Selaras dengan salah satu paksi PMUKM iaitu Dasar Pengantarabangsaan Ke Arah Kesatuan Global, Pusat Pengajian Umum (PPU) bersama Pusat Pelajar Antarabangsa (ISC) akan mengadakan PESTA JUADAH ANTARABANGSA KALI KE-4.
Pesta ini menggabungkan juadah-juadah dari negara Malaysia sendiri, Negara Arab dan NEGARA-NEGARA LAIN. Pesta ini adalah salah satu usaha pihak PPU dan ISC untuk memperkenalkan kepelbagaian budaya yang dibawa oleh pelajar UKM. Pesta ini akan dikendalikan sendiri oleh para pelajar antarabangsa yang belajar di UKM.
PMUKM berharap pesta ini dapat memberi impak besar kepada para mahasiswa/i bahawasanya, UKM merupakan gedung ilmu yang berjaya mengumpulkan pelbagai budaya dan bangsa untuk bersatu dalam menuntut ilmu. Oleh itu, semua mahasiswa dijemput hadir untuk memeriahkan lagi Pesta Juadah Antarabangsa ini.
AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI