30 NOV – Melengkapi jelajah MPP PMUKM bersama pentadbiran
kali ini ialah slot pertemuan ramah mesra bersama Pusat Pengajian Umum (PPU).
PPU diketuai oleh Pengarah PPU, Profesor Dr. Khairul Anwar Mastor dan timbalan
pengarah PPU serta barisan ketua bahagian PPU. Wakil MPP PMUKM ialah MPP Arief
Othman, MPP Afiah Nasuha, Mpp Hidayah Juhari, Mpp Nur Afifah, Mpp Zul Ajma dan
Mpp Izati Othman.
Beberapa isu yang dibangkitkan MPP PMUKM dalam perbincangan
tersebut antaranya ialah:
1. Adakah
pelajar tahun satu layak untuk memohon sem 3 (shortsem) , bilakah tawaran pelajar untuk memohon sem 3 dibuka dan
apakah antara subjek yang disediakan semasa sem 3?
Respon:
- Pelajar tahun satu layak memohon sem 3, tetapi
sem 3 diwujudkan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar tahun akhir untuk
mengambil selain subjek major untuk memenuhi jumlah kredit yang diperlukan
untuk mereka graduat serta pelajar yang sangat perlu mengambil subjek sewaktu sem 3 (
sekiranya tidak ambil subjek tersebut, menyebabkan pelajar terpaksa
memanjangkan waktu pengajian ), keutamaan diberikan pada golongan tersebut.
- Permohonan untuk sem 3 akan dibuka sebelum
peperiksaan akhir sem 2. Tarikh permohonan sem 3 akan diumumkan di e-pelajar.
- Senarai subjek yang dibuka sewaktu sem 3 akan
diputuskan di peringkat PPU dan pihak Badan Pengurusan Akedemik (BPA) akan
membuat pengumuman di e-pelajar
dan laman web BPA sendiri.2. Mengapakah untuk kursus bahasa 2 jam kredit diberikan, tetapi kelas selama 4 jam?
Respon:
- Untuk kursus bahasa, kelas lebih berbentuk tutorial atau amali berbanding kuliah. Bagi subjek Workplace, pendekatan adalah berbeza untuk setiap pensyarah, tetapi modul tetap sama.
Harapan pihak PPU untuk para pelajar:
1. Pihak
PPU menggalakkan agar pelajar menyediakan SURAT PENGECUALIAN AKTIVITI
berbanding SURAT PELEPASAN KULIAH sekiranya kelas subjek PPU bertembung dengan
program yang melibatkan penglibatan para pelajar. SURAT PENGECUALIAN AKTIVITI
adalah surat yang ditujukan kepada penganjur program dan perlukan pengesahan
daripada pensyarah subjek tersebut. Hal ini, berkaitan dengan pengurusan masa
pelajar supaya berfikir sebelum membuat keputusan.
2. Modul
subjek Tamadun Islam Tamadun Asia (TITAS) dan Hubungan Etnik akan diubah dan
dijangka akan dilancarkan pada sesi hadapan.
3. Para
pelajar boleh menjadikan PPU sebagai tempat pertanyaan untuk sebarang keraguan
tentang kod kursus, jam setiap kursus dan subjek pilihan bebas.
4. Para
pelajar digalakkan untuk sering mengunjungi laman web e-pelajar
kerana pengumuman penting yang memerlukan tindakan segera daripada pelajar akan
dihebahkan melalui laman web tersebut.
Pihak PPU juga berharap agar para
pelajar tidak mengambil enteng tentang setiap subjek yang ditawarkan oleh PPU. Hal
ini kerana, setiap subjek yang ditawarkan telah dikaji kerelevennya disamping
cukup berguna untuk para pelajar mengaplikasikan dalam kehidupan seharian,
maupun sebagai cerminan seorang pelajar daripada Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM). Satu bengkel akan dianjurkan oleh
pihak PPU dalam masa terdekat melibatkan MPP PMUKM dan wakil bagi setiap
Persatuan Mahasiswa Fakulti serta
beberapa orang pelajar terpilih untuk membincangkan tentang beberapa rombakan
modul subjek PPU. Maklumat lanjut mengenai Pusat Pengajian Umum (PPU) rujuk Laman Web Pusat Pengajian Umum (PPU). Para pelajar juga
boleh mengunjungi page PPU di facebook untuk membuat sebarang aduan
atau pertanyaan PPU Event.
Kotak cadangan dan aduan juga turut disediakan di PPU.