Jumaat, Disember 21, 2012

FORUM ANTARA PIMPINAN MPP MALAYSIA-THAILAND : KE ARAH MEMANIFESTASI PAKSI PMUKM


Satu forum antara Pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia –Thailand telah diadakan di Bangkok bagi membincangkan hubungan antara Malaysia-Thailand. Hal ini sebagai salah satu langkah yang cukup baik sebagai asas kepada pembentukan “Asean Community” pada tahun 2015.  Atas sebab itu, Malaysia dan Thailand telah memulakan langkah yang proaktif dengan menjadi antara peneraju utama dan cuba untuk membina jaringan yang lebih erat bagi memastikan hasrat ini tercapai. Sedar akan tanggungjawab generasi-Y pada masa kini, pemimpin pelajar yang dipilih dari beberapa Universiti di kedua-dua buah negara telah mengadakan satu sesi perbincangan untuk menentukan hala tuju disamping mula membina jaringan antara kedua buah negara. Antara perkara yang dibincangkan adalah;
MPP Arief bersama Duta Thailand,
Mr Songsak Saicheua


1) Peranan mahasiswa universiti Malaysia dan Thailand dalam menyokong “ASEAN Community”.
2) “The Way forward” : Bagaimana hendak meningkatkan peranan mahasiswa universiti Malaysia dan Thailand dalam mempromosi hubungan dan persefahaman antara Thailand dan Malaysia.


Beberapa cadangan telah dikemukakan antara kedua buah negara dan antaranya adalah dengan merombak sistem semester Universiti Thailand mengikut sistem semester di Malaysia,pemberian unit kredit kepada  pertukaran pelajar dan perlaksanaan program dan kem bagi menambahkan lagi pengetahuan pemimpin pelajar berkaitan dengan ASEAN.

Selain daripada itu,wakil UKM, saudara Arief Othman, telah menjadikan ia sebagai satu platform terbaik bagi membina hubungan dengan universiti antarabangsa agar sebagai satu tapak asas kepada manifestasi dasar pengantarabangsaan yang ditetapkan oleh Presiden PMUKM sendiri. Beberapa pendapat dan idea telah dilontarkan bukan sahaja kepada mahasiswa di sana, namun juga bersama dengan Duta Thailand di Malaysia yang turut hadir sepanjang program itu berlangsung. 

“Saya telah berhubung dengan Mr. Songsak Saicheua selaku Duta Thailand di Malaysia berkaitan dengan beberapa idea dari kami di peringkat UKM, dan beliau amat menghargai dan menyambut baik idea yang telah dibincangkan tersebut dan bersedia untuk menolong.”, katanya sewaktu dihubungi di Bangkok, Thailand.

Tambahan lagi, sewaktu bertemu dengan wakil pemimpin pelajar University of Chulalongkorn, mereka bersedia untuk melakukan kerjasama bilateral antara universiti mereka dan juga UKM serta mengharapkan agar lawatan MPP Arief ke universiti mereka sebagai satu langkah pertama dalam mewujudkan kerjasama dua hala ini. MPP Arief Othman berkata, "Saya sudah membina tapak asas dalam perhubungan ini, dan selepas ini saya yakin MPP Mustapha selaku Ketua Biro Pengantarabangsaan akan mengambil berat akan tanggungjawab ini.".

MPP Arief Othman bersama beberapa wakil pelajar daripada University of Chulalongkorn,
Assumption University of Thailand, dan Thammasat University.
MPP Arief Othman bersama Presiden (seperti NC) University of Chulalongkorn

AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI