Seperti semua yang
sedia maklum, isu kelewatan kemasukan biasiswa JPA adalah isu besar yang
mana melibatkan majoriti mahasiswa/i Fakuti Perubatan. Tempoh kelewatan
ini adalah suatu tempoh yang kritikal dan membebankan mahasiswa/i. Hampir 2
bulan lamanya isu ini berlegar tanpa sebarang jawapan yang konkrit daripada
pihak berwajib.
Di peringkat wakil
mahasiswa, MPP dan PERSIAP telah pun berhubung beberapa kali namun gagal kerana
pihak JPA tidak memberikan sebarang notis secara rasmi berhubung kelewatan
kemasukan biasiswa JPA.
Antara langkah
terakhir, di peringkat MPP dan PERSIAP, kami bersetuju dan bersepakat untuk
melawat pejabat JPA secara rasmi dan bersemuka dengan pegawai JPA sendiri pada
hari Isnin ini, 26 November 2012. Bersama dengan penasihat PERSIAP, Prof
Madya Dr. Shahrir Mohamed Said, (MPP Perubatan) Muhamad Faiz Zulkapli (YDP
PERSIAP) Mohamad Qazreen Bin Ahmad Shawaludin dan (Exco Kebajikan I PERSIAP)
Qamarul Ariffin bin Samin akan berbincang dengan pihak JPA untuk mencari solusi
terbaik.
Jika tiada tindakan
yang diambil dalam masa terdekat, langkah penyelesaian seterusnya dengan
membawa petisyen ke Pejabat Perdana Menteri akan dipertimbangkan. Dan dari masa
ke semasa, kami akan sentiasa mewar-warkan setiap tindakan susulan kepada mahasiswa/i.
Akhir kata, pihak MPP dan PERSIAP amat bersimpati dan
kesal akan kesulitan yang dihadapi oleh mahasiswa/i Fakulti Perubatan. Segala
kesabaran dan kerjasama amatlah dihargai dan didahului dengan ribuan terima
kasih. Sekian.
1. MUHAMAD FAIZ ZULKAPLI
Biro Sukan dan Kebudayaan,
MPP Fakulti Perubatan,
PMUKM 2012/2013
(No hp : 013-2935523)
2. MOHAMAD QAZREEN BIN AHMAD SHAWALUDIN
YDP PERSIAP 2012/2013,
Fakulti Perubatan UKM
Sumber : FB Mpp Fper
AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI