Isnin, Disember 05, 2011

e-Aduan : Medium pusat aduan mahasiswa

Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) melancarkan Borang Aduan dalam-talian (online) atau ringkasnya e-Aduan untuk memberi rakan-rakan mahasiswa peluang menyampaikan sebarang aduan terus kepada PMUKM.

e-Aduan yang ditubuhkan oleh Biro Informasi & Penerangan dengan kerjasama Biro Kebajikan & Aduan PMUKM bertujuan untuk mengumpul segala aduan daripada rakan-rakan mahasiswa yang mengalami sebarang masalah semasa berada di dalam kampus UKM induk Bangi, Cheras mahupun Kuala Lumpur. 

Di samping itu, fungsi lain e-Aduan ini juga bertujuan menyelaraskan beberapa aduan yang didapati bertindih sebelum ini.

Borang e-Aduan ini boleh dilayari di capaian berikut.
Borang aduan ini biarpun kelihatan ringkas, tetapi dijamin akan diberi perhatian yang serius oleh PMUKM khususnya di peringkat Majlis Tertinggi dan Biro Kebajikan dan Aduan.

Justeru itu, diharapkan rakan-rakan akan memberikan kerjasama, membantu dan terus menyokong kepimpinan Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) yang menerajui PMUKM sesi kali ini.


BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI