Sabtu, Mac 16, 2013

PENYERAHAN DANA MISI SAVED LAHAD DATU


            2 Mac - Presiden PMUKM, Ahmad Shukran Bin Shaharudin bersama Mpp Arief Othman dan MPP Khamis telah berkunjung ke Kampung Rantau Panjang yang merupakan keluarga salah seorang prajurit Lahad Datu yangterkorban iaitu, L/Kpl Mohd Azrul Tukiran, yang juga merupakan sepupu kepada seorang alumni UKM.

          Sumbangan kewangan telah yang diberikan hasil daripada kutipan MISI BANTUAN TRAGEDI LAHAD DATU daripada 4 Mac hingga 8 Mac di seluruh Kampus Bangi dan Kuala Lumpur. Jumlah kutipan yang berjaya di kutip ialah Rm 4525.00.


        PMUKM mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang sudi menyumbang untuk tabung Saved Lahad Datu. Ini merupakan salah satu inisiatif mahasiswa untuk membantu meringkan beban keluarga prajurit yang terkorban perjuangkan keselamatan negara ini. Doa dan kecaknaan terhadap isu keselamatan Lahad Datu amat diharapkan, supaya kita sedar, sekarang ini, prajurit sedang berperang di sana untuk tegakkan keselamatan kita di sini.

AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI