Sesi perbincangan PMUKM bersama Wisma Aman |
Dalam tempoh sebulan ini, banyak aduan
yang telah diterima oleh PMUKM berkenaan isu keselamatan. Isu ini telah pun
dimuatkan dalam entri yang terdahulu, klik di sini .Kes ini sangat membimbangkan lantaran
pertamanya, mereka bukan sahaja meragut dan merompak siswi tersebut, malahan
juga mengacukan senjata tajam yang berbahaya seperti pisau kepada siswi
tersebut. Keduanya daripada 6 kes yang diajukan kepada pihak kami, 4 kes
tersebut terjadi pada waktu siang dan 2 daripadanya berlaku pada waktu malam.
Ini menunjukkan tahap keselamatan UKM yang sangat lemah kerana sehinggakan pada
waktu siang pun peragut itu masih berani melakukan aktiviti tersebut.
Ketiganya, jangan disangka berdua atau bertiga, kita tidak diragut. Hal ini
kerana berdasarkan kes rompakan yang berlaku di kolej Rahim Kajai, mangsa
rompakan dalam keadaan bertiga. Bayangkan rakan-rakan sekalian, dalam keadaan
bertiga masih boleh dirompak, apatah lagi dalam keadaan berdua atau lebih-lebih
lagi berseorangan.
Lebih menyedihkan kami apabila Bahagian
Pengurusan Tertinggi Universiti kurang mengambil respon yang bersifat serius terhadap isu ini. Ada di antara mereka yang lebih
menguar-uarkan isu kemenangan bola UKM berbanding merespon isu keselamatan siswi ketika diminta merespon berkenaan isu
keselamatan siswi. Sungguh kami kecewa dengan sikap yang ditonjolkan sedemikian!!
Penyerahan Resolusi |
Bagi memastikan kes-kes ini tidak
berlanjutan, kami di peringkat PMUKM telah bertemu pihak Bahagian Keselamatan
UKM sebagai langkah kebersamaan PMUKM bersama Bahagian Keselamatan UKM dalam
isu yang membabitkan kebajikan mahasiswi UKM. Gerak kerja ini juga merupakan permulaan titik perjalanan manifesto yang dibawa oleh MPP Izati Othman, iaitu berkaitan
keselamatan siswi bersama Naib Presiden PMUKM, MPP Afifah Rahim yang memegang
portfolio Hal-Ehwal Siswi. Antara resolusi yang diberikan oleh PMUKM kepada
Bahagian Keselamatan Wisma Aman adalah:
1. Memperketatkan sistem kawalan pintu
masuk UKM
2. Menambah kekerapan rondaan
3. Minta pengecaman lakaran wajah suspek
4. Kempen/program kesedaran keselamatan
siswi
5. Perkemaskan sistem kawalan cctv
6. Memusatkan badan “rukun tetangga” kolej
sebagai agen “Rakan Wisma Aman”
7. Aktifkan hotline Wisma Aman
Di peringkat PMUKM, kami akan terus
mendesak Bahagian Keselamatan mempergiatkan kawalan dan pihak yang sewajarnya
lebih peka terhadap isu ini agar membuat tindakan sewajarnya. PMUKM juga sedang
merancang mekanisma pencegahan jangka
pendek sebagai bukti kami bersama mahasiswi sekalian.
AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI