Rabu, Disember 05, 2012

Taklimat dan Aktiviti Kempen Advokasi Keselamatan Jalan Raya UKM - Allianz Malaysia

Kempen Advokasi Keselamatan Jalan Raya UKM
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa UKM dengan kerjasama Allianz Malaysia Berhad serta Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR) akan menganjurkan Kempen Advokasi Keselamatan Jalan Raya UKM – Allianz Malaysia pada 12 Disember 2012 (Rabu). Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah:

a)    Majlis Perasmian dan Taklimat Kempen Keselamatan Jalan Raya UKM-Allianz Malaysia di Dewan Kuliah 2, Kompleks Akademik (Bangunan lama) Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) (2.00 petang – 3.35 petang)
b)    Perkhidmatan Mobile Sikap oleh JPJ – memperbaharui lesen memandu dan road tax, membayar saman, semakan senarai hitam dan lain-lain di Foyer Kompleks Akademik FKAB
c)    Penukaran helmet dan penyerahan windbreaker bagi penunggang motosikal di ruang tempat letak kereta DECTAR (4.00 petang – 5.30 petang)

d)    Pemberian kerusi booster kanak-kanak di Tunas Permata (4.00 petang – 5.30 petang)
Sehubungan ini, saya ingin menjemput Tuan/Puan untuk menghadiri majlis dan taklimat kempen dan menyertai aktiviti kempen seperti lokasi tersebut di atas. Butiran Majlis Perasmian dan taklimat adalah seperti berikut:

Tarikh   : 12 Disember 2012 (Rabu)
Masa     : 2.00 petang
Tempat : Dewan Kuliah 2, Kompleks Akademik (bangunan lama) Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
Jom tukar topi keledar anda dengan yang baru !

AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI