Khamis, Disember 20, 2012

DIALOG TRANSRENGIT: MAHASISWA KESAL TIADA WAKIL UNIT KENDERAAN

MPP Azrai sebagai moderator. MPP Izati, wakil PMUKM
 dan En Mahyudin, Pengurus Eksekutif Rengit

19 Dis - Satu sesi dialog telah diadakan antara para pelajar, pengurus Transrengit, En Mahyudin dan wakil MPP PMUKM, MPP Izati Othman yang merupakan Setiausaha Agong PMUKM.

Respon mahasiswa/i yang hadir semasa sesi dialog semalam:
- "Sikap pemandu yang kurang disenangi Mahasiswa"
- "Mahasiswa merungut mengenai bas tidak tepati masa, ini akan mengganggu perjalanan kami ke dewan kuliah."
- Mahasiswa tuntut Jaminan Perkhidmatan Bas Trans-Rengit semasa musim Peperiksaan.
- Cadangan mahasiswa: Pastikan wujudnya penyelia disetiap zon. Tujuan utamanya adalah untuk pastikan bas tepati masa.
 
Respon MPP Izati Othman atas soalan yang diajukan:
- "PMUKM beri kata dua kepada Trans-Rengit, samada untuk meningkatkan perkhidmatan bas Trans-Rengit atau kami menggesa pihak pentadbiran UKM mengkaji semula kontrak Trans-Rengit bersama UKM"
-"Jika pada hari ini mahasiswa kecewa terhadap isu ini, maka jawapannya kami di pihak PMUKM lebih kecewa berhubung isu ini kerana hakikatnya kami dipilih mahasiswa untuk membawa suara mahasiswa"

Respon Pengurus Transrengit, En Mahyudin atas soalan yang diajukan:
- "Jika isu ini tidak selesai, bukan UKM sendiri yang halau saya keluar, tetapi saya sendiri yang akan keluar. Saya tidak dipilih berdasarkan kroni/kabel. Sehingga bulan 12 ni jika tidak selesai, kami akan berundur."
- "Usia bas kita yang diminta oleh pihak UKM, semuanya 2004 ke atas. Belting putus menandakan aircond tidak berfungsi."
- "Datang untuk rugi, bukan bisnes. Saya tak ingin datang ke UKM untuk mencipta nama yang buruk. Jika masalah ini tidak selesai, kami(Trans-Rengit) tidak ingin menyusahkan sesiapa."
-"Tiada unsur sengaja pada kemalangan yang berlaku pada tempoh hari. Kita berusaha untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik buat mahasiswa"
- "Penambahbaikan telah kami laksanakan. Kalau saudara/i perasan kita telah paparkan gambar driver bas di cermin bas"
 
Kesimpulannya, kami di barisan PMUKM memahami bahawa apabila kita berbicara tentang sesuatu perkhidmatan, maka kita akan banyak dihujani dengan aduan dan komen bagi tujuan penambahbaikan. Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang tidak mendapat penjelasan secara terperinci kerana ketidakhadiran wakil Unit Kenderaan dalam sesi dialog semalam. Kami memohon maaf kepada para pelajar yang hadir atas kekurangan ini. Semoga sesi dialog ini mampu menjernihkan kecelaruan yang bermain di minda mahasiswa/i UKM.
Di pihak pengurusan Transrengit, mereka telah memberi tempoh masa sehingga hujung bulan ini untuk memperbaiki keadaan. Andai kata masalah yang sama masih berlaku, mereka redha akan melepaskan kontrak pengendalian bas di UKM.
Akhir sekali, kami tuntut isu ini diselesaikan segera!!
 
Autonomi Mahasiswa Merealisasi Falsafah Varsiti