Ahad, April 05, 2009

MPP Mahasiswa Turun Ke FST

Tarikh 2 April 2009 pasti diingati oleh warga Fakulti sains dan Teknologi (FST). Pada tanggal tersebut, rombongan MPP Mahasiswa yang diketuai oleh Saudara Arif Misrol sebagai tuan rumah telah mengadakan siri road show dan dialog bersama mahasiswa FST. Program tersebut Berjaya mengumpulkan banyak masalah terutamanya masalah yang menimpa pelajar tahun 1 berkaitan dengan isu yuan dan kompetensi generik.
Rombongan yang turut dihadiri oleh 3 MPP Umum GMUKM iaitu Saudara Hisyamuddin Che Ali, Saudara Fikah Sanusi dan Saudara Faez Mat Zain ini telah Berjaya mendapat sambutan menggalakan daripada mahasiswa FST.Sebanyak 300 makalah bermaklumat diedarkan kepada siswa/i FST dengan disertakan email dan alat perhubungan yang boleh dihubungi oleh mahasiswa kepada 12 MPP Mahasiswa yang dipilih dalam PRK lalu. Hadir sama dalam rombongan tersebut ialah Saudara Mohd Faiz Ismail (MPP FPEND) dan Saudara Phoon Kar Liang (MPP FUU). Rombongan MPP Mahasiswa berada di FST selama kira-kira 1 jam 45 minit sebelum program itu berakhir kira-kira jam 12.45 tengahari. Kepada fakulti-fakulti lain, MPP Mahasiswa akan turun ke sana suatu masa nanti dan tunggulah kemunculan kami untuk mahasiswa mengadukan masalah kepada kami nanti.