Barisan PMUKM bersama Sekretariat Siswi Kolej & Fakulti |
21 November 2012 - Satu perjumpaan ramah mesra diadakan
antara PMUKM bersama-sama sekretariat Hal Ehwal Siswi Kolej dan Fakulti.
Perjumpaan tersebut telah dipengerusikan oleh Naib Presiden I PMUKM, saudari
Nur Afifah Abd Rahim, diadakan bagi membina hubungan yang lebih erat dan
merancang gerak kerja bersama dalam melahirkan siswi kampus yang lebih
berketrampilan.
Agenda utama perjumpaan ini adalah sebagai mekanisme
awal ke arah menyatukan pimpinan siswi UKM. Antara perkara
yang dibincangkan bersama adalah
isu keselamatan siswi dan beberapa langkah yang akan diambil oleh pihak kolej
dan fakulti bagi menangani isu tersebut.
Beberapa
cadangan telah dibangkitkan oleh wakil kolej dan fakulti bagi memastikan
keselamatan siswi terjamin. Inisiatif awal bagi mencegah kejadian pecah masuk
kolej dan gangguan seksual terhadap
siswi antaranya memperkasakan semula kelab rukun tetangga dan mengadakan kelas
pertahanan diri di setiap kolej.
Resolusi
yang kami perolehi dalam perjumpaan tersebut adalah ke arah memperkasakan
jaringan hubungan di antara pimpinan siswi UKM. Kami juga telah merancang beberapa mekanisma ke arah
merealisasikan resolusi tersebut. Kami di peringkat PMUKM juga meraikan pihak
sekretariat siswi yang ingin mengadakan kerjasama dengan PMUKM bagi sebarang
aktiviti siswi yang berlandaskan paksi PMUKM.
Sebarang
masalah yang dilontarkan pada pertemuan tersebut telah mendapat perhatian pihak
PMUKM dan kami akan mencuba sedaya upaya bagi menyelesaikan masalah yang timbul
bagi memastikan keharmonian pelajar terutamanya keselamatan siswi terpelihara.
AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI