyemak laporan kewangan dan aktiviti tahunan kedua-dua pertubuhan JAKSA dan PMUKM. Ketiadaan tindakan susulan Presiden Nasir jelas menunjukkan beliau mempunyai niat untuk mengekang hak mahasiswa untuk bersuara.


Terdapat juga usul yang tidak memerlukan perincian mendalam iaitu usul mesyuarat PMUKM dijalankan secara berkala iaitu sebulan 2 kali. Usul ini telah melalui segala proses pengusulan, perdebatan dan pengundian menurut peruntukan dalam Peraturan Mesyuarat MPP dan disokong oleh 18 daripada 19 ahli MPP yang masih tinggal semasa pengundian. Usul ini sepatutnya berkuatkuasa serta-merta dan dari tarikh mesyuarat pertama (18 Mac 2009) sehingga permulaan minggu ulangkaji (13 Apr 2009) iaitu selama 25 hari, PMUKM wajib mengadakan 2 kali mesyuarat sebulan menurut usul yang diluluskan.


Kami 12 MPP Mahasiswa amat kesal kerana dalam tempoh ini, tiada satu pun mesyuarat PMUKM yang diadakan. Presiden Nasir dan Majlis Tertingginya telah gagal melaksanakan usul yang telah diluluskan secara sah berlandaskan peruntukan Peraturan Mesyuarat PMUKM. Ini adalah penghinaan kepada seluruh perwakilan MPP terutamanya kepada 19 ahli MPP yang mengundi menyokong usul ini. Amat jelas bahawa kuasa budi bicara seorang Presiden Nasir boleh membatalkan ketetapan 19 orang ahli MPP. Beliau bukan sahaja tidak menghormati 12 ahli MPP Mahasiswa yang mengundi usul ini, tetapi juga 7 orang ahli MPP Aspirasi yang turut menyokong.


Melihat kepada perkembangan semasa dan keikhlasan Presiden Nasir, kami 12 MPP Mahasiswa mula berasa risau tentang pelaksanaan 6 usul yang berjaya diluluskan itu. Keenam-enam usul itu diluluskan untuk meningkatkan kebajikan mahasiswa seluruh UKM dan wajib dijalankan setelah diluluskan oleh sidang mesyuarat MPP yang pertama. Kami 12 MPP Mahasiswa berjanji akan memperjuangkan pelaksanaan 6 usul tersebut, terutamanya usul mengadakan AGM untuk JAKSA Kolej Kediaman dan PMUKM itu sendiri. Kami juga ingin memberi peringatan kepada Presiden Nasir supaya menghormati segala usul Mesyuarat MPP yang berjaya diluluskan. Sesungguhnya, Presiden Nasir telah meninggalkan mesyuarat sebelum pengundian usul bermula dan awal-awal lagi menunjukkan bahawa beliau tidak ikhlas untuk menghormati ketetapan sidang mesyuarat MPP.


Sekian, terima kasih


PHOON KAR LIANG

Ahli Majlis Perwakilan Pelajar

Universiti Kebangsaan Malaysia

PMUKM Sesi 2008/2009

Wakil Fakulti Undang-undang

017-2399052

phoonkarliang@yahoo.com



Rabu, April 08, 2009

Jom Ramai-Ramai Ke Forum Bicara Siswa

Isnin, April 06, 2009

Semakan Permohonan & Pengesahan Penginapan Kolej Semester I 2009/2010




Kepada semua pelajar yang telah membuat permohonan untuk tinggal di kolej bagi sesi 2009-2010, semakan permohonan boleh dibuat sekarang, 5 April 2009 (AHAD) sehingga 19 APRIL 2009 (AHAD) di www.ukm.my/upp. Sekiranya permohonan anda diterima, sila sahkan penerimaan dan cetak. Sila hantar cetakan tersebut ke Pejabat Kolej masing-masing beserta 2 keping gambar berukuran passport selewat-lewatnya 19 April 2009. Harap maklum!

Speaker PMUKM tidak peduli masalah mahasiswa

Mendukacitakan…Itulah ayat yang boleh diperkatakan kepada Speaker PMUKM, Intan Zanariah yang juga MPP Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian tahun 3 yang gagal melaksanakan usul yang diluluskan oleh ‘Parlimen” mahasiswa (Mesyuarat MPP) pada lalu. Mesyuarat kali kedua itu memutuskan bahawa Saudari Speaker Intan Zanariah Binti Abdul Aziz selaku wakil MPP Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan mengambil tanggungjawab yang sepenuhnya terhadap isu pelajar FSSK tahun3 yang menjadi mangsa kemalangan dengan Bas Kiffah di Kolej Keris Mas.


Tetapi kami dimaklumkan bahawa Saudari Intan tidak melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada beliau. Hal ini mendukacitakan MPP Mahasiswa kerana beliau membakul sampahkan usul yang amat penting demi kebajikan mahasiswa. Diperkatakan bahawa beliau tidak kelihatan bertindak sebagai MPP FSSK dan ini menyebabkan ramai warga FSSK terkilan atas perlantikan beliau sebagai MPP. MPP Mahasiswa berharap agar kemenangan majoriti tipis 17 undi yang dimenangi Intan, akan diberikan semula haknya kepada calon GMUKM pada PRK akan datang.

Ahad, April 05, 2009

MPP Mahasiswa Turun Ke FST

Tarikh 2 April 2009 pasti diingati oleh warga Fakulti sains dan Teknologi (FST). Pada tanggal tersebut, rombongan MPP Mahasiswa yang diketuai oleh Saudara Arif Misrol sebagai tuan rumah telah mengadakan siri road show dan dialog bersama mahasiswa FST. Program tersebut Berjaya mengumpulkan banyak masalah terutamanya masalah yang menimpa pelajar tahun 1 berkaitan dengan isu yuan dan kompetensi generik.
Rombongan yang turut dihadiri oleh 3 MPP Umum GMUKM iaitu Saudara Hisyamuddin Che Ali, Saudara Fikah Sanusi dan Saudara Faez Mat Zain ini telah Berjaya mendapat sambutan menggalakan daripada mahasiswa FST.Sebanyak 300 makalah bermaklumat diedarkan kepada siswa/i FST dengan disertakan email dan alat perhubungan yang boleh dihubungi oleh mahasiswa kepada 12 MPP Mahasiswa yang dipilih dalam PRK lalu. Hadir sama dalam rombongan tersebut ialah Saudara Mohd Faiz Ismail (MPP FPEND) dan Saudara Phoon Kar Liang (MPP FUU). Rombongan MPP Mahasiswa berada di FST selama kira-kira 1 jam 45 minit sebelum program itu berakhir kira-kira jam 12.45 tengahari. Kepada fakulti-fakulti lain, MPP Mahasiswa akan turun ke sana suatu masa nanti dan tunggulah kemunculan kami untuk mahasiswa mengadukan masalah kepada kami nanti.












Jumaat, April 03, 2009

MPP mahasiswa Ukm Mengecam TAKtik panCing Undi BN



Kehadiran Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ismail Saffian di majlis makan malam di Kampung Baru Kuala Sepetang - sebuah perkampungan nelayan di DUN Kuala Sepetang di parlimen Bukit Gantang - kini menjadi bahan perbualan.

Majlis tersebut diserikan dengan konsert tiga gadis manis berimej seksi selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dan calon BN selesai menyampai ucapan meminta hadirin menyokong BN dalam pilihanraya kecil parlimen itu.

Tiga artis Cina berseluar pendek dan singlet biru itu menari dan menyanyi lagu rancak sewaktu Zahid sedang mengadakan sidang media di depan pentas tersebuT.

Dengan ini Kami MPP MAHASISWAB mengecam taktik yg digunakan oleh BN kerana ianya secara jelas telah menghilangkan tatasusila masyarakat melayu dan sekaligus dapat menggugat akidah islam kaum ISLAM.Dan kami yakin disebabkan hal ini kecenderungan masyarakat bukit gantang untuk memangkah BN adalah makin tipis..