Isu bas rengit kini semakin menjadi-jadi. Pada awalnya, saya melihat bahawa UKM sahaja yang mengalami masalah berkaitan dengan perkhidmatan bas ini, namun baru-baru ini, saya terbaca di Facebook seorang rakan UITM Puncak Alam dan saya percaya UITM dan UKM mempunyai masalah yang sama. (KEMALANGAN TRANSRENGIT DI UITM) Ya, masalah perkhidmatan Bas Rengit. Sebelum ini, pihak PMUKM telah berusaha membawa segala aduan para pelajar kepada pihak terlibat seperti Unit Pengangkutan dan Bahagian Pengurusan Trans Rengit di Shah Alam. Namun, tiada sebarang tindakan diambil, seolah-olah aduan para pelajar tentang ketidakpuashatian mereka terhadap perkhidmatan Bas Rengit seperti mencurahkan air ke daun keladi. Sehingga kini, dalam tempoh sebulan, sebanyak hampir 200 aduan yang telah saya terima. Ini bermakna, satu hari, dianggarkan PMUKM menerima sekurang-kurangnya 6 aduan. Maka, terang lagi bersuluh masalah sangat serius dan perlu kepada tindakan segera, bukan sekadar menerima aduan daripada mahasiswa semata-mata.
"Hari ini bertarikh 19 november 2012 pada jam 2.08 petang, bas rengit zon 3 dan 6Z hampir berlanggar. Kejadian ini berlaku di simpang tiga berhadapan Kolej Rahim Kajai. Kami yang berada di dalam bas semua menjerit kerana kuatir bas akan berlanggar. Pelajar lain yang berada di perhentian bas Kolej Rahim Kajai (KRK) juga ramai yang nampak kejadian tersebut. Tetapi ppemandu bas zon 3 tersebut ketawa/tersenyum dengan kejadian tersebut. Seolah-olah kejadian tersebut melucukan sedangkan ianya berkaitan dengan kesalamatan dan nyawa kami. Nombor plat bas rengit zon 3 tersebut ialah BGD7495. Pemandu yang memandu bas zon 3 tersebut berkepala botak. Nombor plat bas rengit 6Z pula ialah WTU1555. Walaubagaimanapun, saya tidak dapat melihat dengan jelas rupa pemandu bas rengit 6Z. Saya amat kesal kejadian tersebut berlaku. Bagaimanakah sekiranya kemalangan berlaku tadi? Bukankah melibatkan keselamatan nyawa kami? Lebih-lebih lagi, pelanggaran yang hampir berlaku tadi dianggap satu perkara yang amat remeh dan melucukan. Jika beginilah sikap pemandu bas rengit, keselamatan kami sebagai pelajar yang mengunakan bas sebagai kenderaan utama untuk ke kuliah berada dalam keadaan bahaya." (ini merupakan salah satu aduan yang PMUKM baru sahaja terima)
Maka , kami pihak PMUKM mewakili suara mahasiswa UKM berasa amat kesal dengan situasi sebegini. Jika sikap sebegini tetap diteruskan oleh pemandu Bas Rengit, maka tidak salah saya katakan bahawa mahasiswa perlu menghadapi situasi bahaya yang boleh mengancam nyawa setiap kali hendak ke kelas. Hal ini tidak termasuk lagi dengan masalah kerusi rosak, bas bocor, pemandu bas tidak tepati masa dan sebagainya. Perkara ini bukan sahaja di alami oleh pelajar UKM, malah kondisi yang sama turut dihadapi oleh pelajar UITM Puncak Alam yang sudah bertahun menjalankan perkhidmatan.
Justeru, apabila segala aduan sudah diberikan namun perkara yang sama tetap berlaku, kami PMUKM mewakili suara yang saya yakin seluruh mahasiswa yang mengalami masalah ini akan terus komited menegakkan suara mahasiswa untuk membawa masalah ini kepada pihak atasan. Antara tindakan PMUKM dalam menangani masalah perkhidmatan TRANSRENGIT.
TRANSRENGIT: ADUAN MAHASISWA DITERIMA
Berkaitan dengan isu bas rengit, kami dari PMUKM bukan hanya pandai menunding jari seperti mana yang dinyatakan. Jika mereka menyatakan mereka telah berbincang pada 12hb Nov bersama dengan pihak rengit, ingin saya katakan bahawa :
03.10.2012 :berjumpa dengan Unit pengangkutan tentang masalah Pengangkutan Rengit
05.10.2012: PMUKM memantau pergerakan dan kondisi bas
08.10.2012 :penubuhan jawatankua
03.10.2012 :berjumpa dengan Unit pengangkutan tentang masalah Pengangkutan Rengit
05.10.2012: PMUKM memantau pergerakan dan kondisi bas
08.10.2012 :penubuhan jawatankua
sa Rengit
09.10.2012: PMUKM turun padang dengan memberi jadual perjalanan Bas sebagai inisiatif kepada pemandu supaya mematuhi jadual perjalanan
10.10.2012 : PMUKM menghantar aduan mahasiswa di pejabat operasi rengit di Shah Alam
12:10;2012 : menghantar aduan pelajar ke unit pengangkutan
21.11.2012: menghantar aduan pelajar ke Unit Bendahari
09.10.2012: PMUKM turun padang dengan memberi jadual perjalanan Bas sebagai inisiatif kepada pemandu supaya mematuhi jadual perjalanan
10.10.2012 : PMUKM menghantar aduan mahasiswa di pejabat operasi rengit di Shah Alam
12:10;2012 : menghantar aduan pelajar ke unit pengangkutan
21.11.2012: menghantar aduan pelajar ke Unit Bendahari
MOHAMAD ARIEF BIN OTHMAN
SPEAKER
PERSATUAN MAHASISWA UKM (PMUKM)
21 NOV 2012 / Rabu 5.07pm
AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI