Sukacita dimaklumkan The Asia Foundation
(TAF) mempelawa para pelajar yang telah berjaya menerima tempat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk melanjutkan pelajaran
dalam bidang Kejuruteraan Elektrik, Elektronik atau Fizik untuk memohon pembiayaan
biasiswa ini dibawah program “Star Student Scholarship Program”.
Keutamaan pemilihan calon bagi biasiswa
ini akan diberikan kepada calon berpendapatan rendah dan telah diterima
masuk ke UKM. Calon yang terpilih perlu menunjukkan pencapaian
serta prestasi akademik dan komitmen kepada akademik dan
ko-korikulum di universiti. Pemilihan akan dibuat berdasarkan
kriteria berikut:
Senarai Semak Kriteria
|
Sila tanda (√ ) jika bertepatan
|
Semua calon adalah dalam tahun KEDUA di UM atau UKM
dalam bidang Kejuruteraan Elektrik, Elektronik atau Fizik
|
|
Semua calon hendaklah berada dalam pengajian dari tahun 2011 – 2014 dalam
kursus yang ditetapkan
|
|
Calon mesti membuktikan kemampuan kewangan persendirian/keluarga yang
tidak melebihi RM2500 sebulan
|
|
Calon yang memiliki keputusan terbaik dari tahun pertama akan diberi
keutamaan dalam proses pemilihan
|
|
Calon boleh menerima pinjaman dari PTPTN
|
|
Disertakan bersama ini softcopy borang permohonan yang perlu dikembalikan kepada pihak kami dengan
menghantar emel kepada rawlins@ukm.my sebelum 27 November 2012 . (klik di sini)
Sumber : Penolong Pendaftar, Pejabat Hubungan Industri, HEJIM
AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI