PMUKM 2014/2015

Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti

Muhammad Sallehudin Bin Khalid

Presiden PMUKM Sesi 14/15

Universiti Kebangsaan Malaysia Varsiti Tercinta

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Ucapan Tun Abdul Razak

Majlis Konvokesyen Pertama UKM

Sabtu, Disember 24, 2011

MPP GMUKM ucap selamat mengulangkaji

BANGI, 24 Dis - Minggu-minggu terakhir bagi tahun 2011 menjadi saat-saat getir,buat mahasiswa UKM yang bakal menjalani peperiksaan akhir semester 1, 2011-2012 pada awal bulan hadapan.

Presiden Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM, LT M Ahmad Muzzammil Muhd Hairi dalam status terkini beliau di dalam laman sosial Facebook mengucapkan'

Salam mahabbah PMUKM. kepada semua rakan-rakan mahasiswa UKM khususnya dan Malaysia amnya, selamat menempuhi peperiksaan akhir semester 1 2011/12 yang akan kita hadapi pada 3/1/2012 hingga 20/1/2012. Manfaatkan masa minggu study week untuk kita mengulangkaji pelajaran dan membuat latih tubi sebagai persediaan menghadapi peperiksaan. Mintalah restu dari kedua ibu bapa kita moga2 diberikan kekuatan dan semangat dalam menjwab peperiksaan nanti. Teruskan mencapai legasi kecemerlangan di pembukitan ilmu di UKM ini. DOA +USAHA + IKHLAS + TAWAKAL = INSYAALLAH KEJAYAAN DI DUNIA DAN AKHIRAT. "BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI"
Ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar Gabungan Mahasiswa (MPP-GM) masing-masing turut mengemaskini status Facebook mereka dengan ucapan selamat belajar dan mengulangkaji pelajaran buat seluruh mahasiswa UKM yang kini dalam fasa minggu mengulangkaji pelajaran (study week).

Khamis, Disember 22, 2011

Kaedah tuntutan Baucar Buku RM200


Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menjelaskan cara tuntutan baucar buku RM200 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa Pembentangan Bajet 2012 kepada pelajar IPTA, IPTS, Politeknik, Matrikulasi/Asasip Sains dan pelajar Tingkatan 6. 

Kaedahnya adalah seperti berikut:

1. Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS dan politeknik mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D; matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar di tingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200.

2. Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melalui IPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulan Januari 2012. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan.

Respon PMUKM : LPF tidak lagi tapis filem

Khabar terbaru dari dunia seni hiburan agak memeranjatkan apabila berkuatkuasa mulai tahun hadapan, Lembaga Penapis Filem (LPF) tidak lagi berkuasa menapis sesebuah filem sebelum ditayangkan, sebaliknya peranan tersebut akan diserahkan kepada pengarah dan penerbit filem itu sendiri.

Pengumuman terbaru yang disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam muncul selepas mengambil kira pandangan daripada semua pihak yang menjayakan industri perfileman negara.


Masalah tanggungjawab penerbit & pengarah filem
Jelas beliau, jika terdapat masalah berbangkit mengenai sesebuah filem yang ditayangkan, maka penerbit dan pengarah filem berkenaan perlu bertanggungjawab.

"Suka saya tegaskan, mereka perlu bertanggungjawab dengan segala masalah yang timbul ekoran  penerbitan filem mereka. Oleh itu mereka sendiri perlu menilai cita rasa penonton di negara ini.

"Dengan kelulusan cadangan tersebut, saya harap semua pihak mengambil iktibar dan tidak mengunakan kelonggaran tersebut sebagai batu loncatan untuk memasukkan adegan-adegan yang melampau dalam sesebuah filem demi untuk mengaut keuntungan semata-mata," tambah beliau.

Bank Negara perkenal wang kertas, syiling baru

KUALA LUMPUR, 22 Dis - Bank Negara Malaysia (BNM) semalam memperkenalkan satu siri wang kertas dan duit syiling baharu yang akan berada dalam edaran pada separuh kedua 2012.

Wang kertas itu melibatkan denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100 manakala duit syiling itu pula dalam denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.


Duit syiling itu dilancarkan pada 25 Julai 2011 tetapi hanya akan berada dalam edaran Januari ini. Pelancaran wang kertas dan duit syiling itu disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini.

Maklumat lanjut dan contoh gambar matawang ringgit dan syiling-syiling tersebut boleh diperoleh di  laman sesawang Bank Negara Malaysia.

Senarai bawah 30 tahun paling berjaya FORBES diumumkan

NEW YORK 21 Dis. - Pengasas Facebook Mark Zuckerberg; aktivis hak asasi manusia Ronan Farrow; bintang pop Lady Gaga dan Justin Bieber tersenarai sebagai antara individu berusia bawah 30 tahun yang paling berjaya oleh majalah Forbes.

Senarai itu turut membariskan pereka pemasangan foto berskala besar, JR, 28, dan penerbit filem David Ellison yang juga anak lelaki Ketua Pegawai Eksekutif Oracle, Larry Ellison yang membiaya filem True Grit dan World War Z.

"Walaupun ramai yang disenarai merupakan individu dikenali, namun kemunculan pertama pakar sains kelahiran Kanada, Danielle Fong yang menyelesaikan pengajian doktor falsafah di Universiti Princeton pada usia 17 tahun sebelum mengasaskan syarikat tenaga alternatif Lightsail pada usia 20 tahun turut menjadi perhatian," kata Pengarang Eksekutif Forbes, Michael Noer dalam satu kenyataan.

Rabu, Disember 21, 2011

Tahniah kepada 34,271 pelajar PMR 2011

PUTRAJAYA (Bernama) - Seramai 34,271 pelajar daripada 441,137 yang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 mendapat gred A dalam semua mata pelajaran, berbanding 30,863 pada 2010.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud berkata ini merupakan peningkatan 0.75 peratus.

"Pada keseluruhannya, pencapaian calon PMR tahun 2011 dalam 17 mata pelajaran adalah yang terbaik dalam empat tahun berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 2.71 mata," katanya pada sidang media mengumumkan keputusan PMR 2011, di sini hari ini.

Selasa, Disember 20, 2011

GFI : Malaysia kehilangan RM 1.08 trillion (US$338 billion), hasil pengaliran wang haram

Untuk dekad pertama dalam abad ini, Malaysia telah kehilangan RM 1.08 trillion (US$338 billion) dalam pengaliran wang haram yakni, merupakan ke-empat tertinggi di antara negara-negara membangun.

Untukjangka masa 2000-2009, Cina telah kehilangan US 2.74 trillion dalam pengaliran wang haram dan merupakan negara membangun yang menduduki tempat pertama aliran wang haram ini menurut laporan ranking negara yang diterbit.

Mexico menduduki tempat kedua dengan US504 billion dan Russia US501 billion. Negara jiran kita yang terdekat adalah Filipina di tempat ke-13 yang kehilangan IS12 billion.

Pengaliran wang haram dapat dilihat sebagai penanda aras atau petunjuk kepada skala rasuah.

Ahad, Disember 18, 2011

Pertandingan Sejarawan Muda (www.sejarawanmuda.com)


Radio Televisyen Malaysia (RTM) bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah melantik Double U Network Sdn. Bhd untuk menerbitkan rancangan tv berkonsepkan kuiz realiti kenegaraan yang bertemakan sejarah Malaysia. Sejarawan Muda (13 episod x 60 minit) akan diterbitkan untuk siaran di TVi (RTM).

Sejarawan Muda yang dikendalikan oleh seorang hos menawarkan hadiah wang tunai lebih suku juta ringgit (+RM250,000) untuk para peserta dan penonton di rumah yang menyertai rancangan ini.

Penyertaan hanya dibuka kepada warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia. Pemilihan 14 peserta berumur 17-25 tahun akan diadakan di seluruh Malaysia (sila lihat jadual ujibakat peserta) di mana hanya peserta yang berpengetahuan dalam sejarah Malaysia dan memberikan komitmen untuk penyertaan akan dipilih menyertai Sejarawan Muda.

Baucer sah sehingga 31 Mac 2012, kata DS Khaled

Putrajaya, 17 Dis : Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengumumkan kesemua pelajar warga Malaysia yang aktif dan berdaftar dalam tempoh Januari hingga Mac tahun depan di institusi pengajian awam dan swasta (IPTA/S), politeknik, matrikulasi/asasi mahu pun di peringkat pengajian persediaan, bakal layak menerima baucar buku bernilai RM200 seperti yang diumumkan dalam Bajet 2012.

Pengumuman ini bagaimanapun tertakluk kepada syarat pelajar tersebut mendaftarkan diri dan berstatus aktif di pusat pengajian masing-masing sebelum hujung Mac 2012.


Jumaat, Disember 16, 2011

KOSISWA UKM Bhd : Koperasi Usahawan Siswa UKM


Apa itu KOSISWA?

Koperasi Usahawan Siswa UKM Berhad (KOSISWA UKM) merupakan koperasi pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia yang baru sahaja ditubuhkan pada bulan Ogos 2011.

Matlamat utama penubuhan koperasi ini adalah untuk memberi pendedahan keusahawanan kepada pelajar-pelajar UKM. Selain itu, koperasi ini juga berperanan memberi perkhidmatan dan menjaga kebajikan setiap anggota yang berdaftar di bawah koperasi ini.


Siapa yang boleh menjadi anggota?
  • Semua pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (Warganegara Malaysia).
  • Kakitangan dan Felo Pusat Pembangunan Usahawan dan Enterprise Kecil Sederhana (EKS)
  • Alumni UKM yang menjalankan perniagaan.

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Jawatankuasa Gerakan Mahasiswa Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) bersetuju untuk meletakkan dua prinsip utama yang menjadi asas kepada gerakan kebebasan akademik, iaitu :

1. Bahawa ahli akademik, sama ada di dalam atau di luar bilik kuliah, memiliki kuasa yang tidak terbatas untuk mempersoal, menguji idea dan mengeluarkan kenyataan kontroversi dan tidak popular tanpa mengira sama ada pendapat tersebut bercanggah atau tidak dengan pendapat umum

2. Institusi akademik tidak berhak untuk mengekang kebebasan akademik dalam kalangan kakitangan universiti atau menggunakan praktis kebebasan akademik sebagai sebab untuk mengenakan tindakan tatatertib

Khamis, Disember 15, 2011

KPT diminta pertimbangkan SYARAT ELAUN PENGAJIAN PELAJAR OKU :



Pada 9 Disember 2011,  saudara Mohd Abdullah bin Mohamed Yusoff selaku Presiden Kelab Mahasiswa Istimewa UKM merangkap Timbalan Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia ( PMUKM ) telah pergi ke Kementerian Pengajian Tinggi ( KPT ) bagi menyerahkan satu kertas kerja lengkap bagi memohon pertimbangan KPT untuk meminda syarat yang diberikan terhadap pemberian elaun pengajian sebanyak RM700 kepada pelajar bekeperluan Khas di IPT.

Kertas Kerja ini telah dihantar di bangunan baru KPT dan diserahkan kepada Ketua Pegawai Unit Biasiswa, Bahagian Biasiswa Kementerian Pengajian Tinggi ( KPT ).

Sebelum ini saudara Mohd Abdullah pernah menulis di dada akhbar tentang ketidakrelevanan syarat yang dikenakan kepada OKU bagi melayakkan mereka menerima elaun pengajian sebanyak RM700 pada setiap sem. 

Syarat yang dikenakan ialah Pelajar OKU yang menerima biasiswa atas dasar kurang upayanya tidak layak menerima bantuan kewangan ini. Walau bagaimanapun, pelajar OKU yang menerima pinjaman pelajaran atau biasiswa atas merit akademik layak menerima elemen wang saku sahaja (Elaun pengajian tidak layak diterima).

Program Pembangunan Keusahawanan & Kerjaya 2011 (PPKK'11)

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) akan menganjurkan Program Pembangunan Keusahawanan & Kerjaya 2011 (PPKK'11) dengan kerjasama Pusat Pembangunan Keusahawanan & EKS UKM (UKM-CESMED)

Program keusahawanan di bawah Biro Keusahawanan dan Kerjaya, PMUKM ini bakal berlangsung;
Tarikh: 16-18 Disember 2011
Tempat: Kem Mega Crystal, Kuala Selangor

Objektif program berbentuk praktikal ini diadakan untuk memupukkan semangat berdikari dan keusahawanan dalam kalangan mahasiswa serta memberi galakan untuk bekerja sendiri dan seterusnya menjadi usahawan yang berjaya.

Makluman : Laman sesawang SPI & SLAI


1. Sistem Pembangunan Insaniah (SPI)

Dimaklumkan bahawa pihak Universiti telah membangunkan Sistem Pembangunan Insaniah (SPI) untuk pelaksanaan kursus Kokurikulum Berkredit Berasaskan Kontrak Pembelajaran HHHC 9118 – Pembangunan Insaniah. Sehubungan itu, semua proses pelaksanaan Kokurikulum Berkredit Berasaskan Kontrak Pembelajaran hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui http://smp.ukm.my/spi mulai 1 Januari 2012.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Akreditasi Pembelajaran (PAP), UKM di talian (603) 8921 3147

Sebarang masalah untuk bantuan teknikal dan pertanyaan serta aduan ke; spi@ukm.my

2. Sistem Latihan/Amali Industri (SLAI)

Dimaklumkan juga pihak Universiti telah membangunkan Sistem Latihan/Amali Industri (SLAI) untuk kegunaan para pelajar yang bakal menjalani Latihan/Amali Industri. Sila layari http://smp.ukm.my/slai/ untuk memohon tempat/agensi Latihan/Amali Industri.

Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan penyelaras Latihan/Amali Industri fakulti masing-masing.


*Sebarang aduan ICT boleh dirujuk di http://www.ukm.my/sai/

MPP Siswazah ke KPT, pohon penjelasan kelewatan Biasiswa MyBrain

PUTRAJAYA - Berikutan terdapat aduan berkaitan kelewatan penerimaan Biasiswa MyBrain, MPP siswazah UKM, Saudara Mohd Arif bin Misrol telah pergi ke Unit Biasiswa KPT untuk mendapatkan penjelasan tentang perkara tersebut.

Bertempat di Pejabat KPT, Presint 5, Putrajaya, pihak KPT diwakili oleh Cik Ezzatul dan Cik Fiza, sebagai pegawai atau individu yang bertanggungjawab terhadap pengurusan Biasiswa MyBrain. 



Rabu, Disember 14, 2011

Tukar baucer RM 200 di Kedai Buku UNIKEB Pusanika

Respon berkenaan bantuan baucer RM 200.00 seperti yang dimaklumkan minggu lalu di blog ini, dengan ini dimaklumkan bahawa Kedai Buku Universiti, KOPERASI UNIKEB BERHAD bersedia menerima penukaran baucer RM 200.00 kepada semua pelajar.

Penukaran tersebut boleh dilakukan bermula pada Januari 2012.

Dimaklumkan juga, pelajar-pelajar boleh membuat pesanan buku-buku yang digunakan terus kepada pihak UNIKEB di;


Tempat : KEDAI BUKU UNIVERSITI, PUSANIKA.
Masa : 8.30 pagi - 5.45 petang

Sebarang pertanyaan sila hubungi : PN HUDA (Pengurus), PN AIRIN & EN ZAIDI (Eksekutif) ditalian 03-8921 4040.

(ewarga/bul/bil.14122011-71)

Tawaran projek kesenian di bawah URUSETIA ARTISUKMA

Sukacitanya Persatuan/URUSETIA ARTISUKMA JPPel ingin menawarkan kepada semua pelajar UKM untuk menyertai projek-projek kesenian di bawah program aktiviti kesenian berkredit berasaskan Kontrak Pembelajaran bagi tahun 2012. 

Maklumat lanjut berkenaan projek tersebut boleh dirujuk di capaian berikut.

Kiamat 2012 - Satu Permainan ?

Petikan dari Facebook saudari Noriah binti Abdul Rahman, Timbalan Pengerusi Biro Akademik & Keintelektualan PMUKM;

-Tarikh 21 Dis 2012 berasal dari pengiraan kalendar Kaum Maya yang menafsirkan hitungan akhir era keempat berakhir pada pengiraan 13 Baktun Cycle : 13 Baktuns = 25,627 tahun . Merujuk kepada ilmu astronomi angka ini bertepatan dengan satu fenomena pusingan galaktik yang akan menemukan titik sistem solar (matahari) dengan titik pusat Galaksi yang digelar sebagai fenomena Jajaran Galaktik (Galactic Alignment yang hanya berlaku sekali dalam tempoh 25,627 tahun.

[KEMASKINI] 'Suara Kampus 5 membanggakan'

Biarpun dikhabarkan terdapat satu lagi program mega yang dianjurkan di IZISH, kehadiran melebihi 1000 orang ke program Suara Kampus V semalam yang bertajuk Kiamat 2012 - Sejauhmana Kebenarannya ? ternyata mengagumkan.

Program bersiri tersebut juga merupakan buah tangan terakhir daripada Biro Akademik & Keintelektualan sebelum melabuhkan penggal sesi semester ini.

Siri terakhir Suara Kampus malam ini telah menampilkan pengacara Ustaz Fauzi Mustaffa yang terkenal di Al-Kuliyyah (TV3) dan ahli-ahli panel; Tuan Khalid bin Yahaya (penulis buku 'Konspirasi Galaktik 2012') dan Muhamad Syaari Abdul Rahman, motivator Ibrah Paradigm (IP) Traning & Consultancy.

Turut menyerikan majlis adalah persembahan nasyid dari Kumpulan Destiny.

Moderator Suara Kampus 5 - Ustaz Fauzi Mustaffa

Selasa, Disember 13, 2011

Suara Kampus V : Kiamat 2012 - Sejauhmana Kebenarannya ?


Draf Pindaan AUKU dijangka dibentang Mac tahun depan

KUALA LUMPUR: Draf pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971 dijangka dibentangkan di Parlimen pada Mac tahun depan, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata kementerian, melalui Jawatankuasa Pindaan AUKU, akan mendapatkan pandangan menyeluruh daripada pihak universiti berhubung cadangan pindaan kepada Seksyen 15 AUKU 1971 itu sebelum draf tersebut disiapkan sebelum akhir bulan depan.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata jawatankuasa ini bertujuan mendapatkan pandangan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan akan melihat Auku secara keseluruhan berikutan cadangan meminda Seksyen 15 bagi memastikan seksyen lain di dalam Auku adalah selari dengan cadangan pindaan.

Langkah itu, katanya, bagi memastikan pindaan Auku adalah selaras dengan peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya Perkara 10 mengenai hak-hak bersuara, berpersatuan dan berkumpulan secara aman.

Isnin, Disember 12, 2011

Daulat Tuanku !

KUALA LUMPUR: Keberangkatan pulang Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Nur Zahirah pada akhir tempoh perkhidmatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 pagi ini, berlangsung dengan penuh istiadat diraja.
Gambar Majlis Menjunjung Kasih Tuanku yang berlangsung semalam.
Tuanku Mizan yang ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 pada 26 April 2007 untuk tempoh lima tahun, berangkat meninggalkan Istana Negara pada pukul 11 pagi.

NewsPortal : Pendidikan Negara Perlu Revolusi

*Berita ditulis di Portal Berita UKM oleh Shahfizal Musa


BANGI - Keseluruhan sistem pendidikan dalam negara yang terlalu beorientasikan peperiksaan perlu mengalami suatu revolusi demi memupuk perkembangan bakat dalam usaha membangunkan modal insan secara berkesan.

Felo Utama Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Prof Emeritus Dato’ Dr Abdul Rahman Embong berkata orientasi pelajaran yang wujud dalam negara sekarang menjadi penghalang perkembangan bakat selain menyebabkan keciciran pelajar.

Prof Abdul Rahman mengalu-alukan pengumuman kerajaan baru-baru ini untuk mengkaji semula secara menyeluruh sistem, dasar dan kurikulum pendidikan bagi memulihkannya supaya tidak lagi berorientasikan peperiksaan.

Rencana Khas : Sultan Kedah YDP Agong Malaysia ke-14. Daulat Tuanku!

Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya pada 14 Oktober lalu telah bersetuju mengisytihar Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru berkuatkuasa pada 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun.

Sultan Kelantan Sultan Muhammad V pula dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh yang sama, demiikian menurut kenyataan akhbar dari Jabatan Perdana Menteri.

Ini adalah kali kedua Sultan Abdul Halim dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong. Kali pertama baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong adalah pada 21 Sept 1970  dan berakhir 20 Sept 1975.

Ahad, Disember 11, 2011

Rencana Khas : Lima tahun Malaysia aman dan makmur

Sumber : Utusan Online


HARI ini merupakan hari terakhir Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong ke-13, Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, memegang takhta.

Seri Paduka bakal digantikan oleh Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.

Mengikut sistem penggiliran yang berlangsung setiap lima tahun dan diamalkan sejak merdeka, Seri Paduka telah dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong pada 13 Disember 2006.

Seri Paduka menggantikan Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail yang menaiki takhta pada 13 Disember 2001.

Menteri KPT respon baucer buku RM 200

Kuala Lumpur, 10 Dis : Kementerian Pengajian Tinggi semalam memaklumkan pelaksanaan pemberian baucar buku bernilai RM200 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa Pembentangan Bajet 2012 lalu.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Khaled Nordin, pemberian baucer berkenaan hanya layak kepada pelajar IPTA, IPTS, Politeknik, Matrikulasi/Asasi Sains dan pelajar Tingkatan 6.

“Pemberian itu layak kepada semua pelajar warganegara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS dan Politeknik mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D.

“Selain itu, pelajar matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar di Tingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 juga layak mendapat baucar buku bernilai RM200.”

Orang ramai saksikan fenomena gerhana bulan semalam

KUALA LUMPUR, 10 Dis – Orang ramai berpeluang menyaksikan keunikan gerhana bulan malam tadi dan beberapa tempat menjadi tumpuan termasuk Masjid Negara dan Planetarium Negara di sini.

Berikutan fenomena menakjubkan itu, kira-kira 2,000 umat Islam menunaikan solat sunat gerhana bulan selepas solat Isyak di Masjid Negara.

Gerhana bulan penuh yang dirakam di Johor Bahru, malam tadi

Sabtu, Disember 10, 2011

Gerhana Bulan Penuh 10 Disember 2011

Assalamu'alaikum wbt.

hari ini akan berlaku lagi untuk kali keduanya kejadian Fenomena Gerhana Bulan Penuh 10.12.2011 pada sekitar pukul 10.05 malam sehingga 10.57 malam, ianya berlangsung lebih kurang selama 48 minit.

Terdahulu pada pertama kali fenomena ini pada tahun ini berlaku iaitu pada 16.6.2011 pada pukul 1.25 pagi sehingga pukul 6.59 pagi.

Simulasi Gerhana Bulan Penuh 10 Disember 2011

Jumaat, Disember 09, 2011

BERITA : Mahasiswa bakal peroleh baucer buku RM200 tahun hadapan

PENGUMUMAN : Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) sudah mendapatkan maklum balas daripada pihak Jabatan Bendahari berkenaan baucer buku RM 200 ini. Taklimat penerangan sedang dirangka dan disusun oleh Jabatan Bendahari dengan kerjasama PMUKM. Insyallah sebelum cuti semester, maklumat berkenaan baucer buku RM 200 tersebut akan dimaklumkan dengan segera kepada rakan-rakan. Harap maklum. Terima kasih.

 - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

MPM Idrul depani isu Guarantee Letter (Surat Jaminan Pelajar)


Tahniah dan syabas kepada MPP Mohamad Idrul dalam melaksankan manifestonya iaitu memperhalusi sistem Surat Jaminan Pelajar atau Guarantee Letter, GL. Isu ini telah berjaya diperbincangkan di peringkat kedekanan Fakulti Perubatan, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ketika ditemui saudara Mohamad Idrul menegaskan bahawa sistem GL ini seharusnya diperbaiki bagi mempermudahkan semua pihak dan mengurangkan birokrasi.

"Alhamdulillah, perkara ini kita telah bincangkan bersama dengan Dekan & Pengarah Fakulti Perubatan Prof Dato' Dr. Raymond Azman Ali semasa lawatan PMUKM ke Fakulti Perubatan. Sambutan dari pihak pentadbiran sangat memberangsangkan dan di peringkat mereka sendiri akan memperhalusi semula sistem ini supaya tidak membebankan pelajar.

KPT tetap Meja Bulat 17 Dis bincang isu pindaan AUKU

Kuala Lumpur, 8 Dis : Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju menganjurkan sidang mesyuarat meja bulat mengenai pindaan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti atau singkatannya AUKU, Sabtu minggu hadapan, 17 Disember di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata, hasil resolusi daripada mesyuarat yang bakal dihadiri wakil persatuan utama pelajar, Majlis Profesor Negara, badan-badan bukan kerajaan (NGO), wakil dari parti politik dan Majlis Peguam, akan diambil perhatian yang serius dan dibawa kepada anggota jawatankuasa yang akan meminda AUKU.

Jelas beliau lagi, mesyuarat meja bulat itu diharapkan bakal menjadi platform paling sesuai dan relevan kepada para peserta untuk memberi pandangan, cadangan dan maklumbalas mengenai isu akta tersebut yang kini semakin hangat dibincangkan di mana-mana.

Khamis, Disember 08, 2011

Analisa isu lambakan pelajar asing

Pelajar asing di UKM - Sekadar gambar hiasan
Dewan Rakyat dimaklumkan kemasukan pelajar-pelajar asing ke Malaysia sehingga 31 Disember tahun lalu mencecah hampir 80,700 pelajar asing dari lebih 150 buah negara. Daripada jumlah itu 22,400 menuntut di instituti pengajian tinggi awam manakala bakinya, 58 300 di institusi pengajian tinggi swasta.

“Ini bermakna, Kementerian Pengajian Tinggi berjaya mendahului sasaran 80,000 pelajar antarabangsa menjelang tahun 2010. Data yang diperolehi daripada Kementerian Pelajaran Malaysia menunjukkan bahawa bilangan pengambilan pelajar antarabangsa di 51 sekolah antarabangsa di seluruh negara ialah hampir 16,600 orang,” ujar Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dr Hou Kok Chung yang dipetik Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) ketika memberitahu Dewan Rakyat 30 Mac yang lalu.

Pihak JPP jawab isu air

Sumber : MPM Ezuan

Bangi, 7 Dis - Keseriusan PMUKM dalam memperjuangkan isu air akhirnya telah membawa kepada satu pertemuan antara PMUKM dengan Pengarah Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP), Prof Madya Ir. Dr. Abd Khalim Abd Rashid. PMUKM yang diwakili oleh Mohamad Ezuan Bin Mohd Saad selaku Setiausaha Agung telah mendapatkan penjelasan ekoran daripada masalah air di beberapa buah kolej sejak beberapa minggu yang lalu.

Menurut Pengarah JPP, UKM terpaksa menggunapakai 'double billing' iaitu dua punca sistem air untuk menampung bekalan air dalam kampus UKM Bangi. Sistem dua punca air ini amat perlu bagi menampung penawaran dan permintaan (supply & demand) warga UKM yang semakin meningkat.

Rabu, Disember 07, 2011

Bengkel Kerjaya PMUKM



Terkini !

Sebuah Bengkel Kerjaya bakal diadakan sempena Program Pembangunan Keusahawanan & Kerjaya 2011 anjuran Biro Ekonomi dan Keusahawanan PMUKM pada;

Tarikh : 10 Disember 2011 (Sabtu)
Masa : 8 pagi - 5 petang
Tempat : Auditorium Siswa, UKM Bangi

Penceramah yang dijemput khas hadir ialah Encik Zuhairul Zabri bin Hashim merupakan seorang ahli perunding seminar pembangunan yang terkenal.

Hubungi Akma di talian 017-4315814 untuk urusan pertanyaan dan pendaftaran.

Masuk adalah percuma !

Isi kandungan Memorandum Isu Keselamatan 06/12/2011

Muka surat 1
 Muka surat 2

 
Muka surat 3


 Muka surat 4
 

  Muka surat 5

Selasa, Disember 06, 2011

[MEMO PENTING] Isu Air : Pohon sokongan rakan-rakan !



Jom beramai-ramai 'LIKE' pages "Pmukm bersama mahasiswa tuntut isu air di UKM segera diselesaikan"  ini sebagai tanda bukti keseriusan isu ini perlu segera diselesaikan tanpa sebarang kompromi lagi!


BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI

SPS beraksi di peringkat nasional

KUALA LUMPUR - Baru-baru ini, pada 2 hingga 4 Disember 2011 telah diadakan Festival Mahasiswi Nasional (FEMINA) kali ke 2 di Universiti Malaya. Antara universiti lain yang turut serta dalam program khas siswi ini adalah seperti UPSI, UUM, UTM, UiTM, USIM, UTP dan UniKL-Micet. 

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) juga tidak ketinggalan untuk menghantar wakil yang terdiri daripada dua orang MPP Siswi PMUKM iaitu Saudari Muslimah Marsi selaku Naib Presiden II PMUKM dan juga MPP Noraini Jumahir selaku Pengerusi Biro Perpaduan & Kemasyarakatan PMUKM. UKM juga turut menghantar beberapa wakil siswi lain antaranya saudari Siti Hajar Yussof, saudari Aida Tokachil dan saudari Noraini Masri bagi merealisasikan agenda membangunkan potensi siswi.

Pelbagai program telah dijalankan sepanjang Festival Mahasiswi Nasional (FEMINA) ini diadakan seperti forum "Manisnya menjadi Seorang wanita", Perbincangan mahasiswi berkaitan "Pendidikan Kesihatan Reproduktif", Ceramah "How to make you Beautiful" dan juga forum "Dua Dunia: Serupa tapi tidak Sama" yang menampilkan pelbagai tetamu jemputan yang hebat-hebat seperti Ustazah Asni, artis Wardina Safiyyah dan Farah Deeba, Pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) Fedtri Yahya, Imam Muda Hizbur, Hajjah Raja Mazian dan ramai lagi. 


Selain itu, aktiviti khidmat masyarakat turut diadakan di 3 buah tempat yang berbeza iaitu rumah warga emas, rumah anak-anak yatim dan rumah orang kurang upaya (OKU) bagi melahirkan siswi yang prihatin di samping membentuk kredibiliti siswi dalam mengendalikan masyarakat dan memberi sumbangan tenaga serta masa kepada insan yang memerlukan.

Isnin, Disember 05, 2011

e-Aduan : Medium pusat aduan mahasiswa

Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) melancarkan Borang Aduan dalam-talian (online) atau ringkasnya e-Aduan untuk memberi rakan-rakan mahasiswa peluang menyampaikan sebarang aduan terus kepada PMUKM.
e-Aduan yang ditubuhkan oleh Biro Informasi & Penerangan dengan kerjasama Biro Kebajikan & Aduan PMUKM bertujuan untuk mengumpul segala aduan daripada rakan-rakan mahasiswa yang mengalami sebarang masalah semasa berada di dalam kampus UKM induk Bangi, Cheras mahupun Kuala Lumpur. 

Di samping itu, fungsi lain e-Aduan ini juga bertujuan menyelaraskan beberapa aduan yang didapati bertindih sebelum ini.

Borang e-Aduan ini boleh dilayari di capaian berikut.

Konvensyen Mahasiswa Pendidikan Kebangsaan 2011 Satukan Mahasiswa Pendidikan

Pada 2–4 Disember 2011 telah mencipta sejarah baru dunia pendidikan Malaysia dengan berlangsungnya Konvensyen Mahasiswa Pendidikan Kebangsaan bertempat di Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh Universiti Kebangsaan Malaysia. Konvensyen ini telah dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Fakulti Pendidikan UKM (PENDIDIK).

Peserta Konvesyen ini disertai seramai 200 orang mahasiswa Fakulti Pendidikan Universiti di seluruh Malaysia yang terdiri dari kampus UPSI, UPM, UIAM, UNISZA, USM, UUM, UTM dan UTHM. Konvenyen ini berlangsung selama 3 hari 2 Malam. Dengan bertemakan “Guru Berkualiti Asas Pendidikan yang Unggul. Konvensyen ini adalah hasil cetusan daripada mesyuarat Pra-Konvenyen pada 23 Oktober 2011 di Universiti Kebangsaan Malaysia serta menubuhkan Gabungan Mahasiswa Pendidik Kebangsaan (GMPK) yang berperanan memperjuangkan mahasiswa pendidikan seluruh Malaysia di Pengerusikan oleh Saudara Mohd Abdullah bin Mohamed Yusoff

Hasil daripada konvensyen ini, lima resolusi telah dipersetujui dan dihasil iaitu 1.Mengembalikan Jaminan Penempatan Guru Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) 2. Membuka Peluang Memohon Biasiswa Kepada Semua Pemengang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.3) Kepimpinan Baru Tidak Mengubah Dasar Yang Sedia Ada Tanpa Melihat Dan Mengambil Pandangan Pendidik 4) Pemerkasaan Bakal Guru dan 5)Mansuhkan Guru Sandaran Tidak Terlatih/Kursus Perguruan Lepasan Ijazah/Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah.

Menurut Pengerusi GMPK, Saudara Mohd Abdullah Bin Mohamed Yusoff, “Konvensyen Mahasiswa Pendidikan Kebangsaan pada tahun hadapan akan diteruskan memandangkan konvesyen pertama ini berjaya menyatukan semua mahasiswa kampus.”

“Setelah mendapat kata sepakat semua wakil mahasiswa setiap kampus, kita bersetuju akan meneruskan konvesyen mahasiswa pendidikan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) selaku tuan rumah”.
Menurut Ketua Pengarah Konvensyen Mahasiswa Pendidikan Kebangsaan, Saudari Nurhidayah Juhari, “ (konvesyen) kali ini dianggap berjaya, mencapai objektif untuk mengumpulkan mahasiswa pendidikan dari seluruh Institut Pengajian Tinggi”.

“Sepanjang konvensyen, banyak isu pendidikan yang di kupas, pembentangan kertas kerja daripada wakil universiti, forum Dilema Guru Novis dan Forum Dasar Baru Pendidikan Negara berjaya memberikan pengetahuan dan ilmu kepada seluruh para peserta konvensyen.”

Diharapkan konvensyen ini akan menjadi titik permulaan kerjasama antara mahasiswa pendidikan seluruh negara.

[PENGUMUMAN] Salurkan aduan anda !

Perhatian kepada rakan-rakan mahasiswa UKM yang dihormati.

Untuk memudahkan urusan rakan-rakan mahasiswa menyalurkan aduan-aduan berkenaan kemudahan awam di UKM, dengan ini kami lampirkan capaian ('link') untuk rakan-rakan membuat aduan secara terus.

- Aduan UKM-Jaring WiFi: http://www.jaring.my/ukm/index.cfm?cont=wifi_feedback
- Aduan Kerosakan (JPP)*: http://www.ukm.my/sak/sak02Aduan.cfm 
*Aduan boleh dilakukan oleh kakitangan UKM sahaja
    Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) juga menyediakan Borang Aduan Kebajikan secara-talian (online) bagi sesiapa yang tidak berkesempatan bertemu dengan mana-mana MPP. Borang aduan tersebut boleh didapati di capaian berikut.

    Ahad, Disember 04, 2011

    Santai Bersama MPP FEP GMUKM Siri Kedua

    Program santai Bersama MPP GMUKM FEP siri kedua diteruskan lagi pada hari Ahad, 4 Disember yang lalu. 

    Pembawakan program santai kali ini lebih bercorak santai dan rekreasi pada hujung minggu. Aktiviti program berlangsung di Taman Paku-Pakis bagi slot rekreasi dan di Teres Ekoniaga untuk sesi bersantai bersama MPP.

    Untuk makluman, program ini adalah lanjutan daripada program santai siri pertama bersama MPP FEP GMUKM yang membawakan objektif mendekati mahasiswa Fakulti Ekonomi & Pengurusan (FEP)

    Program 1 - Kembara ke Taman Paku-Pakis
    Aktiviti hujung minggu ini bermula pada pukul 8.30 pagi dengan sedikit taklimat program daripada saudara Ahmad Muzzammil bin Muhd Hairi selaku MPP Fakulti Kerusi 3/4.

    Seterusnya, ia diteruskan dengan kembara ke Taman Paku Pakis, Fakulti Sains & Teknologi (FST) yang terletak berhampiran FEP. Kembara ini lebih kepada penghayatan para peserta menghayati keindahan alam fauna dan flora yang terdapat di dalam UKM.

    YB Dr Mohd Puad Zarkashi rasmi majlis penutupan Konvensyen petang ini

    Bangi, 4 Dis. - Sebentar tadi telah selesai forum bertajuk 'Dasar Baru Pendidikan Negara' yang dihadiri YBhg Prof Dr Morshidi bin Sirat (Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, KPTM) dan Dr Khair bin Mohamad Yusof (Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran - Sektor Dasar & Pembangunan Pendidikan, KPM).

    Majlis forum tersebut merupakan slot yang terakhir sebelum program majlis penutup yang bakal dirasmikan oleh YB Dr Mohd Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada pukul 2.00 petang nanti.

    Program mega anjuran Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Fakulti Pendidikan UKM (PENDIDIK) ini bakal berakhir dengan penyerahan resolusi para peserta seramai lebih 200 orang ini.

    Untuk rekod, Konvensyen Mahasiswa Pendidikan Kebangsaan 2011 ini telah berlangsung dari 2 Disember lalu dan bakal berakhir petang ini dengan dihadiri lebih 10 buah kampus termasuk daripada kampus Lembah Klang dan dari utara (USM dan UUM) serta UniSZA untuk membincangkan isu-isu pendidikan.

    Jom ramaikan majlis di DK43.101 KTAMS


    GURU BERKUALITI ASAS PENDIDIKAN YANG UNGGUL

    Sabtu, Disember 03, 2011

    [VIDEOs] Floods hit Kajang 02 Dec. 2011


    Roads in Kajang sealed tonight
    KAJANG, Dec 3 - Several roads will be closed tonight to enable Kajang Municipal Council workers to clean up the town following last night’s flash flood.

    They will be assisted by about 100 volunteers, said Kajang assemblyman Lee Kim Sin.

    Yesterday, council workers were busy clearing the streets of river sediment late into the night using heavy machinery.

    A three-hour-long downpour from about 3pm yesterday flooded the town.

    Program kemuncak KONVENSYEN PENDIDIKAN malam ini



    Forum : Dilema Bakal Guru 

    Panel 1 : Prof Dr Lilia Halim (Dekan Fakulti Pendidikan UKM)
    Panel 2 : En. Kuna Cegeram a/l Tanimala (NUTP)
    Panel 3 : Mohd Fadhil Mohd Hasbi Tan (Guru Novis)

    Moderator : Khairon Najah Abdul Karim (TESL/3 FPEND)