Penyampaian cenderamata kepada En.Roslan, Ketua Unit Kebajikan JPPeL |
Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera.
1. Setelah isu kelewatan kemasukan biasiswa JPA berlegar
hampir 2 bulan lamanya, semalam, 28 November 2012 (rabu) telah pun berlalu sesi
dialog kebajikan JPA bersama mahasiswa/i di Auditorium PPUKM dengan jayanya.
Di peringkat MPP dan PERSIAP amat berpuas hati dengan perjalanan sesi
dialog 2 hala yang dikira efektif dan tercapai objektifnya. Antaranya :
· Penerangan lebih jelas berhubung sebab dan faktor kelewatan kemasukan biasiswa
JPA.
· Langkah mengatasi dan keputusan rasmi tarikh kemasukan biasiswa iaitu pada
29 November 2012 (khamis).
· Jaminan kemasukan biasiswa.
· Muhasabah tentang kepentingan pengurusan wang, masa dan prestasi akademik.
· Cara mengatasi kesilapan yang sama pada masa akan datang.
· Isu "claim" tiket kapal terbang mahasiswa/i yang berasal dari
Sabah dan Sarawak.
· Isu "claim" latihan amali sebanyak rm900 setiap semester.
· Dan isu-isu yang lain.
2.
Dengan rendah hati, kami berterima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan
kerjasama dengan baik. Komunikasi yang efektif di antara mahasiswa/i dengan
wakil pemimpin mahasiswa juga dengan pihak atasan telah berjaya membentuk suatu
jalinan yang kukuh dan diharapkan agar berterusan dan dipertingkatkan.
3.
Selain daripada isu ini, terdapat banyak lagi isu kebajikan yang masih
belum disuarakan dan diambil tindakan. Sebagai contoh isu kafe, kecurian dan
sebagainya. Untuk itu, pihak kami menyeru dan mengajak agar mahasiswa/i dapat
meluangkan masa dan menghubungi kami supaya setiap masalah dapat diatasi dengan
seberapa segera.
4.
Daripada mahasiswa untuk mahasiswa. Suatu kepimpinan dianggap berjaya dan
membumi apabila adanya konsistensi dalam komunikasi dan saling membantu secara
ikhlas. Akhir kata, sebarang cadangan dan persoalan amat dialu-alukan dan kami
dahului dengan ribuan terima kasih.
Sekian.
Kenyataan bersama.
1. MUHAMAD FAIZ ZULKAPLI
Pengerusi Biro Sukan dan Kebudayaan,
MPP Fakulti Perubatan,
PMUKM 2012/2013
(No hp : 013-2935523)
2. MOHAMAD QAZREEN BIN AHMAD SHAWALUDIN
YDP PERSIAP 2012/2013,
Fakulti Perubatan UKM
Sesi dialog yang dipengerusikan oleh MPP Faiz |
Antara mahasiswa yang hadir |
AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI