Selasa, November 20, 2012

MPP FKAB : SELANGKAH KE ARAH MEREALISASIKAN MANIFESTO


Manifesto MPP FKAB

19 Nov 2012 - Satu mesyuarat berkenaan landskap di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina telah diadakan bersama-sama Ahli MPP PMUKM, Mustapha Kamil dan wakil Persatuan Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (PEMATRA), Zinnirah Binti Wellun dengan kehadiran Dekan FKAB, Prof. Ir. Dr. Mohd. Marzuki Mustafa, Timb. Dekan Siswazah dan Pembangunan FKAB, Prof. Dr. Muhammad Fauzi , Ketua Jabatan  Alam Bina, Dr. Nik Lukman Nik Ibrahim beserta tiga orang wakil daripada Jabatan Pembangunan & Penyelenggaraan yang diketuai oleh Puan Norain.

Mesyuarat tersebut membincangkan hal berkenaan cadangan pembinaan laluan berbumbung dan 'Amphitheatre' di FKAB. Pihak pentadbiran fakulti turut sama untuk membantu dalam merealisasikan manifesto MPP FKAB mengusahakan pembinaan laluan berbumbung daripada bangunan baru ke bangunan lama, dan menambah baik cadangan pembinaan tempat barbeku untuk kegunaan warga UKM khusus kepada pelajar FKAB dengan mencadangkan pembinaan 'Amphitheatre' yang boleh digunakan sebagai sebuah pusat kegiatan aktiviti pelajar termasuklah aktiviti 'gathering', sukaneka, santai mahupun berbarbeku.

Blueprints 'Amphitheatre' yang dicadangkan                                                                         

Kejayaan dalam merealisasikan manifesto ini merupakan usaha sama PEMATRA dalam menjalankan kaji selidik berkenaan keperluan kebajikan dan kegiatan pelajar di FKAB. Pihak pentadbiran fakulti telah menerima laporan analisis tersebut  dan menerimanya dengan tangan terbuka berkenaan cadangan yang telah diberikan.

Pembinaan laluan berbumbung dan 'Amphitheatre' tersebut akan dilakukan secara berperingkat-peringkat dan dijangka pembinaan akan dimulakan pada tahun 2013. Pihak fakulti akan sentiasa berurusan dengan MPP FKAB dan PEMATRA untuk sebarang info semasa berkenaan pembinaan kemudahan tersebut.

MPP FKAB bersama Pentadbiran FKAB di tapak pembinaan yang dirancang
Tangga yang baru siap dibina


AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI