Sabtu, November 24, 2012

PENGEDARAN KAD MASUK PEPERIKSAAN DAN JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SEM I SESI 12/13



Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas, seperti saudara/i maklum bahawa peperiksaan akhir Semester I Sesi Akademik 2012-2013 akan bermula pada 2 hingga 18 Januari 2013.

Sehubungan ini, saudara/i diminta mengambil Kad Masuk Peperiksaan dan Jadual Peperiksaan (KMJP) di Pejabat Dekan Fakulti masing-masing mulai 3 Disember 2012Sekiranya KMJP anda tiada di Pejabat Dekan Fakulti, sila datang ke Kaunter Bahagian Pengurusan Akademik untuk mendapatkannya. 

Saudara/i diingatkan bahawa kad KMJP hendaklah dibawa bersama semasa menduduki peperiksaan. Pelajar yang gagal menunjukkan kad KMJP tidak dibenarkan menduduki peperiksaan.

Sekiranya kad KMJP anda hilang, anda boleh mendapatkan salinan di kaunter Bahagian Pengurusan Akademik.

Sumber : (epelajar/bul/bil.23112012-16)

AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI