PMUKM, Wisma Aman, dan wakil Jaksa Kolej |
22 November 2012 - Perjumpaan khas
Isu Keselamatan yang melibatkan PMUKM, Bahagian Keselamatan Wisma Aman UKM, dan Jaksa
Keselamatan Kolej Kediaman diadakan. Perjumpaan ini dipengerusikan oleh Presiden PMUKM,
Ahmad Shukran bin Shaharudin.
Perjumpaan ini adalah susulan resolusi PMUKM
berkenaan isu keselamatan yang lalu berkenaan mengadakan kempen kesedaran
keselamatan dan pemusatan badan “rukun tetangga” kolej sebagai ajen “Rakan
Wisma Aman”.
klik di sini.
Dalam perjumpaan singkat ini, Wisma Aman tampil dan memberikan
pandang sisi berhubung isu keselamatan mahasiswa UKM khususnya siswi dan setiap wakil kolej yang hadir
memberikan respon tahap keselamatan kolej kediaman masing-masing daripada aspek
permasalahan yang dialami dan mekanisma awal yang telah diambil setiap kolej
kediaman dalam membendung isu kes keselamatan yang tidak disenangi terutama
yang melibatkan golongan siswi.
PMUKM bertindak sebagai medium yang menyatukan
kerjasama yang lebih berpusat dalam memastikan usaha ke arah menyelesaikan isu
keselamatan ini dapat dijalankan dengan lebih membumi. Dalam perjumpaan ini,
Bahagian keselamatan UKM bersama PMUKM dan Jaksa kolej kediaman bersetuju
menjalankan kerjasama dalam menjalankan program 'roadtour' keselamatan ke setiap
kolej kediaman yang dijadualkan akan bermula 3 Disember 2012 hingga 12 Disember 2012 dan aktiviti kemuncaknya adalah perasmian Kempen Kesedaran Keselamatan
yang dijangka akan diadakan pada 13 Disember 2012.
Kami juga telah mengambil
beberapa mekanisma awal dalam meningkatkan hubungan jaringan maklumat di antara
kami. Semoga kerjasama ini akan dapat memberi impak positif ke arah
mengurangurangkan peluang dan ruang terhadap lambakan kes ragut yang menimpa
siswi UKM sejak kebelakangan ini.
AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI