Gejala menghisap shisha yang semakin menular dalam kalangan remaja masa
kini dan kewujudan premis serta kedai yang menyediakan kemudahan
menghisap shisha perlu diberi perhatian serius dengan segera oleh pihak
berkuasa kesihatan dan majlis perbandaran.
Langkah ini perlu diambil dengan segera memandangkan menghisap shisha ini dikatakan sama bahayanya dengan menghisap rokok.
Menurut
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), amalan menghisap hookah atau shisha
mempunyai risiko kesihatan yang sama seperti merokok atau menggunakan
produk tembakau lain.
Penghisap shisha biasanya
menyedut asap sebanyak 50 hingga 200 kali atau selama 20 minit hingga 80
minit yang dianggarkan sebanyak 0.15 liter hingga satu liter.
Mereka
yang menghisap rokok selalunya menyedut sebanyak lapan hingga 12 kali
dan mengambil masa hanya lima hingga tujuh minit serta menyedut 0.5
liter hingga 0.6 liter asap.
Dalam satu laporan
oleh sebuah akhbar tempatan yang memuatkan temubual dengan seorang
pengamal perubatan mengenai bahaya menghisap shisha, dikatakan penghisap
shisha turut boleh mengalami ketagihan seperti penghisap rokok biasa,
kerana penggunaan tembakau sebagai bahan utama sememangnya membahayakan
kesihatan.
Penggunaan arang dalam peralatan
dalam peralatan untuk menghisap shisha boleh meningkatkan masalah
paru-paru berikutan arang yang digunakan boleh mendap dalam saluran
pernafasan si penghisap.
Air didihan yang
digunakan juga tidak dapat menapis toksin yang ada, memandangkan shisha
turut mengandungi nikotin dan karbon dioksida yang terdapat dalam rokok
biasa, penggunaan berterusan hanya akan memudaratkan kesihatan dalam
jangka masa penjang.
Sehubungan itu, Persatuan
Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak berkuasa supaya mengharamkan
penggunaan shisha dan pihak berkuasa tempatan tidak lagi mengeluarkan
lesen perniagaan terhadap premis yang mempunyai kemudahan untuk
menghisap shisha.
Tindakan tegas perlu diambil segera memandangkan penggunaan shisha boleh memudaratkan kesihatan.
SM MOHAMED IDRIS presiden CAP. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi PMUKM.
AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH UNIVERSITI