Isnin, Disember 05, 2011

Konvensyen Mahasiswa Pendidikan Kebangsaan 2011 Satukan Mahasiswa Pendidikan

Pada 2–4 Disember 2011 telah mencipta sejarah baru dunia pendidikan Malaysia dengan berlangsungnya Konvensyen Mahasiswa Pendidikan Kebangsaan bertempat di Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh Universiti Kebangsaan Malaysia. Konvensyen ini telah dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Fakulti Pendidikan UKM (PENDIDIK).

Peserta Konvesyen ini disertai seramai 200 orang mahasiswa Fakulti Pendidikan Universiti di seluruh Malaysia yang terdiri dari kampus UPSI, UPM, UIAM, UNISZA, USM, UUM, UTM dan UTHM. Konvenyen ini berlangsung selama 3 hari 2 Malam. Dengan bertemakan “Guru Berkualiti Asas Pendidikan yang Unggul. Konvensyen ini adalah hasil cetusan daripada mesyuarat Pra-Konvenyen pada 23 Oktober 2011 di Universiti Kebangsaan Malaysia serta menubuhkan Gabungan Mahasiswa Pendidik Kebangsaan (GMPK) yang berperanan memperjuangkan mahasiswa pendidikan seluruh Malaysia di Pengerusikan oleh Saudara Mohd Abdullah bin Mohamed Yusoff

Hasil daripada konvensyen ini, lima resolusi telah dipersetujui dan dihasil iaitu 1.Mengembalikan Jaminan Penempatan Guru Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) 2. Membuka Peluang Memohon Biasiswa Kepada Semua Pemengang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.3) Kepimpinan Baru Tidak Mengubah Dasar Yang Sedia Ada Tanpa Melihat Dan Mengambil Pandangan Pendidik 4) Pemerkasaan Bakal Guru dan 5)Mansuhkan Guru Sandaran Tidak Terlatih/Kursus Perguruan Lepasan Ijazah/Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah.

Menurut Pengerusi GMPK, Saudara Mohd Abdullah Bin Mohamed Yusoff, “Konvensyen Mahasiswa Pendidikan Kebangsaan pada tahun hadapan akan diteruskan memandangkan konvesyen pertama ini berjaya menyatukan semua mahasiswa kampus.”

“Setelah mendapat kata sepakat semua wakil mahasiswa setiap kampus, kita bersetuju akan meneruskan konvesyen mahasiswa pendidikan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) selaku tuan rumah”.
Menurut Ketua Pengarah Konvensyen Mahasiswa Pendidikan Kebangsaan, Saudari Nurhidayah Juhari, “ (konvesyen) kali ini dianggap berjaya, mencapai objektif untuk mengumpulkan mahasiswa pendidikan dari seluruh Institut Pengajian Tinggi”.

“Sepanjang konvensyen, banyak isu pendidikan yang di kupas, pembentangan kertas kerja daripada wakil universiti, forum Dilema Guru Novis dan Forum Dasar Baru Pendidikan Negara berjaya memberikan pengetahuan dan ilmu kepada seluruh para peserta konvensyen.”

Diharapkan konvensyen ini akan menjadi titik permulaan kerjasama antara mahasiswa pendidikan seluruh negara.