Tarikh: 31 Oktober 2012 Masa: 2.40-3.30 petang
Hazrin, MPP PMUKM bersama pihak pengurusan |
Agenda:
1. Berbincang berkenaan parkir motor di sebelah kafe.
2. Berbincang berkenaan bas dari Bangunan Yayasan Selangor (BYS) ke fakulti.
3. Mengetengahkan isu projector di DK3.
4. Berbincang mengenai masalah bas dari PPUKM bagi pelajar perubatan yang lewat.
Keputusan menyuarat:
Agenda 1: Akan dibincangkan dalam mesyuarat pengurusan dalam mendapatkan peruntukan oleh En Fairuz. Sudah dalam perancangan. Parkir tersebut mungkin akan dibina pada tahun 2013.
Agenda 2: Bas dari BYS ke Fakulti sudah boleh digunakan pada 5 november 2012. Pelajar diminta berada di hentian bas BYS sebelum 1.10 tengah hari kerana bas tidak akan tunggu lama bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di hadapan BYS.
Agenda 3: Projector akan diperbaiki pada minggu ini atau pada minggu hadapan.
Agenda 4: En Fairuz sudah mengambil tindakan dan akan memastikan bas pertama pada jam 1.00 tengahari dan bas kedua pada pukul 1.15 tengahari.
Terima kasih pada En Fairuz (Penolong Pendaftar UKMKL) dan En Raduan(staf yang menguruskan bas) atas kerjasama yang diberikan kepada pihak PMUKM.
Sumber : gmkkl.blogspot.com
AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI