PMUKM 2014/2015

Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti

Muhammad Sallehudin Bin Khalid

Presiden PMUKM Sesi 14/15

Universiti Kebangsaan Malaysia Varsiti Tercinta

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Ucapan Tun Abdul Razak

Majlis Konvokesyen Pertama UKM

Khamis, Januari 27, 2011

农历新年2011代表团


农历新年2011代表团

迎接将要来临的农历新年,国大学阵再此祝福全体的国大华裔生们“新年快乐”和“恭喜发财”。

虎年的过去来迎接兔年的到来,据知兔子代表着外交亲切关系与高尚包容态度。学阵也借此机会来倾听和接近同学们的问题,所以学阵已广阔倾近空间。同学们可以发出电函emailgmukm2009@gmail.com 或面子书facebookGabungan Mahasiswa Ukm以留下您的宝贵意见和问题。

学阵了解农历新年对华社极为重要,每年的春天代表华人步步高升和身体健康。这次的兔年肯定可以高高兴兴地度过而且可以为国大培养出融洽种族关系的精神。

这是因为种族团结才可以制造壮国大富国家。农历新年不只是华人的节日而是全个马来西亚人民的团结媒介和让我们一步一步踏上成功之道。

最后,允许我代表过大学阵再次说声新年快乐和恭喜发财给全体的华裔同学们。请继续投选我们成为您传达的声音!

有学阵才有更好的未来!


Isnin, Januari 24, 2011

UKM johan Debat Keamanan Piala Menteri Pengajian Tinggi


MOHAMED Khaled Nordin (dua dari kiri) dan Allatif Mohd. Noor (kiri) bersama juara debat, Shafiq Mahadi serta Amira Suriati Mozain di UPNM Sungai Besi, Kuala Lumpur, semalam. - utusan/Ismail kamadin.

Sumber : Utusan Online

KUALA LUMPUR 20 Jan. - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) muncul johan pertandingan Debat Keamanan Ala Presiden Inter Varsiti Piala Menteri Pengajian Tinggi yang pertama kali diadakan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), di sini, malam tadi.

Kemenangan itu diperoleh menerusi pendebat mereka, Shafiq Mahadi yang menjadi pembangkang bagi melawan usul pertandingan tersebut iaitu sama ada debat harus diadakan bagi membincangkan isu semasa atau tidak.

UKM membawa pulang wang tunai RM5,000, piala pertandingan serta iringan, manakala naib johan iaitu Universiti Malaya membawa pulang wang tunai RM3,000 beserta piala iringan menerusi pendebat mereka, Mohd. Firdaus Ahmad.

Sementara itu, tempat ketiga pertandingan yang turut disertai 30 pasukan daripada institusi pengajian tinggi awam dan swasta disandang oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Hadiah disampaikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Mohamed Khaled dalam ucapan perasmiannya berkata, pertandingan Debat Keamanan Ala Presiden Inter Varsiti Piala Menteri Pengajian Tinggi itu akan dijadikan acara tahunan dalam usaha menjadikan pelajar yang matang dan produktif.

Katanya, UPNM juga akan diberi hak penganjuran menjadi tuan rumah pertandingan itu pada tahun berikutnya.

''Sekiranya kita dapati pertandingan ini mencapai objektifnya, kita tidak teragak-agak untuk meningkatkan jumlah hadiah kepada pemenang pertandingan ini," katanya.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Ab. Rahim Md. Noor dan Naib Canselor UPNM, Leftenan Jeneral Datuk Allatif Mohd. Noor.

Khamis, Januari 20, 2011

Selamat Hari Thaipusam

Sumber : Wikipedia

Pengenalan
Hari Thaipusam merupakan perayaan yang disambut oleh mereka yang beragama Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam.

Thaipusam dirayakan pada bulan 'Thai' bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil. Pada hari Thaipusam, bulan penuh melintasi bintang terang, Pusam dalam zodiak Cancer.

Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun di atas dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini. Namun begitu tidak semua penganut Hindu akan menunaikan nazar.

Pada hari itu mereka akan membawa susu yang berwarna putih kerana susu itu dianggap paling suci . Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil hinggalah ke dalam kuil. Namun begitu tidak semua penganut Hindu perlu membawa belanga berisi susu ini.

Bagi yang memohon ampun agar dosa mereka diampunkan, kavadi akan dibawa atau dijunjung di atas bahu atau di atas kepala. Kavadi ini diperbuat daripada beberapa rod besi atau kayu yang di atasnya terletak patung dewa Murugan dengan pelbagai saiz dan bentuk. Antara hiasan utama kavadi ialah bulu burung merak dan bunga-bungaan. Pembawa kavadi ini terdiri daripada lelaki , perempuan, tua, muda dan kanak-kanak. Berat dan saiz kavadi ini bergantung kepada kemampuan seseorang. Selain itu pembawa kavadi akan diiringi oleh beberapa orang pembantu khas dari tempat masing-masing. Ada yang diiringi dengan kumpulan muzik , mangkuk perasap kemenyan dan lain-lain.

Perbandingan Perayaan Thaipusam di Malaysia dan India
Perayaan Thaipusam lebih meriah di Malaysia berbanding dengan di India, Di India, Pesta Ponggal lebih meriah berbanding dengan Thaipusam. Thaipusam dapat menyatukan semua penganut Hindu dari pelbagai ladang dan bandar dan bertumpu kepada beberapa kuil Hindu yang besar sahaja.

Cuti Am
Di Malaysia, hari Thaipusam merupakan cuti umum di beberapa buah negeri seperti di Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Perak dan Pulau Pinang. Tanggal 20 Januari 2008, Perdana Menteri Malaysia ketika itu , (Tun) Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan bercuti umum sempena hari Thaipusam. Namun begitu negeri Pahang, Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Sabah , Sarawak dan Melaka masih belum menjadikan Thaipusam sebagau cuti umum.

Rabu, Januari 19, 2011

AKSIS ucap tahniah kepada RapidKL



Angkatan Siswi Dinamis (AKSIS) gembira dan menyambut baik langkah Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) selaku pengendali perkhidmatan bas RapidKL yang berjaya melancarkan bas khusus untuk penumpang wanita secara rasmi semalam.

Perkhidmatan bas khusus untuk penumpang wanita yang telah memulakan tempoh percubaan bagi perkhidmatan bas untuk golongan wanita sahaja, yang dikenali sebagai Rapid Bas Wanita, mulai bulan lepas telah dijalankan di tujuh laluan yang mempunyai jumlah penumpang ramai dengan dua sesi perkhidmatan, iaitu di sebelah pagi jam 6.45 dan 7.30 manakala di sebelah petang pada jam 6 dan 6.45.

Menurut Pengarah Kumpulan Bas Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana), Datuk Mohamed Hazlan Mohamed Hussain, berdasarkan soal selidik terhadap 1,400 responden semasa tempoh percubaan, sebanyak 92 peratus amat bersetuju dan menyokong sepenuhnya perkhidmatan Bas Wanita tersebut serta memohon untuk ditambah perluasan operasi Bas Wanita tersebut.

Duta AKSIS tahun 1/2, Nur Izzati Othman dari Fakulti Sains & Teknologi (FST) ketika ditemui melahirkan rasa gembira dan mengucapkan tahniah di atas usaha pihak syarikat pengendali bas RapidKL tersebut.

" Kita di AKSIS mengucapkan terima kasih dan syabas di atas usaha murni pihak RapidKL ini.

" Sekian lama kaum wanita mengalami masalah (untuk) menggunakan bas, akhirnya suara kaum wanita kini didengari. (Umum ketahui) Ada sebilangan wanita enggan menggunakan perkhidmatan awam bukan kerana berlagak, tetapi (akibat) risiko diraba atau dicabul menyebabkan kami kaum wanita kurang (gemar) menggunakan perkhidmatan awam.

" Insyallah selepas ini, akan ramai mahasiswi yang bertukar kepada perkhidmatan awam (selepas kewujudan Bas Wanita ini). Kita harapkan, usaha sebegini akan diteruskan dan lebih banyak kawasan (operasi) akan menyediakan perkhidmatan sebegini, " tambah Izzati.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil semalam ketika merasmikan pelancaran Bas Wanita berkata, bas seumpama itu merupakan pilihan terbaik untuk golongan wanita ketika menggunakan pengangkutan awam kerana wanita didapati mendominasi penggunaan kenderaan sama ada persendirian atau pengangkutan awam di ibu kota.

Justeru usaha pihak Syarikat Prasarana amat bertepatan dalam memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat ibu kota.

Untuk makluman, bas khusus untuk penumpang wanita ini tertera perkataan 'Bas Wanita' akan beroperasi sepenuhnya mulai hari ini dengan dua perkhidmatan disediakan bagi setiap laluan di waktu pagi dan petang.

Namun walaupun dikhaskan untuk wanita sahaja, kanak-kanak di bawah usia dua belas tahun dibenarkan menggunakan perkhidmatan bas tersebut dengan ditemani rakan atau saudara perempuan.

Ikon bas 'untuk wanita sahaja' akan diletakkan pada cermin depan bas, tingkap, pintu dan skrin LED dalam kenderaan itu bagi membezakannya daripada bas biasa.

Lapan laluan terbaru yang ditambah ialah bagi yang bernombor U6 dari Taman Jasa Utama ke Medan Pasar, U31 (Pandan Indah ke Maybank Puduraya), U46 (Damai Perdana ke Bukit Bintang), U66 (Taman Medan ke Pasar Seni), U68 (Taman Sentosa ke Pasar Seni), U82 (Bandar Utama ke KL Sentral), U224 (Taman Dato' Senu ke Pasar Seni) dan U623 (Stesen LRT Kelana Jaya ke Subang Parade, melalui Sunway Pyramid).

Laluan terdahulu ialah U1 (Hab Pinggiran Batu Caves ke Medan pasar, U8 (Hab Damansara Damai ke Medan Pasar), U22 (Hab Sri Nilam ke Jalan Hang Lekiu), U40 (Hab Terminal Kajang ke Pasar Seni), U60 (Hab Puchong Utama ke Hab Pasar Seni), U80 (Hab UiTM Shah Alam ke Pasar Seni) dan U81(Hab Subang Suria ke Hab Pasar Seni).

Bagi perjalanan di sebelah pagi untuk penumpang wanita ke tempat kerja, ia akan berlepas pada pukul 6.45 pagi dan 7.30 pagi manakala di sebelah petang untuk penumpang pulang selepas bekerja, ia akan berlepas pada pukul 6 petang dan 6.45 petang.

Sumber : Blog GMUKM

Selasa, Januari 18, 2011

Kenyataan Rasmi MPP GMUKM : Patuhi Etika Kewartawan

KENYATAAN RASMI MPP GMUKM:
Patuhi Etika Kewartawan

Tarikh : 18 Januari 2011

Majlis Perwakilan Pelajar Gabungan Mahasiswa UKM (MPP GMUKM) mengecam sekeras-kerasnya tindakan Penerbit rancangan 'Wanita Hari Ini' di saluran televisyen TV3 yang kelmarin menerbitkan segmen bual bicara tersebut bertajuk , "Salahkah Besarkan Payudara?".

Selaku jurubicara masyarakat Malaysia yang sensitif, kami di peringkat MPP GMUKM amat kecewa di atas tindakan Penerbit rancangan tersebut yang kurang sensitif dengan isu-isu yang masih menjadi taboo dan kurang beretika untuk dibincangkan secara terbuka seperti rancangan bual bicara tersebut.

Kami juga mengecam aksi nakal jurukamera rancangan tersebut yang kelihatan sengaja memfokuskan kepada payu dara pengacara dan tetamu jemputan semasa segmen itu berjalan secara langsung.

Kelibat paparan visual yang memfokuskan kepada bentuk payu dara semasa segmen berlangsung tersebut turut dilihat tidak sesuai kerana ia ditonton oleh segenap lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak.

Kami selaku MPP GMUKM yang kecewa dengan tindakan yang bercanggah dengan norma dan moral masyarakat Malaysia dengan ini menggesa Penerbit rancangan serta jurukamera segmen tersebut kelmarin untuk tampil memberi penjelasan dan memohon maaf di atas tindakan yang jelas menyalahi etika kewartawanan yang sebenar.







KENYATAAN BERSAMA

Muhamad Faiz b Ismail, MPP Umum 3/4
Muhammad Syafiq b Abdul Aziz, MPP Umum 3/4
Ou Yong Koh Beng, MPP Fakulti Undang-Undang
Wan Ahmad Fahmi b Wan Abdul Hamid, MPP Fakulti Pendidikan 1/2
Khairul Anuar b Mat Lazim, MPP Fakulti 3/4
Nik Ahmad Syafie b Raja Daud, MPP Fakulti Pengajian Islam 3/4
Mohd Zaim Juwaidi b Jamaluddin, MPP Fakulti Pengajian Islam 1/2
Nabilah bt Mohamad Maiyidin, MPP Umum 3/4
Alia Suzana bt Asri, MPP Umum 3/5
Mariah bt Zakaria, MPP Fakulti Farmasi
Sarzliana bt Soaidin, MPP Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina 3/4
Nasiha bt Omar, MPP Fakulti Perubatan 1/2
Farih Najihah bt Hashim, MPP Fakulti Perubatan 3/5
Nur Ili bt Mohamad Tarmizi, MPP Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu 3/4

Isnin, Januari 17, 2011

AMANAT TAHUN BARU 2011 : Pengajian Tinggi Ke Arah Transformasi Negara


AMANAT TAHUN BAHARU 2011

YB. DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN

Menteri Pengajian Tinggi Malaysia

Dewan A, Putrajaya International Convention Centre (PICC),

JAM 9.00 PAGI, ISNIN, 17 JANUARI 2011.


“PENGAJIAN TINGGI KE ARAH TRANSFORMASI NEGARA”



1. Pertamanya, izinkan saya melahirkan rasa penuh kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah, kurnia dan izinnya, maka dapat kita bersama-sama di majlis Amanat Tahun Baharu 2011 di pagi yang berbahagia ini. Saya mengucapkan terima kasih dan selamat tahun baharu kepada yang hadir dan mereka yang berpeluang menyaksikan majlis ini melalui video conference dan sebagainya, dengan harapan semua telah bersedia menggalas tanggungjawab dan mengharungi cabaran tahun baharu 2011 ini. Tidak lupa juga untuk saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah berkorban dan mencurahkan khidmat bakti selama ini sehingga kita telah mencapai banyak kemajuan dan kejayaan dalam sektor pengajian tinggi negara.


2. Kemajuan dan kejayaan sebelum ini tidak bermakna kita boleh berpuas hati dengan pencapaian kita setakat ini. Apatah lagi jika kita meletakkan sasaran perbandingan dengan negara-negara OECD, atau negara maju dunia, kita masih jauh terkebelakang. Di atas landasan tersebut, kita perlulah berusaha lebih gigih lagi. Mengikut landskap pendidikan di seluruh dunia sekarang ini, institusi pengajian tinggi khususnya universiti sedang berhadapan dengan cabaran yang sangat besar dan pelbagai. Universiti dituntut untuk memenuhi kehendak dan keperluan sezaman. Sebagai pusat penyelidikan, universiti perlu meneruskan usaha gigih mereka menjana ilmu untuk kepentingan manusiawi dan sebagai institusi pendidikan, universiti mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mengasuh dan membentuk pemimpin masa depan negara.


3. Dalam konteks negara kita Malaysia, sektor pengajian tinggi merupakan faktor kritikal dalam mentransformasi negara melalui sumbangan pengeluaran modal insan yang berkualiti. Kita perlu bersama menjayakan transformasi kerajaan, transformasi ekonomi dan seterusnya menggalas amanah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe 10) dan Model Baharu Ekonomi (MBE) dengan meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara. Bagi menentukan agar Malaysia berjaya menjadi negara maju berpendapatan tinggi dan mempunyai peranan penting dalam ekonomi global, satu-satunya pilihan kita ialah menggerak aktifkan semua potensi, kemahiran dan bakat seluruh rakyat Malaysia. Apabila kita sedar bahawa negara China dan India mampu melahirkan 4 juta graduan setahun, negara kita yang kecil ini tidak mungkin dapat meminggirkan potensi setiap seorang anak Malaysia dan mengabaikan bakat anak-anak muda kita. Kita mesti memastikan setiap orang, tidak kira latar belakang etnik, agama, ekonomi dan daerah mendapat peluang bukan sahaja dalam menguasai ilmu di bidang pendidikan, tetapi juga melibatkan diri dalam program-program yang mengenengahkan bakat dan potensi mereka di mana ianya selari dengan konsep keterangkuman.


Tuan-tuan dan Puan-puan,

(REJUVENASI BUDAYA AKADEMIA SEBENAR)


4. Universiti pada dekad ini, arah tujunya banyak dipengaruhi dan ditentukan oleh proses globalisasi dan kuasa pasaran. Semua ini menuntut pengorbanan dan pembaharuan malah keberanian melakukan rejuvenasi, mengembali dan menyuburkan semula budaya akademia sebenar dalam universiti. Sebagai sebuah organisasi yang berteraskan pendidikan, universiti harus menjadi medan di mana semua idea dan pemikiran dapat diperdebatkan secara ilimiah dan terbuka, dan juga memberi ruang kepada idealisme positif berkembang memandangkan komitmen mencari kebenaran sememangnya mendasari kewujudan sesebuah universiti. Selain itu, komitmen yang tinggi terhadap kecemerlangan dan kepelbagaian juga perlu diperkukuhkan. Tiada kejayaan yang bermakna jika sesuatu itu tidak mencapai tahap kecemerlangan. Oleh itu, kecemerlangan harus membudaya dan dibudaya terutamanya dalam kalangan masyarakat universiti. Pengurusan universiti mesti peka yang mereka adalah institusi yang mengurus pekerja berilmu dan pendekatan pengurusan perlulah memenuhi aspirasi ini. Mereka mesti membangunkan budaya bekerja secara berkumpulan, mampu menguruskan bakat yang ada dan bersedia serta terbuka dalam soal peralihan kuasa kepemimpinan. Dalam menjayakan hasrat kerajaan agar ada nilai dalam perbelanjaan (value for money), semua peruntukan yang diberikan kepada universiti mesti diuruskan sebaik mungkin, telus dan impaknya mesti dirasakan. Kita jangan leka dengan kemudahan prasarana tercanggih tetapi fakir dalam soal pengisiannya.


5. Pimpinan utama universiti perlu mempuPublish Postnyai visi dan misi yang jelas, memahami budaya dan kehendak universiti masing-masing, mempunyai kesungguhan dan semangat, dan berlumba-lumba untuk meningkatkan kemajuan prestasi dan kreadibiliti universitinya. Kesemua pemimpin terutama Naib Canselor mestilah mampu menonjolkan kepemimpinan akademik yang berupaya mendapat penghormatan, menjadi rujukan, dan mendapat sanjungan ahli akademik yang lain. Dalam masa yang sama, Naib-naib Canselor mesti mampu membangun dan menjalinkan jaringan dan hubungan intelektual termasuk di peringkat antarabangsa terutamanya dalam usaha mengumpul dana bagi mengukuhkan pendapatan dan kedudukan kewangan universiti.


6. Pendek kata, Naib Canselor dan kepemimpinannya mesti berani melagang perubahan untuk memastikan universiti mereka mampu bersaing dalam mendapatkan pelajar paling berbakat, menjadi fakulti paling tersohor dan mendapat geran penyelidikan paling ternama. Sudah sampai masanya pemimpin utama di universiti memainkan peranan yang lebih luas dari lingkungan universiti masing-masing terutamanya bagi universiti penyelidikan untuk menjayakan peranan yang lebih global sifatnya.


7. Sehubungan dengan itu, sebahagian universiti kita juga mesti memiliki pengiktirafan antarabangsa jika kita ingin mengekalkan daya saing Malaysia. Sektor pengajian tinggi terutamanya di peringkat universiti, sudah menjadi perkara universal. Bila kita bercakap mengenai Universiti Oxford atau Harvard, kita tidak melihatnya sebagai sebuah universiti milik negara atau bertaraf kebangsaan semata-mata tetapi mereka dilihat sebagai universiti milik antarabangsa yang diiktiraf dunia. Oleh itu, universiti kita harus berani mengambil cabaran untuk meningkatkan kedudukan masing-masing di peringkat antarabangsa. Naib-naib Canselor dan pasukan kepemimpinannya mestilah bersedia mengorak langkah untuk meletakkan universiti mereka sebagai entiti yang memiliki pengiktirafan antarabangsa melangkaui lingkungan kebangsaan atau negara.


8. Justeru, saya ingin menyeru agar kedudukan dan pencapaian universiti diukur berasaskan kepada sama ada mereka kekal ‘Relevant’ (relevan), ‘Referred’ (dirujuk) dan ‘Respected’ (dihormati). Dan ukuran 3R ini mestilah diasaskan kepada tiga (3) peringkat persekitaran yang mengelilinginya iaitu di peringkat kebangsaan (national), serantau (regional) dan juga global. Setiap universiti perlu berusaha membangun dan mencapai kedudukan itu secara berperingkat. Dan ukuran tersebut pula perlu diasaskan kepada hubungan dan peranan setiap universiti dengan semua pemegang taruhnya iaitu kerajaan, pelajar, industri dan masyarakat, di mana setiap pemegang taruh akan melihat dan menilai setiap institusi kita sama ada ia kekal relevan, dirujuk dan dihormati.



9. Adakah universiti dapat membantu kerajaan; dari segi membuat keputusan dan memperkenalkan dasar negara, menyumbang idea-idea baru untuk pembangunan N\negara, menyelesaikan isu-isu besar Negara dengan cadangan saintifik berdasarkan fakta dan prinsip, menyumbang idea yang inovatif, memaklumkan kerajaan dengan trend baru di luar Negara yang dapat memanfaatkan kerajaan dalam jangka pendek dan panjang, dan lain-lain lagi. Bagaimana pula jaringan universiti dengan masyarakat, adakah wujud hubungan positif antara mereka? Apakah penyelidikan dan pembangunan (R&D) universiti telah diterjemah untuk kebaikan dan manfaat masyarakat, atau hanya untuk tujuan akademik semata-mata? Apakah isu-isu dalam masyarakat difikir secara bersama dengan cadangan-cadangan yang konkrit bersesuaian dengan jiwa rakyat? Adakah universiti memenuhi kehendak industri? Ini semuanya harus difikir dan diteliti secara mendalam.


10. Mungkin bagi memenuhi keperluan ini, maka setiap universiti perlu untuk membangunkan niche area mereka masing-masing lantaran terus menjadikannya sebagai satu kekuatan. Kalau bidang tujahan kita adalah dalam pengurusan atau keusahawanan atau pengurusan dalam kewangan Islam atau perubatan tropikal, kita mesti yakin dan tahu di tahap manakah kita berada dalam jangkauan status universiti kita, adakah kita telah diterima dan diiktiraf di peringkat kebangsaan, serantau dan global, atau universiti kita masih tidak mencapai mana-mana peringkat yang diikitiraf. Ruang lingkup dan sumber persediaan kita tidak harus bersifat terlalu kecil sebaliknya mestilah melangkaui ruang lingkup yang besar agar kita dapat bergerak dan bertindak dengan berkesan di kesemua peringkat.


11. Begitu juga di peringkat penawaran pengajian pascasiswazah, universiti kita mestilah bersedia untuk menawarkan program-program pengkhususan dan mempertingkat aktiviti R&D masing-masing ke peringkat serantau dan antarabangsa. Aktiviti penyelidikan di Universiti-universiti Penyelidikan mestilah bergerak melepasi lingkungan universiti masing-masing, menggabungkan kepakaran di peringkat kebangsaan dan serantau terutamanya Negara-negara jiran yang masih baharu seperti Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam (CLMV) untuk menjuarai bidang tujahan penyelidikan yang besar impaknya kepada Negara dan masyarakat antarabangsa. Dalam amanat tahun 2010 yang lalu, saya telah mengutarakan konsep menggunakan pengajian tinggi sebagai jambatan diplomatik yang baharu. Untuk bergerak ke arah tersebut dengan konsisten dan lancar, sumber persediaan seperti perkongsian kepakaran (brain sharing), guna sama dan kolaborasi mesti digemblengkan secara total.


12. Tidak dinafikan, kebanyakan skop pengajian siswazah hari ini bertindih antara satu universiti dengan universiti yang lain. Sebagai contoh, kebanyakan universiti mempunyai program eksekutifnya masing-masing dan mereka bersaing dalam pasaran yang sama. Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pulau Pinang, Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) masing-masing bersaing menawarkan program pascasiswazah perniagaannya. Apakah boleh suatu hari nanti ketiga-tiga mereka bergabung menggembleng kekuatan bidang dan kepakaran untuk menubuhkan sebagai contohnya ‘Business School of The North’ yang paling terkenal untuk menawarkan program bukan sahaja dalam negara tetapi juga kepada jiran serantau seperti CLMV? Ini tentunya sesuatu yang perlu diterokai demi menjimatkan peruntukan dan tenaga serta meningkatkan efisiensi kerana perkongsian kepakaran atau sumber dapat dilaksanakan secara total dan strategik.


13. Dalam sektor pengajian tinggi, kita perlu memastikan kehadiran tenaga pengajar yang berkualiti agar dapat melahirkan modal insan keperluan negara yang inovatif, kreatif dan berpengetahuan tinggi. Kewibawaan akademia dan amanah ilmu banyak terletak pada bahu mereka. Menjelang tahun 2015, dijangka seramai 42,061 orang tenaga pengajar diperlukan di IPTA berbanding 27,822 pada tahun ini. Untuk tujuan tersebut, kita perlu mendapatkan tenaga akademik yang mencukupi dan terbaik jika kita ingin melahirkan graduan terbaik dan cemerlang. Di universiti misalnya, kita memerlukan tenaga akademik yang memahami bahawa universiti adalah “jantung bangsa”, yang berperanan membina tamadun dan kekuatan bangsa, dan universiti bukanlah sekadar tempat bekerja dan ia juga bukan seperti jabatan kerajaan yang lain.



14. Seperkara yang perlu ditekankan ialah mengurus kumpulan tenaga akademik harus berbeza kerana mereka merupakan golongan pilihan dari kalangan yang terbaik dan terbijak negara. Atas sebab itu, kepimpinan universiti yang mengurus kumpulan ini mesti memaparkan sifat dan nilai integriti yang tinggi di kalangan ahli-ahli pentadbiran, pengurusan dan akademik universiti. Kita berharap agar kesemua perubahan di universiti akan menjurus kepada usaha meningkatkan kualiti kesarjanaan pendita kita agar mereka dapat memberikan yang terbaik kepada mahasiswa. Maka pada hari ini kita melancarkan Garis Panduan Integriti Akademik sebagai satu usaha berterusan kementerian untuk menakhodakan lagi integriti dalam profesion ahli akademik di IPT negara ke arah yang berintegriti tinggi dan lebih berwibawa.


Tuan-tuan dan Puan-puan,

(UNIVERSITI DAN KESEJAGATAN)


15. Tidak dinafikan, universiti pada hari ini, bukanlah semata-mata menjadi menara gading dan gedung ilmu tetapi ia juga sepatutnya menjadi tempat penjana tenaga masyarakat yang dinamik, sentiasa membangun dan maju. Bagi memperkukuhkan lagi peranan dan kedudukan universiti untuk memimpin masyarakat dan negara, kementerian akan memperkenalkan satu lagi Projek Agenda Kritikal (Critical Agenda Project-CAP) iaitu Program Pemindahan Ilmu (Konwledge Transfer Programme, KTP), menjadikan jumlah CAP di bawah Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) kepada 23 kesemuanya. Inisiatif terbaharu ini bertujuan meningkatkan lagi keberkesanan peranan sesebuah universiti kepada masyarakat, selain untuk memastikan kesan serta manfaat kewujudan sesebuah universiti di satu-satu kawasan tersebut benar-benar memberikan hasil limpahan serta impak kepada komuniti. Dalam hal ini, kementerian sedang membangun dan menyediakan satu dasar baharu yang khusus berkenaan projek agenda kritikal ini yang mana ia mengandungi perancangan, pengisian dan pelaksanaan untuk diterjemahkan oleh universiti kelak. Adalah diharapkan, melalui program seumpama ini, universiti dapat memainkan peranannya yang penting untuk pembangunan komuniti demi kesejahteraan negara sekaligus memastikan kedudukan mereka sentiasa dihormati, dirujuk dan relevan kepada semua.


16. Selain dari menjayakan usaha pemindahan ilmu, bersesuaian dengan kesejagatan kerjaya ahli akademik, mereka perlu digalakkan untuk terlibat dengan mobiliti untuk menyumbang kepakaran kepada sektor-sektor perkhidmatan awam yang lain sama ada melalui kaedah peminjaman, berkhidmat secara pentadbiran dan sebagainya. Bagi menjayakan mobiliti akademik ini, beberapa perkara perlu diberikan penekanan, antaranya pengurusan universiti perlu membina dasar baharu yang mendukung “peranan ahli akademik untuk pembangunan negara”. Dasar ini perlu memberi perhatian kepada isu mengkebangsaan dan mengantarabangsakan peranan ahli akademik dalam konteks pembelajaran dan pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan. Banyak tindakan dan aktiviti kreatif dan inovasi dapat dihasilkan jika dasar ini dilaksanakan kerana dasar sedia ada hanya memberikan perhatian kepada tenaga akademik untuk pembangunan dalam lingkungan fakulti, institut dan universiti semata-mata.

17. Selain itu juga, kepimpinan universiti perlu mempunyai pemikiran terbuka serta mempercayai bahawa sumber akademik yang bernilai universal, perlu dimanfaatkan untuk pembangunan negara dalam kerangka pelan mobiliti akademik yang baharu. Walaupun penting bagi ahli akademik untuk menjalankan tugas asas di institusinya, mereka perlu digalakkan menyumbang merentasi fakulti/institusi, universiti atau Agensi Luar (kerajaan mahupun swasta) berasaskan kepakaran dan keupayaan mereka. Justeru itu, konsep perlantikan bersama (double-triple, multi appointment) boleh dikaji dan dipertimbangkan. Selain itu juga, bagi mengiktiraf tenaga akademik yang terlibat dalam mobiliti akademik ini, penilaian tahunan, penghormatan, kenaikan pangkat dan penilaian pencapaian perlu mengambil kira keseluruhan sumbangan mereka di semua peringkat di luar fakulti selain universitinya.


18. Hari ini misalnya, terdapat ramai tenaga akademik daripada IPTA khususnya, dipinjamkan untuk mengisi jawatan-jawatan terbuka atau open post di pelbagai kementerian dan jabatan, sama ada di dalam atau di luar negara. Saya percaya, peminjaman mereka pastinya berasaskan kepada kemampuan dan kepakaran yang dimiliki oleh mereka, justeru itu, kementerian dan jabatan-jabatan yang terlibat amat menghargai kesediaan dan komitmen mereka untuk bersama-sama menggembleng tenaga membantu negara dalam kapasiti yang berbeza. Saya berharap kepulangan mereka nanti ke IPTA masing-masing iaitu selepas tempoh peminjaman tamat, pengiktirafan dan kedudukan yang bersesuaian wajarlah diberikan kepada mereka dengan mengambil semangat kerangka mobiliti akademik yang akan kita perkenalkan ini.


19. Seperti yang kita semua sedia maklum, kerajaan telah memperkenalkan konsep cross-fertilization di mana beberapa ahli akademik boleh dilantik berkhidmat di pelbagai kementerian dan agensi dan saya berhasrat untuk melihat pengalaman mereka dapat dimanfaatkan oleh kerajaan dan swasta dan pengalaman baharu itu pula dapat di bawa pulang semula ke universiti masing-masing. Universiti hendaklah bersedia menerima mereka dalam kapasiti baharu sesuai dengan pengalaman dan pengiktirafan yang telah diberikan. Justeru itu, saya ingin meminta universiti meneliti semula perkara ini agar bakat mereka dapat dimanfaat di pelbagai peringkat untuk membantu negara, serta dalam masa yang sama dapat mengekalkannya untuk kembali berkhidmat dengan universiti apabila kemudiaan kelak. Jika ini gagal dilaksanakan saya bimbang universiti akan kehilangan lebih ramai talent pada masa hadapan dan hasrat negara untuk perkongsian ilmu tidak tercapai.


Tuan-tuan dan puan-puan,

(PEMBUDAYAAN BERTERUSAN DAN MEMARTABATKAN KUALITI)


20. Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) memasuki fasa kedua tahun ini. Ia merupakan fasa pengukuhan dan pemantapan di mana perlaksanaannya akan dituruti dengan melancarkan Pelan Tindakan Modal Insan Inovasi dan Pelan Pembangunan Modal Insan ICT negara. Mengikut unjuran dalam Fasa 2, PSPTN, kita mensasarkan 6 buah Universiti Penyelidikan bagi menjayakan inovasi dan transformasi negara. Ini bermakna, kita memerlukan sebuah lagi universiti untuk dinobatkan sebagai Universiti Penyelidikan menjelang 2015. Justeru itu, sukacita saya ingin menggalakkan semua IPT bersaing untuk mendapatkan pengiktirafan tersebut.


21. Kita juga akan meluaskan lagi penawaran program dalam bidang Sains dan Teknologi (S&T) dengan menubuhkan institusi-institusi baharu seperti Institut Antabangsa Teknologi Malaysia-Jepun atau Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT). Kita juga akan mewujudkan Malaysia Logistics Innovation Institute dengan universiti tersohor dunia dan membuka kampus cawangan Southampton University selain sedang menimbang mewujudkan sebuah Institut ICT dengan kerjasama konsortium IPT bersama swasta dan industri.


22. Tahun ini juga kita akan memulakan proses autonomi universiti di mana semua universiti akan dinilai kesediaan masing-masing untuk di anugarahkan autonomi tersebut. Penilaian dibuat berasaskan kepada empat perkara iaitu aspek governan, akademik dan kemasukan pelajar, kewangan dan penjanaan pendapatan serta sumber manusia. Adalah disasarkan, menjelang 2015 semua universiti penyelidikan akan mendapat autonomi penuh daripada kementerian. Selain itu, kementerian juga sedang menimbang untuk menaiktaraf dan memberikan autonomi tertentu kepada empat (4) buah kampus cawangan UiTM. Saya juga berharap beberapa pusat tanggungjawab (PTJ) seperti pusat-pusat perubatan universiti atau institusi–institusi penyelidikan penting di universiti dalam kumpulan HiCOE dapat diberikan autonomi oleh universiti berkaitan. Ini akan mengupayakan institusi ini bersaing di peringkat antarabangsa dan memberi ruang dan nafas baru kepada mereka untuk lebih memacu ke hadapan dan progresif.

23. Namun perlu diingatkan bahawa autonomi bukanlah bermakna mendapat kuasa mutlak tanpa kebertanggungjawaban. Jika kita menghayati peruntukan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sebenarnya, ia secara nyata dan jelas menyebut bahawa kuasa utama dalam pentadbiran universiti adalah terletak pada Lembaga Pengarah, Senat, Fakulti dan jawatankuasa-jawatankuasa yang ditubuhkan. Peruntukan ini dengan jelas menyatakan bahawa segala tanggungjawab dalam membuat keputusan hendaklah secara bersama dan kolektif. Ini kerana sifat universiti itu sendiri yang harus didasari oleh apa yang saya sebut dalam amanat tahun baharu 2010 tahun yang lalu iaitu collegiality atau semangat bermuafakat. Saya percaya muafakat akan mengukuhkan solidariti dalam universiti dan memberikan kewibawaan kepada setiap keputusan mereka. Saya percaya usaha memberi universiti autonomi hanya akan berjaya jika budaya collegiality ini menjadi teras utama dalam setiap keputusan universiti.


Tuan-tuan dan Puan-puan,


24. Soal kualiti dan pembudayaannya akan terus menjadi tumpuan serta penekanan pihak Kementerian Pengajian Tinggi. Ini kerana pembudayaan dan penerapan, selain pengamalan nilai serta elemen kualiti dalam sektor pengajian tinggi negara adalah tunjang kepada semua institusi ilmu, di samping ianya merupakan kekuatan dalaman yang penting untuk institusi-institusi berkenaan kekal berdaya saing dan terus relevan dalam berhadapan dengan perkembangan semasa. Tahun 2011 merupakan tahun yang penting bagi MQA yang mana Kerangka Kelayakan Malaysia - MQF akan sepenuhnya dikuatkuasakan. Dengan berakhirnya tahun 2010, maka berakhirlah tempoh transisi lima tahun yang diberikan kepada institusi untuk membiasakan diri dengan sistem jaminan kualiti berasaskan MQF. Justeru mulai tahun 2011, pematuhan MQA akan melibatkan bukan sahaja akreditasi program-program baru tetapi juga melibatkan program-program yang akan dinilai semula akreditasinya.



25. Selaras dengan semangat 1Malaysia, MQA juga akan memperkukuhkan peranan Daftar Kelayakan Malaysia-MQR sebagai rujukan tunggal semua kelayakan pendidikan tinggi yang berkualiti di Malaysia - 1MQR. Pada ketika wujud minat yang semakin meningkat daripada pelbagai agensi latihan kementerian lain untuk diakredit oleh MQA dan seterusnya didaftarkan ke dalam MQR, MQA akan secara berterusan berbincang dan memudahcara proses-proses ini yang mana akhirnya akan memperkukuhkan peranan MQR itu sendiri sebagai pusat maklumat kebangsaan yang bertindak sebagai pusat rujukan untuk pelbagai pihak sama ada dari dalam mahu pun luar negara.


26. Saya gembira kerana semua pihak menyambut baik pelaksanaan sistem pengukuran kualiti yang dikelolakan oleh Agensi Kelayakan Malaysia, MQA – iaitu SETARA yang sememangnya akan diteruskan. Bagi SETARA 2011, di samping mengekalkan kriteria pengajaran dan pembelajaran (teaching and learning), ukuran tehadap kualiti bidang penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan sesebuah institusi akan turut diambil kira. Penilaian ini selaras dengan perkembangan serta kehendak (expectation) semasa sektor pengajian tinggi yang mana sesebuah universiti tidak hanya diharap untuk mampu melahirkan graduan yang berkualiti dan memenuhi keperluan pasaran melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka, malah semua institusi turut diharap mampu untuk meneroka lebih banyak ilmu serta mempelopori usaha penemuan-penemuan baharu melalui kekuatan aktiviti penyelidikan dan pembangunan masing-masing.


27. Selain melibatkan kesemua IPT awam dan swasta yang bertaraf universiti dan kolej universiti, pelaksanaan SETARA 2011 akan turut mengambil kira penyertaan universiti atau institusi yang menawarkan pengajian secara terbuka dan jarak jauh (open and distance learning). Penyertaan institusi bukan konvensional ini dalam instrumen SETARA 2011 adalah sebagai pengiktirafan kepada sumbangan dan peranan mereka dalam pemberian akses dan usaha peningkatan ekuiti kepada sektor pengajian tinggi negara. Selain daripada itu, institusi-institusi bukan konvensional berkenaan juga memainkan peranan penting dalam usaha untuk menggalakan pembelajaran sepanjang hayat. Ingin saya tekankan di sini bahawa pelaksanaan SETARA 2011 amatlah penting bagi semua institusi terlibat - bagi menilai sejauh mana tahap kemajuan dan perkembangan institusi-institusi berkenaan dalam pengamalan serta pembudayaan soal kualiti, di samping mengukur sejauh mana keberkesanan dasar dan pelaksanaan yang telah dilakukan oleh pihak kementerian sendiri.


28. Mulai tahun ini juga, pendekatan baharu untuk membuat ukuran kualiti berdasarkan kepada Discipline Based Rating akan diperkenalkan. Melalui instrumen D’SETARA, 6 bidang pengajian telahpun dikenalpasti - iaitu selaras dengan kluster Aktiviti Ekonomi Utama Nasional atau NKEA seperti pengajian perbankan dan kewangan Islam; pengajian sains kesihatan; pengajian kejuruteraan lanjutan; sains dan inovasi; serta pengajian pelancongan dan hospitaliti. Pelaksanaan D’SETARA adalah untuk memberi peluang kepada mana-mana institusi yang mempunyai kekuatan serta potensi besar dalam 6 bidang berkenaan untuk lebih menyerlah dan berkembang. Selain daripada itu, pengenalan D’SETARA adalah bertujuan untuk mengenalpasti institusi yang mempunyai kekuatan niche area yang tertentu, untuk seterusnya diberi peranan yang lebih proaktif dan yang lebih besar. Maka melaluinya, institusi-institusi ini diharap dapat berperanan untuk memastikan tahap kualiti serta daya saing program-program yang ditawarkan dalam 6 bidang utama ini berada pada tahap yang sepatutnya. Ini seterusnya akan turut memastikan sumbangan 6 bidang berkenaan benar-benar dapat dioptimumkan bagi menjayakan hasrat dan harapan Model Baharu Ekonomi negara.


29. Jika kita sudah mempunyai SETARA untuk mengukur tahap pencapaian universiti dan kolej universiti, maka tidak lengkap jika kita tidak melihat kualiti terhadap 402 buah kolej swasta yang berada dalam sektor pengajian tinggi. Maka hari ini, kita telah bersedia untuk mengukur mereka melalui Sistem Pengukuran Kualiti dan Kesetaraan Kolej Swasta atau MyQUEST. Selain itu juga, Sistem Penarafan Politeknik, yang akan dikenali sebagai PolyRate, akan dilaksanakan pada tahun ini. Pihak Perunding telah dilantik untuk membangunkan instrumen untuk mengumpul, menganalisis data dan maklumat dan membuat laporan Penarafan Politeknik.


30. Soal kualiti juga tidak boleh terasing dalam konteks kepimpinan. Ini kerana, tanpa kepimpinan yang berkualiti, semua perancangan yang kita rencanakan tidak akan dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Untuk itu, kementerian akan memastikan Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi atau AKePT dapat merekayasa satu bentuk latihan komprehensif yang diperlukan oleh seluruh warga IPT, sama ada ahli akademik mahupun pelajar. Mereka mesti didedahkan dengan isu dan cabaran bukan sahaja dalam melaksanakan tanggungjawab tetapi cabaran yang dihadapi sektor pengajian tinggi. Jika hasrat kita ialah meletakkan sektor pengajian tinggi sebagai hab serantau, maka AKePT juga perlu mengambil kedudukan yang sama supaya dapat membangunkan jalinan antara kepimpinan dan tenaga akademik IPT serantau. Bagi menjayakan hasrat tersebut, saya difahamkan, rundingan AKePT dengan beberapa pihak sedang berjalan antaranya melibatkan Bank Dunia, Southeast Asian Ministries of Education Organization -The Regional Institute of Higher Education and Development (SEMEO-RIHED) dan Asian University Network (AUN). Kita percaya, jika semua perancangan ini berjalan lancar, kita mampu menawarkan sumbangan yang bernilai kepada dunia luar melalui AKePT.


Tuan-tuan dan Puan-puan,

(MENGUPAYAKAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI)


31. Pencapaian sesebuah negara hari ini sebahagian besarnya bergantung kepada keupayaan dan kekuatan dalam membangunkan sumber manusianya dengan nilai tambah dalam bidang inovasi dan kreativiti. Apabila Malaysia membuat keputusan untuk menganjak dan mentransformasikan pembangunan ekonomi negara bertunjangkan inovasi dan kreativiti, maka kementerian akan memastikan IPT dalam negara berupaya menjadi pemain utama (main player) dan menjadi hub kepada inovasi di negara. Selain daripada keperluan untuk mempunyai ekosistem inovasi dan budaya yang tepat terhadap inovasi dan R&D, KPT akan membangunkan keupayaan dalam melaksanakannya melalui kaedah ‘selectivity and concentration’. Dengan penambahan dana untuk Fundamental Research Grant Schemes (FRGS) sebanyak RM741 juta untuk 2 tahun pertama perlaksanaannya, kita perlu strategik dalam pengagihan dana tersebut. Ini penting supaya perlaksanaan R&D kita mencapai tahap yang berkualiti dan memberi impak yang besar kepada negara terutamanya kepada negara berpendapatan tinggi. Untuk itu beberapa inisiatif baharu akan diperkenalkan dengan harapan dapat menyumbang kepada merealisasikan peranan pengajian tinggi dalam inovasi negara iaitu:-


I) Meningkatkan output penyelidik dalam negara: Sehingga 2010, kita hanya mempunyai seramai 21,000 penyelidik di mana kerajaan telah menyasarkan menjelang 2020, seramai 200,000 penyelidik diperlukan. Kita telah memperluaskan sasaran Program MyBrain15 melalui program MyMaster, MyPhD dan PhD industri yang akan meningkatkan jumlah pemegang PhD dalam negara kita.


II) Pemindahan Jaringan Penyelidikan Pendidikan Malaysia atau Malaysian Research and Education Network (MYREN) kepada KPT bermula 1 Januari 2011: Rangkaian berprestasi tinggi ini akan memberikan KPT satu infrastruktur rangkaian termaju khusus yang berpotensi untuk kolaborasi global termaju dalam bidang pendidikan dan penyelidikan. Pada masa sekarang rangkaian ini telah diperluaskan untuk merangkumi kesemua 20 IPTAs, 20 politeknik, 20 kolej komuniti, 5 IPTS, dan 2 Institut Penyelidikan. Rangkaian ini akan berhubung terus dengan komuniti penyelidik dan pendidik yang berada di Asia Pasifik, Australasia, Eropah dan Amerika Utara melalui Trans Eurasian Information Network 3 (TEIN 3). Dengan itu, kesemua penyelidik dan pendidik yang dihubungkan dengan MYREN akan berupaya untuk berkomunikasi dan menjalin kolaborasi dalam ruang kerja maya dengan rakan kerja dalam dan luar negara dengan lebih berkesan dan pantas.


III) Memberi nafas baharu kepada aktiviti pengkomersilan hasil-hasil R&D dari IPT: Usaha-usaha gigih dan berterusan dengan kerjasama agensi dalam dan luar Negara akan terus dipergiatkan lagi untuk membawa produk-produk dan harta intelek (IP) hasil R&D IPT ke pasaran dunia dan global dan ini termasuk kolaborasi dengan Unit Inovasi Khas (UNIK) di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan lain-lain agensi.


IV) Menubuhkan Pusat Sitasi Malaysia (PSM) yang akan mula beroperasi sepenuhnya pada tahun ini untuk mengindekskan kesemua hasil penerbitan dalam negara samada dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Arab, bahasa Mandarin dan Tamil: KPT peka dengan nilai dan bilangan sitasi yang dirujuk yang telah menjadi asas kepada ranking dunia dan pengiktirafan profesor-profesor tersohor. Saya berharap PSM akan mampu melonjakkan lagi bilangan sitasi penyelidik Malaysia melalui kerjasama dengan ISI-Thomson Web of Science, SCOPUS dan Islamic Science Citation Centre (ISC).


V) Mewujudkan beberapa konsep geran penyelidikan yang baru: Ini termasuklah Long Term Research Grant Scheme (LRGS), Exploratory RGS (ERGS), dan Prototype Research Grant Scheme (PRGS) sebagai tambahan kepada Fundamental Research Grant Scheme (FRGS) yang sedia ada. PRGS merupakan inisiatif baharu KPT untuk menggalakkan lebih ramai penyelidik IPT untuk meneroka bidang baru setelah sekian lama terbabit dalam bidang R&D semata-mata. Program ini mestilah dilaksanakan dengan tersusun kerana di sinilah bermulanya inisiatif KPT untuk memastikan pengajian tinggi menyokong hasrat Kerajaan dan Negara dalam menjadi negara maju berpendapatan tinggi.


VI) Memantapkan keupayaan Penyelidikan IPTA-IPTS: KPT akan turut memberi keutamaan dalam pengagihan geran FRGS kepada projek yang melibatkan kolaborasi kedua pihak ini. Saya berharap ini akan memantapkan lagi kebolehan penyelidikan (research capability) IPTS. Dengan ini sumbangan IPT negara kita terhadap penghasilan inovasi dan produk yang boleh dikomersialkan oleh IPT kita akan bertambah, program MyBrain15 dapat dijayakan dan seterusnya menyumbang kepada hasrat Model Ekonomi Baru Negara yang ingin mencapai negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.


VII) Memperkenalkan tujuh (7) platform penyelidikan berimpak tinggi iaitu pemanasan global, penyakit berjangkit, perubatan tropika, keselamatan tenaga dan air, kecukupan makanan, pembuatan termaju dan tambah nilai serta ICT. Selain itu, kluster penyelidikan-penyelidikan utama yang dapat memenuhi tuntutan dan aspirasi negara yang berkaitan dengan 12 bidang NKEA seperti Nanoteknologi, Kitar Semula Tenaga, Aeroangkasa dan lain-lain lagi.


VIII) Bersesuaian dengan realiti Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum dan usaha melonjakkan lagi peranan Malaysia di peringkat global, kita turut akan mengambil kira kepentingan penyelidikan berimpak tinggi dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan dan ini termasuk berkaitan pembinaan negara bangsa, perpaduan dan konsep kesederhanaan atau moderation.


IX) Menggalakkan dan membangunkan niche negara dalam perlaksanaan R&D melalui penubuhan konsortium yang menggembelengkan semua tenaga pakar IPT: Pada hari ini, banyak pandangan yang menyatakan yang institusi-institusi penyelidikan tidak bekerjasama di antara satu dengan lain dan tidak dapat bersama-sama menyumbang kepada sesuatu perkara. Kita harus memperbaiki situasi ini termasuk menggalakan usahasama penyelidikan antara institusi awam dan swasta dalam usaha ‘to put the best brain to work together as a team’ iaitu dengan memaksimakan semua potensi kepakaran yang kita ada dan menggunakan kepakaran dari pelbagai disiplin ilmu ada dari dalam atau luar Negara dengan tidak bergantung kepada ahli akademik dalaman kita semata-mata. Usaha ini perlu dilakukan untuk menggembleng semua kepakaran yang ada di universiti dan mengurangkan pertindihan penyelidikan dalam skala yang kecil, berkecamuk dan merugikan.


X) Di sini, enam (6) Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi atau HiCOE yang dipilih tahun lalu, akan ditagih untuk memainkan peranan penting untuk menjadi peneraju bidang dan tema penyelidikan tujahan besar dengan peruntukan penyelidikan yang signifikan: Begitu juga, rangkaian universiti-universiti teknikal Malaysia (MTUN) telah bersama-sama mengenal bidang tujahan dalam ‘Advanced Engineering and Applied Sciences’ sebagai COE untuk MTUN.


32. Dalam hal ini, kita akan memastikan aktiviti HiCOE merentasi sempadan universiti dan ianya mampu menerajui konsortium penyelidikan dengan pihak luar dan jika ini mampu dilaksanakan, KPT percaya mereka wajar diberikan otonomi. Ini adalah antara pertimbangan baru yang akan digunakan untuk menilai HiCOE yang baharu. Sehubungan ini, HiCOE sedia ada dicadang untuk mengemukakan roadmap untuk menjadi sebuah entiti berautonomi menjelang 31 Disember 2013. Jika ini gagal dilaksanakan, maka saya cadangkan agar status HiCOE yang telah dianugerahkan sebelum ini seharusnya diteliti dan dipertimbangkan semula.


33. Seperkara yang tidak boleh dinafikan ialah menggemblengkan R&D IPT sebagai satu saluran dan jambatan untuk meningkatkan lagi hubungan akademia dengan industri. Aktiviti dan pembiayaan dana R&D merupakan faktor yang menjadi pendorong untuk memotivasikan hubungan ini. Sejajar dengan itu, kementerian telah bersetuju untuk menawarkan PhD dalam bidang industri secara agresif bermula tahun 2011. KPT juga berpandangan semua pihak perlu mengambil inisiatif untuk menggalakkan pihak industri menyumbang kepada dana penyelidikan secara berkelompok yang boleh diurus sendiri melalui sekretariat di KPT. Kita juga masih memerlukan kerjasama yang jitu dan konsisten dari pihak industri untuk kerjasama ini dan kita berharap agar pihak industri dapat memberi sokongan kepada ahli akademik kita dalam aktiviti yang membabitkan industri. Saya ingin mencadangkan IPTA melihat semula kemudahan cuti sabatikal yang diguna pakai di universiti kita agar ianya dapat bergerak selari dengan aspirasi kita untuk dilaksanakan.


34. Saya difahamkan, pada masa ini, ada beberapa IPTA yang melaksanakannya dengan baik sekali dengan ‘alert system’ yang berkesan dan perlaksanaan ini mampu menggembirakan pensyarah mereka kerana peluang berada di dalam sistem tersebut dapat merangsang kembali minda dan pemikiran mereka. Mereka juga dapat belajar idea dan aspek baharu sekaligus dapat meningkatkan daya penyelidikan mereka dalam bidang industri. Walau bagaimanapun, terdapat maklumat menunjukkan masih banyak IPTA yang tidak melaksanakan polisi cuti sabatikal secara adil malah cuba menafikan hak pensyarah sebagai ahli akademik. Ini harus difikir semula oleh pihak pengurusan universiti agar sistem cuti sabatikal kekal menarik kerana ia mampu memberi nilai tambah kepada pensyarah masing-masing. Hakikatnya, industri di luar sana sedang menunggu kehadiran pensyarah dan pakar dari universiti untuk bersama-sama melaksanakan aspirasi negara, dan percayalah universiti juga boleh dilihat sebagai jentera pertumbuhan dalam menawarkan pengetahuan untuk perkembangan industri.




Tuan-tuan dan Puan-puan,



35. Satu lagi aspek yang penting dalam hubungan industri akademia ialah melalui penggiatan keusahawanan pendidikan atau ‘entrepreneurship education’ yang telah diperkenalkan di IPT. Keusahawanan dan pendidikan merupakan dua bidang yang perlu ditingkat dan dimajukan hubungan dan gabungannya jika kita ingin mengorak satu kuasa modal insan yang kental demi membina Malaysia yang lebih maju dan berdaya saing di masa hadapan. Pendedahan dalam bidang keusahawanan merupakan satu proses pembelajaran yang dapat membuka ruang kepada pelajar kita supaya menjadi lebih kreatif, inovatif dan berdaya maju, di mana aspek ini, kita berharap, dapat menjana inovasi negara, peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi yang lebih mantap dimasa hadapan. Bidang pendidikan pula dilihat sebagai mempunyai satu kuasa yang mampu untuk memupuk sifat, perlakuan, kebolehan seterusnya mengembangkan kemahiran pelajar kita menjadi insan yang berdaya keusahawanan bagi membolehkan mereka menghadapi masa hadapan yang lebih rumit, mencabar dan berubah-ubah. Secara tak langsung ia dapat menyemai sifat kepimpinan dalam kalangan pelajar kita.


36. Walau bagaimanapun, hakikatnya, selain daripada institusi pendidikan, ada berbagai pihak lain yang juga boleh menyumbang peranan secara bersama dalam menjayakan perlaksanaan program pendidikan negara khususnya dalam pendidikan keusahawanan. Disebabkan faktor ini, kita perlu tingkatkan usahasama dan pengkongsian bijak di antara institusi pendidikan dan industri. Industri dan ahli usahawan merupakan satu tenaga yang dapat memberi peluang kefahaman keusahawanan dengan menyampaikan dan berkongsi pengetahuan, kefahaman, kepakaran, nasihat dan modal kewangan. Adalah jelas bahawa tiada program keusahawanan yang boleh berjaya tanpa kerjasama yang jitu dan akrab dari industri dan ahli usahawan. Kita harus bertindak segera dalam hal ini kerana kerjasama sebegini masih minimal dan amat kurang dijayakan di IPT kita.



Tuan-tuan dan Puan-puan,

(MEMIMPIN PENGANTARABANGSAAN)


37. Seperti yang kita sedia maklum, kerajaan telah melancarkan Education Malaysia, iaitu satu usaha untuk memaksimakan peranan sektor pengajian tinggi di peringkat global. Education Malaysia bukan sekadar menjaga pelajar Malaysia di luar negara atau mempromosi Malaysia sebagai destinasi melanjutkan pelajaran tetapi perlu menjadi strategi utama mendapat pelajar terbaik dan berbakat untuk belajar di negara kita. Penstrukturan ini juga akan memberi sinergi kepada universiti kita mencari ilmu baharu, membina kefahaman antara budaya dan menyuburkan diplomasi dan kesefahaman antarabangsa. Pendek kata, ia mencerminkan komitmen dan keyakinan Malaysia yang ingin berkongsi dan menyumbang kepada kemajuan manusia keseluruhannya apabila kita boleh menawarkan nilai ini ke seluruh dunia. Tidak dinafikan, melalui insiatif ini, Malaysia dapat dilihat sebagai saluran pendidikan tinggi bagi warga global dan pada masa yang sama kita mendapatkan bakat paling baik dan berpotensi. Ini termasuk menarik kedatangan penyelidik dan tenaga akademik yang berbakat ke negara kita. Ia juga boleh menjadi sebagai strategi diplomasi negara dimana ia merupakan satu pelaburan untuk membangunkan jaringan hubungan Malaysia dengan negara luar melalui aktiviti pengajian tinggi.

38. Untuk memastikan kejayaan sasaran pihak kementerian menarik seramai 150,000 orang pelajar antarabangsa menjelang tahun 2015, pertambahan konsisten purata tahunan sebanyak 13.5% pelajar antarabangsa perlu dicapai. Untuk itu, kita juga telah mengenal pasti negara-negara sasaran yang sesuai untuk pasaran baharu dalam bidang pengajian tinggi Malaysia. Negara-negara tersebut adalah Kurdistan (Iraq), India, Korea Selatan, Turki, Tartarstan (Rusia), Menado (Indonesia), Chile dan juga Brazil. Usaha-usaha promosi untuk menarik pelajar antarabangsa di pelbagai peringkat termasuk sarjana muda, sarjana, doktor falsafah, dan open and distance learning akan terus dipergiat dan dilaksanakan. Kita juga akan memulakan sistem kalendar akademik IPT yang baharu, iaitu peralihan permulaan kuliah pada bulan Julai kepada bulan September secara berperingkat sehingga sesi 2013/2014. Selain itu, kita akan menonjolkan 4 bidang pengajian iaitu Kejuruteraan Lanjutan, Sains Kesihatan, Kewangan dan Perbankan Islam serta Pelancongan dan Hospitaliti sebagai bidang pengajian taruhan untuk pasaran antarabangsa.


39. Perubahan permulaan Semester kepada bulan September secara berperingkat bermula Sesi Pengajian 2011/12 akan membolehkan universiti kita melaksanakan perkongsian ilmu dan program mobiliti pelajar dan pensyarah dengan berkesan apabila sistem semester kita ini tidak jauh berbeza dengan sistem semester luar Negara. Kita akan mampu menarik pensyarah-pensyarah dunia yang terkenal dengan mudah untuk datang ke Malaysia untuk berkongsi kepakaran dalam pembelajaran dan penyelidikan. Kita juga berpeluang untuk menghantar pelajar-pelajar kita menyertai program-program pertukaran di luar negara untuk meningkatkan daya saing mereka dan menyertai kerja-kerja amal dan kesukarelawan. Kita juga mengharapkan keputusan ini dapat diselaraskan juga di IPTS dan dengan itu mobiliti pelajar dan pensyarah IPTA dan IPTS juga dapat dilaksanakan dalam integrasi kaum dan menyokong konsep 1Malaysia, di samping meningkatkan pengalaman pembelajaran mereka. Pada tahun pertama 2011, proses penyesuaian dijangka menghadapi cabarannya dan KPT melalui Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) akan sentiasa terus membantu universiti dari semasa ke semasa.


Tuan-tuan dan Puan-puan,


(MEMPERKASA KUALITI DAN POTENSI PELAJAR)



40. Kebimbangan mengenai pengangguran di kalangan para graduan akan terus menghantui sektor pengajian tinggi. Statistik pengangguran graduan selalu dijadikan kayu pengukur terhadap kualiti dan keberkesanan sesebuah institusi dan kaedah seseorang pelajar itu dididik di IPT. Antara punca yang dikesan bagi isu ini adalah kerana graduan tidak mempunyai kemahiran asas (basic competencies) yang diperlukan oleh majikan seperti kemahiran berkomunikasi dan penguasaan bahasa Inggeris. Selain itu, sikap graduan yang terlalu memilih kerja dan terdapat sesetengah daripada mereka yang meminta gaji yang tinggi menyumbang kepada permasalahan ini. Justeru, para graduan kita perlu mengubah sikap dan perlakuan mereka kerana pada peringkat awal pekerjaan, kita lebih menekankan penimbaan pengalaman sebagai persoalan pokok yang perlu diberi perhatian.


41. Di pihak IPT sendiri, selain daripada mengkaji keberkesanan kurikulum secara berterusan dan relevan dengan kehendak industri, usaha melaksanakan pelan tindakan modal insan inovatif akan menyaksikan proses pengajaran dan pembelajaran yang dapat mencetuskan kekuatan berfikir dan seterusnya melahirkan minda yang kreatif, inovatif dan berkesan di kalangan pelajar-pelajar. Proses pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan juga perlulah menekankan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi moden selaras dengan pelancaran Dasar e-learning yang akan dilakukan pada tahun ini. Melalui dasar ini, kementerian berhasrat ia akan dapat menarik penyertaan Pembelajaran Sepanjang Hayat selain memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih interaktif. Untuk mempertingkatkan nilai tambah pelajar juga, kementerian akan menentukan setiap pelajar menguasai sekurang-kurangnya dua (2) bahasa selain Bahasa Malaysia dan mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di semua IPTA tempatan. Dalam pada masa yang sama juga, interaksi pelajar Malaysia dengan pelajar antarabangsa harus juga diperluaskan melalui pewujudan persekitaran global di dalam kampus universiti kita selain dari pengenalan modul bahasa Melayu yang khusus kepada pelajar asing.


42. Kementerian juga telah meminta semua IPTA supaya mempertingkat jumlah pelajar asing mencapai sasaran sehingga lima peratus (5%) di peringkat ijazah pertama dan ini akan membantu penambahbaikan komunikasi dalam Bahasa Inggeris di kalangan pelajar Malaysia. Saya telah membuat keputusan supaya IPTA menambahkan bilangan kredit pembelajaran bahasa Inggeris ke tahap yang bersesuaian untuk meningkatkan penguasaan mereka sebelum mereka bergraduat. Usaha mempertingkatkan kemampuan bahasa Melayu juga akan ditingkatkan kepada pelajar IPTS dengan model pembelajaran bahasa Melayu yang khusus yang telah berjaya mendidik ramai pelajar asing bercakap dengan fasih.


43. Di samping itu, setiap universiti akan diminta untuk meningkatkan fungsi Pusat Kerjaya masing-masing sebagai pusat sehenti bagi para pelajar untuk merancang kerjaya mereka. Peningkatan Pusat Kerjaya ini termasuklah kerjasama dengan syarikat-syarikat luar, pewujudan kerangka maklumat pekerjaan dan pelbagai informasi lain. Pegawai yang ditempatkan di Pusat Kerjaya juga perlulah mempunyai pengetahuan dan jaringan hubungan yang baik dengan industri, korporat dan pihak luar bagi memudahcara para pelajar yang memerlukan bantuan. Selain daripada itu, KPT juga akan menjalin kerjasama dengan jobstreet.com iaitu penyedia pusat carian kerja dan latihan industri bagi kemudahan para pelajar dan graduan mendapatkan perkerjaan secara online.


44. Bagi memastikan semangat pindaan AUKU 2010 dapat diterjemahkan di IPT, para pelajar digalakkan untuk menyuarakan pandangan dan cadangan melalui Parlimen Mahasiswa seperti yang telah diwujudkan di Universiti Sains Malaysia. Saya amat menggalakkan agar konsep Parlimen Mahasiswa ini dapat diwujudkan di semua IPT dan seterusnya di peringkat kebangsaan. Saya percaya Parlimen Mahasiswa merupakan satu infrastruktur intelektual yang amat baik kepada para pelajar kerana ia dapat:


a. Menyediakan platform yang menggabungkan suara mahasiswa di semua peringkat kepimpinan mahasiswa;

b. Membudayakan perbahasan secara intelektual dalam kalangan mahasiswa;

c. Melahirkan mahasiswa berkualiti, berfikiran kritis dan idealis sebagai pelapis kepimpinan negara pada masa hadapan; serta yang paling penting; dan

d. Mengiktiraf suara mahasiswa dalam penggubalan dasar universiti.


45. Semoga dengan pewujudan parlimen Mahasiswa ini, para pelajar akan mendapat lebih lagi ruang untuk menyuarakan pandangan dan idea mereka dan seterusnya agar didengar oleh pihak kerajaan tanpa perlu melakukan tindakan seperti berdemonstrasi dan sebagainya. Hasrat kementerian adalah ingin melihat para pelajar kita dapat dibangunkan dengan jati diri yang tinggi dengan mempunyai nilai-nilai murni, bersikap positif, mampu memimpin dengan cara diplomasi agar mereka dapat menjadi pemimpin yang matang di masa hadapan.






Tuan-tuan dan Puan-puan,

(MENANGANI PERUBAHAN EKOSISTEM PENGAJIAN TINGGI)


46. Kita sedar bahawa negara bukan sahaja memerlukan modal insan berilmu tinggi tetapi juga berkemahiran tinggi. Seperti kita sedia maklum negara perlu meningkatkan peratusan tenaga kerja berkemahiran tinggi dari 23% kepada 37% menjelang tahun 2015. Justeru itu, usaha mengarus perdanakan pendidikan teknikal dan latihan vokesional atau TEVT merupakan langkah yang sangat tepat dan kita perlu bersama-sama menterjemah dan merealisasikannya. Ini termasuk membangunkan sikap yang betul masyarakat terhadap pengajian teknikal dan vokesional. Selain itu, laluan latihan dan pendidikan sehingga ke alam pekerjaan perlu dibangunkan di samping menyedia dan meningkatkan peluang kemasukan ke bidang pendidikan teknikal. Dalam soal meningkatkan peluang kemasukan, kita akan mengembalikan peranan asal keempat-empat universiti teknikal sedia ada iaitu Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP) di mana menjelang tahun 2015, mereka perlu memastikan kemasukan pelajar-pelajar mereka terdiri daripada 60% dalam bidang teknikal. Mereka juga perlu meluaskan lagi penawaran program-program teknikal yang selari dengan keperluan pembangunan negara. Mereka perlu diletakkan sebagai institusi apex dalam pengajian teknikal negara, sama seperti universiti-universiti sains gunaan yang terdapat di sesetengah negara lain. Bagi mencapai hasrat itu juga, kita turut mencadangkan supaya MTUN menerima pelajar institusi kemahiran iaitu lepasan Dilpoma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) dan Dilploma Kemahiran Malaysia (DKM) bermula tahun ini untuk beberapa program tertentu dan diperluaskan pada masa akan datang.


47. Selain itu, institusi politeknik negara akan terus melalui fasa pemantapan dan pembaharuan sesuai dengan kedudukannya sebagai institusi utama dalam pengajian TVET. Dengan menyasarkan pengeluaran seramai 680,000 orang pekerja mahir di peringkat diploma atau 45% daripada jumlah 1.5 juta yang diperlukan negara menjelang 2020 dan dengan mengambil kira sumbangan institusi lain termasuk dari swasta, negara memerlukan 11 buah lagi politeknik baharu iaitu penambahan tiga (3) buah politeknik konvensional, lapan (8) politeknik metro selain enam (6) buah politeknik yang dinaik taraf supaya dengan itu, kita boleh menampung enrolmen seramai 150,000 orang setahun. Di samping itu, operasi politeknik metro akan bermula tahun ini di Kuala Lumpur, Johor Bharu dan Kuantan. Politeknik Metro ini juga akan memberi peluang kepada pekerja untuk belajar secara separuh masa agar dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka terutama dalam sektor perkhidmatan, yang merupakan sektor yang mengalami pertumbuhan pesat kini dan dijangka ianya akan terus berkembang di masa akan datang. Pembelajaran secara Online Distance Learning (ODL) juga akan dilaksanakan menjelang 2012 bagi meningkatkan peluang kemasukan ke bidang pendidikan politeknik.


48. Untuk memberi laluan yang berterusan, politeknik akan mewujudkan artikulasi dengan institusi swasta yang lain di samping menjadi feeder kepada empat IPTA di bawah jaringan MTUN. Sebagai permulaan, artikulasi dengan John Moores University telah dipersetujui, manakala program berkembar akan dijalankan di antara politeknik dan Taylor’s Universiti bagi program Hospitaliti dan seterusnya diartikulasikan pula dengan Toulouse University di Perancis. Politeknik juga akan menawarkan program-program baharu sejajar dengan keperluan Economic Transformation Programme (ETP). Antara program-program yang akan dijalankan pada 2011 adalah oil and gas technology, oleochemical engineering, e-tourism, landscape and biotechnology. Terdapat juga penawaran program-program yang tidak terdapat di universiti lain seperti dalam bidang Penyelenggaraan Pesawat, Perkapalan serta Tekstil, yang mana ini akan mengukuhkan status politeknik sebagai institusi alternatif bagi lepasan sekolah.


49. Kolej komuniti merupakan satu institusi yang mempunyai tanggungjawab besar dalam menyediakan komuniti dan masyarakat agar dapat dihijrahkan sebagai masyarakat berpengetahuan dan berkemahiran tinggi. Untuk itu, Kolej Komuniti telah merancang untuk memantapkan lagi program-program sedia ada yang ditawarkan dan meluaskan lagi kumpulan sasar dalam komuniti. Program Modular yang merupakan program yang singkat lagi menarik, sesuai untuk golongan muda dan belia akan ditambah sebanyak sebelas (11) program lagi dan ini menjadikan kesemuanya sebanyak 20 program dengan mengandungi 122 kursus di dalam program-program tersebut mulai Januari 2011. Pada tahun ini juga, Kolej Komuniti akan mula melaksanakan PROGRAM LATIHAN 1MALAYSIA dengan menggunakan kepakaran, infrastruktur dan kemudahan yang terdapat di semua 45 Kolej Komuniti induk menggunakan bajet yang diperuntukkan oleh kerajaan sebanyak RM80 juta setahun. Antara kursus-kursus yang bakal ditawarkan ialah kursus Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil dan kelas muzik di samping kursus berbentuk kemahiran dan teknikal seperti membuat kek, menjahit, spa, mekanik, elektrik dan kimpalan.


50. Selain daripada golongan belia, golongan sasar yang lain ialah golongan yang telah bersara terutamanya askar yang bersara pada usia awal 40-an. Kebanyakan daripada mereka telahpun mempunyai kemahiran-kemahiran tetapi tidak mempunyai pengiktifaran dalam bentuk sijil. Sehubungan dengan itu, Kolej Komuniti menjadi tempat untuk mereka mendapatkan pengiktirafan agar kemahiran mereka dapat diterjemahkan secara profesional dan diperakui oleh semua pihak. Kolej komuniti juga akan meluaskan peranan menawarkan program-program secara separuh masa bagi tujuan menambah bilangan pekerja berkemahiran. Dan untuk graduan-graduan yang bernilai pasaran rendah, kolej komuniti telah merangka kursus-kursus dalam bidang industri kreatif, teknologi maklumat, para legal, kaunseling, multimedia dan sebagainya dimana kemahiran-kemahiran tersebut merupakan nilai tambahan yang boleh diperoleh oleh para graduan bagi menaikkan taraf nilai kelulusan asas mereka supaya mereka boleh bersaing secara sihat di pasaran kerja terbuka di samping dapat meningkatkan kebolehpasaran graduan-graduan tersebut.


51. Untuk makluman, sembilan (9) program sedia ada ialah Servis Penyejukan dan Penyamanan Udara; Akuakultur; Servis Kenderaan Ringan; Pemasangan Elektrik; Menyelenggara dan Membaiki Motobot; Pengendalian Pelancongan; Operasi Perhotelan; Kulinari dan Penyelenggaraan Bangunan. Manakala sebelas (11) lagi program yang akan dijalankan mulai Januari 2011 ialah Pengoperasian Perniagaan; Pengkeranian Akaun; Fotografi Komersil; Terapi dan Kecantikan Spa; Dandanan Rambut; Fesyen dan Pakaian; Lukisan Senibina; Pastri; Industri Agro; Animasi 2D dan Animasi 3D. Kementerian mensasarkan jumlah kemasukan pelajar ke Kolej Komuniti akan meningkat daripada 20,000 kepada 120,000 pelajar menjelang tahun 2014. Kolej Komuniti bukan sahaja menyediakan latihan kemahiran kepada pelajar lepasan sekolah tetapi juga menyediakan peluang kedua kepada mereka yang sudah berada di bidang pekerjaan dengan mengambil kursus kemahiran ini secara separuh masa. Selain itu, kumpulan graduan yang mempunyai taraf nilai pasaran rendah seperti graduan sastera dan juga graduan pendidikan Islam akan dapat mengikuti kursus-kursus kemahiran tambahan dan kemahiran-kemahiran yang baru di Kolej Komuniti bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka. Bagi graduan-graduan tersebut, mereka boleh mengambil bidang-bidang yang beraliran industri kreatif (creative industry) ini.


52. Bagi menambahkan bilangan pekerja berkemahiran tinggi (high skill worker), Kolej Komuniti boleh menawarkan program-program secara separuh masa kepada;

a. Guru-guru Kaunseling yang tidak mempunyai sijil kaunseling daripada mana-mana agensi/badan;

b. Lapisan masyarakat lain yang berminat untuk menjadi Kaunselor juga berpeluang untuk mendapatkan kemahiran kaunseling;

c. Guru-guru Tadika dan guru-guru Kemas boleh mendapatkan kemahiran-kemahiran tambahan mahupun kemahiran-kemahiran baru agar mereka dapat memainkan peranan mereka dengan lebih berkesan di tempat masing-masing setelah mendapat kemahiran di Kolej Komuniti.

d. Guru-guru teknik dan vokasional di sekolah-sekolah juga boleh menambahkan kemahiran-kemahiran baru mahupun meningkatkan kemahiran sedia ada di Kolej Komuniti. Contohnya dalam bidang automotif, pendingin hawa, kimpalan dan sebagainya.


53. Golongan suri rumah dan ibu tunggal juga boleh mendapatkan kemahiran-kemahiran baru di Kolej Komuniti melalui program-program yang boleh menjana pendapatan sampingan seperti kursus-kursus jahitan, bakeri & konfeksonari, sulaman manik, seni gubahan dan sebagainya. Secara tidak langsung, golongan ini boleh dilatih untuk menjadi usahawan kecil-kecilan sekiranya mereka dapat meneruskan minat dalam kemahiran yang mereka perolehi di Kolej Komuniti. Untuk graduan-graduan yang bernilai kebolehpasaran rendah, Kolej Komuniti telahpun merangka kursus-kursus dalam bidang ‘creative industry’. Sebanyak 9 bidang kemahiran seperti seni halus (fine arts), rekabentuk grafik, animasi, fotografi, rekabentuk multimedia, penulisan kreatif, rekabentuk tekstil, kraf/seni lukisan dan hobi kreatif – land (RC Cars), water (RC Boats), air (RC Plane/Helicopter dan robotic).


54. Pada tahun ini juga, kita akan memperkukuh dan memantapkan Pembelajaran Sepanjang Hayat untuk menjadikannya teras ketiga pendidikan bersama pendidikan sekolah dan tertiari dalam sistem pendidikan negara. Semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) akan diminta mengkaji penawaran program masing-masing bagi mendukung konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat yang komprehensif.






Tuan-tuan dan Puan-puan,


(KESEIMBANGAN KE ARAH KESEMPURNAAN NEGARA BANGSA)



55. Meskipun kita akan menggembling pelbagai prinsip baru demi mencapai matlamat negara maju berpendapatan tinggi, namun saya percaya kita akan memperteguhkannya dengan tunjangan budaya dan nilai tradisi yang positif lagi berkeyakinan. Bagi kita, kesinambungan kemodenan dengan tradisi adalah teras kepada transformasi negara. Kemajuan dan pembangunan negara mesti dibina dan wujud dengan roh dan semangat jati diri demi kesempurnaan bangsa dan negara. Hanya dengan keutuhan jati diri dan gugusan nilai-nilai murni, terutamanya ketika berada di tengah-tengah gelagat dunia global, maka kita akan dapat merasa yakin untuk wujud bersama-sama bangsa lain, sama taraf dan sama berwibawa, untuk kita duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.


56. Justeru itu, dalam keghairahan kita mencapai segala ketentuan matlamat pembangunan, titik keseimbangan dengan tradisi seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara dan Rukunegara, akan tetap ditegaskan sebagai intisari jati diri kita dalam pembinaan sebuah bangsa atau nation building. Mungkin ramai yang meyakini bahawa hanya pencapaian luar biasa dalam ekonomi akan mengukuhkan bangsa dan negara. Namun, melalui pengalaman dan pengamatan, semua negara maju baik di Barat mahupun di Timur, tidak pernah meninggalkan tradisi mereka sebagai teras jatidiri bangsa dalam menggenggam kemajuan negara. Hanya melalui gabungan harmoni dan keseimbangan di antara kemodenan dan tradisi, suatu penegasan proses kesinambungan dalam perubahan bangsa akan dapat menjadi penentu kepada pembinaan sebuah peradaban bangsa moden. Saya percaya segala matlamat pembangunan dan kemajuan yang hendak dicapai, mestilah sentiasa ditentukan oleh gabungan pelbagai-faktor secara holistik dan menyeluruh, dimana semua faktor saling menyumbang ke arah pencapaian kejayaaan keseluruhan, dan tidak disandarkan hanya kepada satu-satu acuan sahaja.


57. Dalam hal ini, saya yakin IPT sebagai institusi ilmu, bukan sahaja memiliki himpunan tenaga pemikir dan cerdik pandai untuk mendidik modal insan bermutu tinggi bagi memenuhi tuntutan industri dan sekaligus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, bahkan, membina gagasan dan idea konkrit serta bermakna bagi MEMIMPIN NEGARA menyelesaikan pelbagai kemelut dan permasalahan semasa. Justeru itu, marilah bersama membangun manusiawi melalui pelbagai-disiplinnya, membina sistem pendidikan gabungan seimbangan antara-disiplin sains dan teknologi, ekonomi, ilmu kemanusiaan dan alam sekitar dimana kesemua disiplin ini harus dikembangkan secara bersepadu dan berterusan. Ini bermakna, fokus kita kepada ilmu-ilmu sains dan teknologi mesti juga digabung-jalin dengan ilmu-ilmu sosial dan kemanusiaan seperti sejarah, sosiologi, antropologi, kesusasteraan dan sebagainya. Kita percaya, kaedah keilmuan terpadu atau unified knowledge akan dapat menghasilkan para graduan yang mendukung perspektif dan pandangan sarwa (weltanschaung) dengan lebih luas dan adil serta menghargai keseimbangan antara alam sekitar, tuntutan ekonomi dan kemanusiaan dengan sebaik-baiknya. Dengan melakukan demikian, graduan yang dihasilkan akan dapat melihat kehidupan dengan perspektif yang lebih luas dan adil serta menghargai alam dan manusia dengan sebaik-baiknya. Dengan demikian, universiti dapat melahirkan manusia yang berupaya memberikan makna kepada setiap pentafsiran.



Tuan-tuan dan Puan-puan,


58. Semua perancangan yang saya nyatakan sebentar tadi sebenarnya merupakan persediaan kita untuk meneruskan agenda sektor pengajian tinggi menerajui kegemilangan ilmu sekaligus menjayakan transformasi negara. Kita telah meletakkan asas yang kukuh dalam Fasa Satu, Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dan kini kita telah bersedia untuk melangkah ke fasa yang baharu dengan penuh amanah dan tanggungjawab. Saya percaya, dengan kekuatan sumber dan kebijakan perancangan yang kita miliki, sektor pengajian tinggi mampu untuk menjadi penyumbang yang kritikal kepada transformasi negara ini. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pengajian Tinggi atas penganjuran majlis pada pagi yang bermakna ini dan kepada semua yang hadir, marilah sama-sama kita gabungkan kekuatan untuk satu matlamat, satu cita-cita: Malaysia gemilang yang kita kasihi. Sekian, Wassalmualaikum warahmatullahi wabarakatuh.



Sekian, terima kasih.


Posted in Ministry of Higher Education

Garis Panduan Perlaksanaan Subjek HC



Sumber : Blog GMUKM


GABUNGAN MAHASISWA UKM (GMUKM) mengucapkan tahniah dan menyambut baik usaha transformasi pihak pentadbiran Pusat Perkembangan Pelajar (PPP) UKM di bawah pentadbiran baru pada sesi kali ini yang bersedia mengemukakan 'Garis Panduan Perlaksanaan Kokurikulum Berkredit Berasaskan Kontrak Pembelajaran'.

Garis panduan yang dikeluarkan pertengahan minggu lalu itu dengan jelas menggariskan 8 domain
hasil pembelajaran yang antara lain menyentuh ;
> Kemahiran dan kebertanggungjawaban sosial
> Kemahiran Komunikasi
> Kemahiran Pengurusan Maklumat & Pembelajaran Sepanjang Hayat
> Nilai, Sikap, Etika & Profesionalisme
> Pemikiran Kritikal, Penyelesaian Masalah & Pendekatan Saintifik
> Kepimpinan & Kerja Berpasukan
> Kemahiran Pengurusan dan Keusahawanan
> Kemahiran Kreatif & Inovatif

Menurut garis panduan tersebut, segala perancangan dan persetujuan oleh pelajar adalah melalui kontrak pembelajaran yang berasaskan saling mempercayai (honour).

Fakulti, pusat, institut, kolej dan unit bertindak sebagai pusat pembelajaran dengan menyediakan penyelia yang komited dan berpengalaman. Pusat-pusat ini perlu mengenalpasti kegiatan yang boleh diusahakan oleh pelajar dan menyediakan penyelia.

Menurut garis panduan ini juga, para pelajar boleh menentukan jenis-jenis aktiviti/projek berdasarkan pembelajaran melalui pengalaman, minat dan kecenderungan individu, pembelajaran berasaskan masalah dan isu semasa. Pelajar bertanggunjawab memilih, merancang dan melaksanakan semua aktiviti/projek yang selari dengan hasil pembelajaran yang dicatatkan dalam kontrak pembelajaran serta memilih penyelia dalam atau luar yang sesuai bagi menyelia, memantau dan menilai hasil pembelajaran.

Wartawan GMUKM dalam pada itu mendapatkan komen daripada MPP Wakil Fakulti Pendidikan 1/2, saudara Wan Ahmad Fahmi berkenaan perihal ini.

" Saya mewakili rakan-rakan mahasiswa khususnya daripada tahun satu dan dua ini mengucapkan terima kasih kepada pihak PPP (Pusat Perkembangan Pelajar) yang sudi mendengar keluhan kami di peringkat mahasiswa.

" Kita melihat perubahan yang dilakukan oleh PPP seperti mengadakan sesi perbincangan dengan MPP pada 5 haribulan (Januari) lalu dan perbincangan di Kolej Ibu Zain (bersama pemimpin-pemimpin mahasiswa) jelas menunjukkan kebersediaan pihak pentadbiran pada sesi kali ini melibat kan mahasiswa dalam hal-hal yang penting sebegini.

" Di peringkat kita selaku mahasiswa yang sayangkan UKM, kita menyambut baik dan mengucapkan syabas kepada pihak PPP dan Dr Khaidzir (bin Ismail) yang baru dilantik sebagai Pengarah PPP di atas perubahan-perubahan yang telah dilakukan. Kita mengharapkan lebih banyak perubahan yang positif yang akan berlaku selepas ini, " tambah Fahmi lagi.

Untuk rekod, penubuhan Pusat Perkembangan Pelajar (PPP) bermula dengan tertubuhnya Pusat Pembangunan Mahasiswa (PPM). PPM bermula dengan Dekan pertamanya Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Wahid Samsudin, kemudiannya PM Dr. Aminuddin Mohd Yusof, ketiga Y.Bhg. Prof. Dr. Zaidi dan terakhir Pemangku Pengarah Dr. Jamaludin Hj. Badusah.

Apabila PPP terbentuk Prof. Dato’ Dr. Shaharuddin Ahmad dilantik menjawat Pengarah pertama (bermula pada pertengahan Ogos 2007). Penstrukturan semula PPP bermula akhir tahun 2007. Pada bulan Februari 2008 satu bengkel telah dijalankan yang melibatkan pejabat HEP, bertujuan untuk memantapkan lagi fungsi dan peranan PPP & HEP. PPP dibentuk dengan tiga portfolio yang diletakkan di bawah penyeliaan tiga timbalan pengarah iaitu Akademik Kolej, Kokurikulum dan Persatuan & Pengantarabangsaan manakala HEP distruktur semula menjadi Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel).

Terbaru, mulai sesi 2011 Pusat Perkembangan Pelajar (PPP) diletakkan di bawah portfolio di bawah TNC (Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa) manakala Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) akan dikekalkan di bawah portfolio di bawah TNC (Hal Ehwal Pelajar & Alumni).