Rabu, Mac 06, 2013

RESPON ADUAN ONLINE PTPTN PMUKM

Pada tempoh hari, PMUKM telah mengedarkan Borang Aduan Online PTPTN melalui blog dan Facebook rasmi PMUKM. Hasil penelitian, didapati dua jenis aduan yang diterima iaitu wang PTPTN tidak dimasukkan dan pemotongan dua kali Wang Pendahuluan Pengajian (WPP). Oleh itu, MPP Mufaddal mengambil inisiatif berjumpa dengan pihak Jabatan Bendahari dan menghubungi pihak PTPTN bagi menyelesaikan masalah ini.

Untuk masalah wang pembiayaan PTPTN tidak dimasukkan oleh sebab:
1)    Anda tidak membuat pendaftaran awal subjek pada semester lepas. Wang pembiayaan hanya dimasukkan selepas sebulan kemasukan pertama dilakukan, iaitu hujung bulan Mac.

2)  Keputusan peperiksaan yang lepas kurang daripada 2.00 . Ini akan menyebabkan pembiayaan anda akan dibekukan selama satu semester atau keputusan peperiksaan dua semester yang lepas kurang daripada 2.00 dan pembekuan pembiayaan hanya dilakukan pada semester ini.

Bagi masalah pemotongan dua kali WPP, MPP Mufaddal menelefon PTPTN untuk mendapatkan kepastian. Hasil perbincangan, masalah pemotongan dua kali tidak berlaku tetapi salah faham maklumat berlaku. Pemotongan WPP tidak semestinya bermula pada semester 1 hingga semester 3 tetapi boleh bermula mana-mana semester. Ini disebabkan PTPTN mengemaskinipengkalan data yang menyebabkan pemotongan tidak bermula pada semester 1. MPP Mufaddal juga menyerahkan beberapa nama pengadu untuk disemak, hasilnya tiada pemotongan dua kali berlaku. Anda boleh menyemak pembiayaan anda di http://www.ptptn.gov.my/gateway/ dibahagian Penyata Baki Terperinci atau hubungi 03-55104604 (En. Awla), Pegawai PTPTN untuk UKM.

Sekian, harap maklum.






Mufaddal bin Mustansir
Pengerusi
Biro Kebajikan dan Khidmat Sosial
PMUKM Sesi 2012/2013


AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI