Selasa, November 27, 2012

UKM : DASAR PENGAJARAN & PEMBELAJARAN BARU

Sesi perbincangan sedang diadakan
27 Nov 2012 - Satu perbincangan diadakan bersama wakil ahli PMUKM, Pusat Pembangunan Akademik (PPA), dan persatuan mahasiswa dari setiap fakulti. Penulisan esei, pembentangan, tugasan tutorial, kuiz dan pelbagai lagi kaedah penilaian berterusan telah dilaksanakan oleh para pensyarah di samping peperiksaan akhir semester yang wajib diambil oleh setiap pelajar. Namun sejauh manakah para pelajar dapat mengenal pasti kelemahan dan kelebihan mereka andai perincian markah bagi setiap penilaian ini tidak diberikan? Mereka hanya dimaklumkan mengenai gred keseluruhan sahaja sama ada A/B/C/D.

Sehubungan itu dasar pengajaran dan pembelajaran baru UKM telah bersetuju untuk membangunkan satu Sistem Penilaian yang membolehkan para pelajar mendapatkan akses kepada skor perincian ini secara lebih terperinci tidak lama lagi.

Jika mahasiswa/i mempunyai pelbagai input lain bagi mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di UKM, sila emelkan pandangan atau maklum balas anda ke emel mpmazrai@gmail.com untuk diajukan kepada Pusat Pembangunan Akademik sebelum 3 Disember 2012.

Azrai Ahmad Zamri
Ketua Biro Pembangunan Mahasiswa PMUKM
Sesi 2012-2013

AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI